SPECIAL CHAP [1]

3.5K 208 2
                                    

2 tahun berlalu....

"Sayang lambat lagi ke? Dah lambat ni!!!" Emir melaung dari tingkat bawah.

Ray dan Qiy yang segak memakai kurta itu sibuk bermain dengan caramel dan snowy. Snowy tu arnab baru milik Hildegord dan Emir.

Ni semua sebab Ray dan Qiy selalu berebut nak main dengan caramel. Jadi mereka memilih untuk memelihara lagi seekor arnab. So,dah tak gaduh lepasni.

"Okay dah jom" Hildegord keluar dari perut lif itu sambil membetulkan abaya miliknya yang berwarna kelabu.

"Cantik-cantik pergi mana? Bukannya sayang yang nak angkat nikah harini" Emir menjongketkan keningnya. Cantik lain macam isteri dia harini.

"Hubby,memang la bukan Dee yang angkat nikah. Tapi harini kan bestfriends Dee nikah,kena la nampak cantik" mulalah tu nak membebel.

"Eee dah la jom. Lambat dah ni" Hildegord duduk mencangkung di hadapan Ray dan Qiy. Kurta anak-anak lelakinya itu dikibas beberapa kali bagi menanggalkan bulu arnab yang melekat.

"Eleh,siapa suruh orang tu bersiap lambat. Salah kita pulak" Emir menjuihkan bibir sambil mendukung Ray keluar dari rumah diikuti oleh Hildegord dan Qiy dari belakang.

Audi R8 itu mula keluar dari perkarangan rumah sebelum meluncur laju di atas jalan menuju ke lokasi akad nikah.

~~~
"Hey pengantin" Hildegord bersandar di tepi pintu sebuah bilik. Dia melihat seorang wanita yang sibuk menghias seorang lagi wanita yang sedang duduk dan berpakaian serba putih.

"Dee!!!" kedua-dua wanita itu menjerit teruja apabila melihat Hildegord berjalan ke arah mereka dengan senyuman semanis susu kocak.

"Kau balik? Bila kau sampai?"soal Sarah sambil meletakkan berus makeup di atas meja solek.

Kawannya yang seorang ini sudah berjaya menjadi makeup artis yang terkenal di Malaysia. Bangga sekejap dapat kawan famous.

"Kan aku dah cakap aku nak balik. Aku sampai sini 2 hari lepas". Untuk pengetahuan semua,Hildegord dan Emir menetap di Sicily.

Mereka hanya akan pulang ke Malaysia jika ada hal-hal yang penting sahaja ataupun,jika ibu merindukan Ray dan Qiy.

Tapi selalunya ibu yang fly pergi Sicily. Kenapa? Sebab bak kata ibu, 'boleh jalan-jalan makan angin sambil shopping'.

Airin mengintai-ngintai belakang Hildegord.

"Cari apa?" kening Hildegord dikerutkan.

"Sayang-sayang aku mana?" Airin memuncungkan bibirnya apabila kelibat yang dicari tidak ditemui.

"Ade dekat bawah dengan daddy diorang".

"Erk,pengantin lelaki dah sampai ke?" soal Airin perlahan.

"Dah. Handsome doe Khai. Kalau kau tengok ni confirm jatuh cinta" Hildegord mula menyakat. Tapi tidak dinafikan Khai memang nampak segak berpakaian baju melayu berwarna putih itu.

"A-aku nervous la..." muka Airin mula gelisah.

"Chill babe...Kalau kau nervous,apatah lagi Khai. Dia yang nak salam dengan tok kadi tu tau"Sarah memberikan semangat.

"Sekarang pun kau dah nervous macamni. Nanti malam haa macam mana?"sambung Sarah lagi. Senyuman mengusik terukir di bibirnya.

"Kau pandai je cakap. Kau tu bila?" Hildegord memandang ke arah Sarah.

"Aku? Bila apa? Taknak la kahwin. Aku nak kejar cita-cita aku dulu. Tak kahwin pun takpe. Aku boleh habiskan duit aku dekat anak-anak korang. Aku kan godmother diorang" Sarah tersengih tidak bersalah.

Tok!Tok!

Kedengaran pintu bilik itu diketuk. Perbualan mereka bertiga terus terhenti.

"Semua dah ada dekat bawah,pengantin perempuan silalah turun" emak kepada Airin datang menjemput. Mereka hanya membalas dengan anggukan kecil sebelum membantu Airin berdiri.

~~~
Ruang tamu yang penuh dengan tetamu itu dipandang. Majlis akad nikah diadakan di rumah keluarga Airin. Hildegord dan Sarah memimpin Airin ke arah pelamin yang disediakan sebelum duduk di samping Airin.

Setelah menandatangani surat-surat dan melakukan apa yang patut,tibalah masa yang ditunggu oleh semua orang.

Khai menghulurkan tangannya kepada tok kadi.

"Khairil Irfan Bin Helmi"

"Ya,saya"

"Aku nikahkan akan di kau,dengan anak perempuanku, Airin Nafisa Binti Muhd Amirul dengan mas kahwinnya berjumlah lima ribu ringgit tunai"

Khai menegup liurnya. Tekak rasa berpasir.

"Aku terima nikahnya,Airin Nafisa Binti Muhd Amirul dengan mas kahwinnya berjumlah lima ribu ringgit tunai"

Dengan sekali lafaz,kini Airin sah bergelar isteri kepada Khai. Siapa sangka crush sekolah menengah dah naik pangkat jadi suami.

Khai mendekati Airin untuk upacara pembatalan air sembahyang.

"Hi isteri" bisik Khai pada telinga Airin sebelum cincin emas yang bertahtakan berlian kecil itu disarungkan pada jari manis milik Airin.

Airin menyalam tangan Khai sebelum tangan itu dicium lembut.

Airin juga menyarungkan cincin pada jari manis milik Khai. Dahi Airin dikucup lama. Cahaya flash tu tak payah cakap,boleh silau mata. Kelihatan pipi Airin semakin membahang akibat menahan malu.

~~~
Hildegord,Acap,Sarah dan Emir duduk di bawah khemah yang disediakan. Mereka bergelak tawa sambil bertukar cerita.

Acap sekarang bekerja sebagai arkitek di SKY Holdings. Hildegord sendiri yang menawarkan peluang ini kepada Acap.

"Mummy,e..lon" Ray menunjukkan tembikai di tangannya kepada Hildegord. Habis la baju anak teruna dia yang sorang tu,dah kotor kena air dari tembikai.

Qiy pula sibuk bermain dengan hujung shawl milik Sarah sebelum shawl itu dimasukkan ke dalam mulutnya.

Emir dengan Acap dah bantai gelak. Sarah hanya melayankan sahaja perangai si kecil itu.

Hildegord hanya tersenyum kecil sambil menggeleng kepala. Asalkan awak happy la wahai anak.

"Korang,thanks sebab datang" Airin dan Khai berjalan ke arah meja mereka.

"No hal bro"kata Acap sambil mengigit sedikit tembikai milik Ray yang sedang dalam dukungannya.

"Airin kau kena get ready tau malam ni. Sebab si Emir ni dah turunkan petua dekat Khai" Acap tersenyum mengejek.

"Tu la aku pun tak sabar. Mana tahu ikut petua tu dapat kembar jugak" Sarah yang sedang minum air terus tersedak. Nasib tak tersembur.

Airin menampar kuat bahu milik Khai. Mukanya berona merah. Malu yang amat.

Hildegord memandang ke arah Emir yang berada disebelahnya dengan pandangan 'seriously hubby?!'.

Emir hanya menjongketkan bahunya dengan muka tidak bersalah. Hildegord dan Sarah menepuk dahi masing-masing.

Meja mereka adalah meja paling bising akibat gelak tawa dari lawak yang tak masuk akal. Apa lah nasib dapat kawan sengal.

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now