"Everything's ready?" soal Emir yang baru sahaja turun dari tangga. Cap dikepalanya dibetulkan.
Jay dan Gabriel mengangguk. Kelihatan beberapa biji Mustang Gt berwarna hitam milik anak buah Gabriel dan Audi R8 milik Emir sedang tersusun elok di luar rumah.
Emir menoleh ke arah Range Rover berwarna hitam yang masuk ke perkarangan rumah banglo itu.
Seorang lelaki separuh abad keluar dari perut kereta dengan muka yang gelisah.
"Daddy. Daddy buat apa dekat sini?" soal Emir pelik.
Muka Jay sudah merah melihat lelaki di hadapannya sekarang ini. Baginya,semua yang berlaku sekarang ini berpunca dari orang dihadapannya. Nasib sahaja Gabriel memegangnya,kalau tidak mesti sebiji penumbuk sudah melayang pada wajah lelaki separuh abad itu.
"Bring them with you" daddy Hildegord menunjukkan ke arah 2 orang lelaki di belakangnya.
Emir memandang sekilas ke arah Jay untuk mendapatkan kepastian. Jay hanya mengangguk.
Jay kenal setiap seorang bodyguard milik daddy Hildegord dan juga potensi mereka. Kerana itu dia mengangguk kepada Emir.
"Please,bawa Hildegord balik" lelaki separuh abad itu menunduk. Menyembunyikan tubir matanya yang sedang berair.
Emir hanya mengangguk sebelum memboloskan diri masuk ke dalam kereta sebelum diikuti oleh yang lain.
Ibu dan rakan-rakannya yang lain hanya menghantar pemergian mereka dari jauh.
"Sayang,I'm coming" bisik hati Emir sebelum Audi R8 itu meluncur laju di atas jalan raya.
~~~
Hildegord mengeluh kecil. Hari ini masuk hari ke 2 dia dikurung. Amanda baru sahaja meninggalkan dirinya sebentar tadi.Darah yang menitik di lantai diabaikan oleh Hildegord. Nafasnya cuba diatur supaya tenang. Tangannya mengusap perut yang sedikit senak.
Macam mana tangan Hildegord boleh lepas? Sebab semalam Amanda tu terlebih bijak pergi tinggal pisau dia guna tu dekat dengan tempat Hildegord.
"Baby,mummy mintak maaf. Because of me,baby kena hadap semua ni" air mata Hidlegord ditahan sehabis baik. Kalau air matanya jatuh dan terkena pada luka pisau yang ditoreh tadi,pasti akan membuat dirinya lebih berasa sakit.
Mata Hildegord mula memberat. Tenaganya sudah mula berkurang akibat tidak makan selama 2 hari. Kehilangan banyak darah juga menjadi fakta untuk Hildegord kehilangan kesedarannya.
Rantai leher diberikan oleh Emir disentuh. "Hubby,you should find me by now".
Hildegord tahu pada rantai itu mempunyai cip yang dapat mengesan lokasinya. Macam mana dia tahu?
Sebab haritu Hildegord bosan menunggu Emir menyiapkan assignment,jadi Hidlegord membelek-belek rantai itu. Dia terperasan sesuatu di dalam mutiara loket rantai itu.
Hildegord tidak menyalahkan Emir kerana meletakkan sesuatu seperti itu kepada dirinya. Malah dia berasa lebih selamat jika Emir memerhatikan setiap gerak-gerinya.
~~~
Keadaan di luar gudang itu diperhatikan dari jauh. Cuma ada satu pintu untuk masuk dan keluar. Kawalan di sekeliling gudang itu juga amat ketat."Semua ada 40 orang. Dekat dalam just ada Hildegord dengan perempuan tu" Gabriel memandang ke arah Emir di sebelahnya.
Emir mengangguk. Membenarkan Gabriel untuk memberikan isyarat kepada semua.
Sebenarnya mereka sudah sampai ke gudang yang terletak di Cameron Highland ini beberapa jam yang lalu. Cuma mereka belum meyerang kerana memerhati keadaan di sekitar mereka.
YOU ARE READING
MY LOVELY HILDEGORD
Romance"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?" - Hilde "Like in the Disney movie? Yes,i do" - Emir Siapa sangka Emir dapat mengubah Hildegord yang...