[7]

3.6K 275 5
                                    

Selesai solat isya dan makan malam,mereka berkumpul di tepi pantai. Tak lengkap perhemahan tanpa unggun api. Semua pelajar duduk mengelilingi unggun apa yang besar itu. Pelbagai aktiviti yang dilakukan mereka semua. Bemain gitar sambil bernyanyi bersama-sama,cerita hantu? Itu paling wajib. Dan akhirnya mereka bermain truth or dare.

Botol kaca diletakkan di tengah-tengah bulatan itu. Botol itu diputar sebelum muncungnya berhenti di hadapan Khai. Muka Khai hanya tenang. Eleh,setakat truth or dare ni apa la sangat. Celah gigi dia je. "Aku pilih dare!" semangat Khai menjawab.

Terdengar sesorang menjerit memberi dare kepada Khai. "Confess dekat crush". Khai diam sebentar sebelum berdiri dari duduknya. Sekuntum bunga ros dikeluarkan dari poket hoodienya. Entah dari mana dia dapat pon tak tahu. Langkahnya diatur ke arah Hildegord. Beberapa langkah sebelum sampai ke tempat duduk Hildegord,Khai menolehkan kepalanya ke arah Emir. Kening diangkat-angkat.

Emir membuat mulut "f*ck you" kepada Khai. Khai gelak mengekek. Suka betul dia dapat menyakat Emir. Langkahnya diteruskan lagi. Sesampainya di depan Hildegord,Khai melutut. Hildegord mengedip-ngedipkan matanya beberapa kali. Cuab memproses situasi yang dia alami sekarang.

"Hildegord..." panggil Khai. Emir mula tidak senang duduk. Woi,sanggup kau menikam temanmu dari belakang Khai. Takpe,takpe. Kata kawan. Mukanya gelisah. Pelbagai persoalan muncul dalam fikirannya.

"Kalau Dee accept macam mana? Apa jadi dekat hubungan aku dengan Dee? Macam mana brotherhood aku dengan Khai? Huwaaa ibuuu~" rintihnya di dalam hati. Acap menggeleng kepala melihat Emir sebelum bahu Emir ditepuk untuk menyedarkannya. Tangan Acap dituju ke arah Khai. Emir hanya melihat arah yang ditunjukkan itu.

"Dee,kalau I cakap I suka dekat salah sorang bestfriend you,you restu tak hubungan I dengan dia?" tanya Khai takut-takut. Mana tahu dia tak restu,rosak plan Khai. Hildegord tergelak kecil. Buat terkejut dia je tadi. "Of course I restu,kalau you janji nak jaga dia elok-elok"kata Hildegord.

Khai melefaskan nafas lega. Kini dia memandang pula ke arah salah seorang sahabat Hildegord. Suasana yang tadinya sunyi kini mula bising dengan bisikan para pelajar. Ada yang sudah membuka camera. Sedia merakam detik-detik yang agak bersejarah ini. Mana tak nya,Khai ni salah seorang hero gadis-gadis jugak dekat Uni. Tapi tak boleh lawan Emir la.

"Airin Nafisa Binti Muhd Amirul. Kau dengar kan bestfriend kau dah bagi restu? So,aku nak tanya kau sendiri sekarang ni,dekat sini,waktu ni. Kau sudi tak jadi orang yang menawan hati aku? Aku tak minta kau bagi jawapan sekarang. Aku tahu kau mesti perlukan masa jugak nak fikir. Aku akan tunggu jawapan kau. Mungkin kau nampak aku macam main-main tapi aku janji aku akan halalkan kau lepas kita habis belajar" tutur Khai ikhlas dari hati. Tangannya bergetar. Takutnya mengalahkan nk dapat result exam semester.

Airin menekup mulutnya. Seperti tidak percaya apa yang baru sahaja dia dengar. Siapa sangka crushnya dari zaman sekolah menengah tengah confess dekat dia sekarang ni. Ibarat mimpi jadi kenyataan. Siapa sangka doanya akan dimakbulkan. Dengan laju dia mengangguk kepala kepada Khai. Rezeki depan mata takkan nak tolak kan?

Membulat mata Khai melihat Airin. Dia melompat kegembiraan. Tak kena reject weyh. Terdengar siulan dan sorakan dari orang lain. Seronok betul semua orang.

"kau memang anak babi kau tahu tak?" Emir menarik-narik rambut Khai. Masih geram dengan perangai sial sahabatnya itu. Tu la kau,lain kali confess awal-awal. Nanti melepas baru tahu. Khai hanya gelak. Sekarang dia dah tak single.

"Tinggal Acap je sekarang ni" Khai melirik ke arah Acap sebelum dia memandang ke arah Emir dan berkata serentak "yowaimo~". Terbahak-bahak mereka ketawa.

Acap menjuihkan bibir ke arah 2 rakannya itu. "Surah Al-Isra ayat 32" katanya berlagak tenang.

"Mat-mat je. Kau pon tengok boku pakino" kata Khai sinis. Emir terus membukatkan matanya. Kawan dia sorang ni memang mulut terlebih insurans.

"Aku malas je nak sebut nama betul cerita tu. Takut nanti orang dengar kang,haa..." ayat Khai tergantung apabila kepalanya terasa sakit diketuk oleh Emir.

"Bodoh tu simpan sikit dekat anak cucu" Emir menjeling. "Gurau sikit pon tak oleh" Khai membuat pout face. Kau fikir comel ke sia?!

Acap hanya menggeleng. Walaupun perangai kawan-kawan dia ni kadang buat setan sendiri confuse,dia tetap sayang and suka berkawan dengan diorang. Tanpa diorang siapa lah seketul Acap yang bagai ubi kentang ni.

~~~
Pagi-pagi lagi semua pelajar sudah mengeluh. Kenapa? Sebab pagi ni diorang ada jungle tracking. Hildegord pergi ke cafe untuk bersarapan. Makanan dalam pinggan itu dikuis-kuis. Takde semangat langsung.

Mereka berkumpul di depan pintu masuk hutan itu pada pukul 8.30 pagi. Awal bukan? Hildegord yang berjalan seiringin dengan Sarah dan Airin tiba-tiba berhenti.

"Dee,what's wrong?" tanya Sarah.

Hildegord menepuk dahinya. "Aku tertinggal cap kat cafe. Korang pergi dulu nanti aku datang" katanya sambil berlari semula ke arah cafe.

Emir yang perasan melibat Hildegord yang sedang berlari itu mengangkat keningnya. "Mana pulak la bidadari aku nak pergi tu?" gumamnya dalam hati.

Amanda yang melihat Hildegord dari jauh hanya menayangkan smirk. "Let start the game,my dear Hildegord"

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now