Bulan ini sememangnya bulan yang sibuk bagi Hildegord dan Emir. Pergi kelas,balik kelas,settle hal kahwin,study for final exam dan macam-macam lagi. Nasib baik la ada Sarah,Airin,Khai dan Acap untuk membantu.
Mereka tahu tentang Hildegord dan Emir. Mana mungkin mereka tak tahu. Kalau tak tahunpun jangan risau,rahsia akan tetap hilang ke lubang cacing sehingga terbongkar.
Seminggu lagi sebelum tarikh pernikahan Emir dan Hildegord. Emir sudah mula membawa barang-barangnya masuk ke rumah Hildegord. Semuanya berjalan dengan lancar. For now i guess?
[Universiti Malaya]
Hari ini hari terakhir final exam mereka. Selepas ini mereka akan bercuti selama 2 bulan. Senangnya dalam hati~Dan bermula lah plan bercuti oleh kanak-kanak ribena. Nak pergi situ la,pergi sini la. Kalau boleh semua tempat nk pergi.
"Malam nanti jangan lupa datang rumah Dee. Bawak baju siap-siap untuk esok. Tidur sana" Airin mengingatkan Khai dan Acap. Mana mungkin mereka lupa. Takde diorang maka tak boleh kahwin la Emir. Tak,tipu je. Diorang ada ke tak,Emir tetap kahwin. Diorang je over lebih~
"Tapi jap...Rumah Hilde dekat mana?" Acap melihat ke arah Khai. Khai pulak melihat ke arah Airin. Yang lain menepuk dahi melihat Acap dan Khai. Lupa pulak mamat 2 ekor ni mana pernah pergi rumah Hildegord.
"Nanti aku kasi location" kata Emir sambil menghirupnya espresso yang diordernya tadi.
Mereka hanya mengangguk sebelum kembali berbincang tentang plan cuti-cuti Malaysia diorang yang tergendala tadi. Sedang rancak berborak,datang pulak si ulat beluncas.
"Hi abang" sapa Amanda dengan suara yang sengaja dimanjakan. Panas pulak telinga Hildegord mendengar suara Amanda. Suka hati pakcik dia je,panggil bakal husband orang abang.
Hildegord mencebikkan mulutnya. Meluat tahu tak. Emir yang perasan riak wajah Hildegord itu menahan gelak. Bidadari dia ni jealous ke? Jealous pon comel. Masalah la Hildegord ni. Amanda yang dighosting itu masih cuba untuk meraih attention Emir.
"Abang,esok kan dah cuti sem. Abang takde plan apa-apa ke? Kalau takde jom la ikut Amanda pergi holiday dekat Sidney" pujuk Amanda. Kau fikir comel ke?
Berbulu telinga semua orang di meja itu. Rasa macam nak sumbat kasut je dalam mulut gedik Amanda tu. Gajah semut,gajah semut je diorang pandang Amanda ni. Tumpuan dialihkan ke arah Hildegord pula. Tapi muka gadis itu masih tenang.
"Sorry but no" kata Emir sebelum melangkah pergi dari meja itu. Lagi lama dia duduk situ,lagi lama dia rimas dengan ulat beluncas tu.
Airin,Khai,Sarah dan Acap sudah menghamburkan tawa masing-masing. Seronok tengok Amanda kena reject. Amanda membuat roll eyes sebelum beredar dari meja itu. Mereka hanya mengejek gaya Amanda sebelum kembali ketawa.
Hildegord hanya menggeleng kepala. Perangai sekor-sekor memang tak boleh nak kawal. Tiba-tiba satu notification masuk ke Iphone miliknya. Tertere nama Husbaby🤍 di screen.
Nama tu Emir yang save sendiri. Gedik bukan? iMessages dibuka.Husbaby🤍
I gerak dulu,tak tahan nak
stay dengan ulat beluncas tu.Petang nanti I datang rumah. See
you sayang❤️Okay,takecare <3
Iphone dimasukkan ke dalam tote bag sebelum mereka semua pulang ke rumah masing-masing.
~~~
Audi R8 berwarna hitam itu masuk ke dalam perkarangan rumah banglo Hildegord. Badan dikeluarkan dari perut kereta. Pintu rumah itu dibuka menggunakan kunci. Terlihat Caramel yang berada di depan pintu.Sejak bila la Caramel ni jadi penyambut tetamu. Mungkin excited sebab papa baru dia yang datang kot. "Dee..." Emir mencari kelibat bidadarinya itu.
"Dapur". Jawab Hildegord sepatah. Badan Caramel diangkat sebelum kaki ditujunke dapur.
"Masak apa tu?" tanya Emir sambil menyuakan kepalanya. Caramel masih elok duduk dalam tangan Emir. Dengan Emir pandai pulak behave,kalau dengan orang lain macam nak ajak buka gelanggang WWE je. Pilih kasih betul.
" Spaghetti carbonara" jawab Hildegord sambil menoleh ke arah Emir. Emir duduk di counter bar kitchen sambil memerhati Hildegord yang ralit memasak. Untung betul dapat wife pandai masak ni.
Beberapa minit kemudian,terdengar seperti orang memberi salam. Kelihatan Airin dan Sarah sudah sampai bersama beg masing-masing. Tiba-tiba Emir pulak yang menjadi tuan rumah. Hello,lepasni rumah Hildegord,rumah dia jugak.
Belum sempat Emir menjemput Airin dan Sarah masuk kelihatan Honda Jezz milik Acap diparking sebelah Produa Axia milik Sarah.
"Bapak besar sial,ni rumah ke istana?" tanya Khai dengan muka jakun. Emir menepuk dahinya. Kawan dia sorang ni taknak simpan sikit ke bengap dia tu? Ghisau nanti anak cucu tak sempat nak merasa.
~~~
Selesai solat isya,mereka makan malam beramai-ramai. Bukan senang nak rasa air tangan Hildegord."Eh,Hilde. Kau duduk rumah ni sorang ke?" tanya Khai. Hildegord hanya mengangguk.
"Bibik?" soalnya seperti tidak percaya. Berani betul Hildegord duduk sorang dekat rumah besar ni.
"Diorang datang waktu weekend je. Bersihkan rumah,and then balik" Hildegord menyuap meatball masuk ke dalam mulutnya.
"Yang lain kau urus sendiri ke?" tanya Acap pulak. Keria betul dua ekor ni. Hildegord angguk lagi. Acap dan Khai memandang satu sama lain. Okay,Hildegord lepas nak jadi wife Emir.
Sementara Airin dan Sarah membasuh pinggan di dapur,Hildegord pergi menyambut pelukis inai yang ditempahnya di muka pintu.
"Aku pon nak pakai inai jugak" rengek Khai apabila melihat Emir memakai inai pada 3 jari tangan kananya.
"Eh eh sibuk je. Bukannya kau yang nak kahwin. Pergi main PUBG kat sana diam-diam" halau Sarah. Hildegord hanya tergelak kecil.
"Hi,b*tches!!!" jerit seseorang dari muka pintu. Datang lagi sorang makhluk Allah yang otak cetek. Tak lain tak bukan,harus lah Jay. Di tangannya ada beberapa beg kertas Mcd.
Malam itu, rumah Hildegord bising tidak seperti hari-hari sebelum ini.
~~~
Wajah Hildegord yang baru selesai di makeup itu ditatap di dalam cermin. Rasa macam tak percaya dalam beberapa jam lagi statusnya akan bertukar."Jom nanti lambat" ajak Emir lembut. Hildegord yang memakai baju kurung berwarna putih itu ditenung lama. Simple but nice. "You look pretty in white" bisik Emir. Hildegord tergelak kecil sebelum membalas "same goes to you". Emir yang mengenakan baju melayu dan sampin berwarna putih itu nampak terlebih handsome harini. Suami siapa lah hesmes sangat ni?!
Mereka menaiki 2 biji kereta untuk ke masjid. Setibanya di masjid kelihatan Dato' Hilman dan tok kadi sudah berada di situ. Majlis akad nikah ni kecil-kecilan je. Sekecil apa majlis itu? Yang ada hanya lah Hidlegord dan rakan-rakannya,Emir,tok kadi,beberapa orang masjid dan daddynya. Jemput ramai-ramai buat apa? Buat semak je.
Dengan sekali lafaz,kini Hildegord sah bergelar isteri kepada Emir Ukasyah. Sebak di hatinya terasa. Setitis air mata jatuh di pipi gebu miliknya. "Mummy,Dee dah jadi wife orang"bisiknya dalam hati. Andai sahaja mummynya masih ada,mesti mummynya happy melihat dia sudah bergelar isteri.
"Congratulation" kata Dato' Hilman sepatah sebelum berlalu pergi dari masjid. Tanggungjawabnya terhadap Hildegord sudah tamat. Kini giliran Emir untuk menunaikan tanggungjawab yang dia tidak mampu tanggung dahulu.
Hildegord hanya menghantar pemergian Dato'Hilman dengan matanya. Terasa satu tangan kekar mengusap lembut bahunya. Kepala didongakkan melihat Emir. Senyuman nipis diberikan kepada Emir sebelum mereka bergerak pulang ke rumah.
YOU ARE READING
MY LOVELY HILDEGORD
Romance"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?" - Hilde "Like in the Disney movie? Yes,i do" - Emir Siapa sangka Emir dapat mengubah Hildegord yang...