[22]

3K 228 0
                                    

Kaki Hildegord melangkah ke arah Lamborghini miliknya. Hari ini Hildegord dan Emir menaiki kereta berasingan. Kenapa? Sebab hari ini,Emir harus pulang lewat. Katanya ada group discussion.

Baru sahaja pintu tempat duduk pemandu ingin dibuka,terasa tangan Hildegord direntap dari belakang. Bila muka dipaling untuk melihat gerangan hamba Allah yang mengacau ketenteraman sejagat itu,terus pipi Hildegord ditampar kuat.

Tamparan itu agak kuat sehingga menyebabkan Hildegord terasa seperti berdesing dan ada darah mula keluar dari hujung pipi milik Hildegord.

"What have you done,Hildegord Estrella!"jerkah Amanda.

Hildegord memandang Amanda dengan muka bosan. "Aku buat apa?"tanya Hildegord senada.

Dia malas mahu bertikam lidah dengan Amanda. Buang masa,buang tenaga dan buang air liurnya sahaja.

"Because of you,mak aku mati!"suaranya naik seoktaf. Orang yang lalu lalang hanya memerhatikan mereka.

Hildegord sedikit pun tidak terkejut. Pada hari Hildegord dan Emir pulang dari Genting Highlands,Jay datang ke rumah.

Alangkah terkejutnya Emir dan Hildegord apabila mengetahui bahawa emak kepada Amanda gantung bunuh diri? Bak kata Jay,emak Amanda menggantung diri akibat stress kerana daddy mula mengabaikannya dan sudah lama tidak balik kerumahnya. Daddy juga mula mengurangkan duit belanja yang diberikan kepada Amanda dan emaknya.

Hildegord tersenyum sinis. "Kau ada bukti ke aku yang salah dalam hal ni?"gertak Hildegord.

"Well,at least sekarang kau rasa apa yang aku rasa bila hilang mak. Sedangkan mummy aku yang isteri sah pon dia tinggal macamtu je,apatah lagi concubine macam mak kau tau" Hildegord menjongket bahu.

"I'll make sure you suffer Hildegord. I'll take evrything yours"nada Amanda berbaur amaran sebelum meninggalkan Hildegord.

Entah mengapa Hildegord berasa tidak senang apabila mendengar ayat itu dari Amanda. Hildegord menepis segala fikiran negatif di dalam otaknya.

~~~
Audi R8 milik Emir masuk ke perkarangan banglo itu ketika langit mula senja.

"Sayangggg"panggil Emir selepas pintu rumah ditutup.

Tiada sahutan. Hanya kelihatan Caramel sedang tidur di atas sofa ruang tamu.

Emir memanggil Hildegord sekali lagi,tetapi masih tiada sahutan. Entah mengapa hatinya mula berdetak laju.

Melihat kereta Hildegord berada di garaj tetapi tiada yang menyambut panggilannya, membuatkan Emir cemas. Kaki terus berlari ke tingkat atas.

Pintu bilik mereka dibuka kasar. Terpancul wajah Hildegord yang baru sahaja keluar dari walk in clothes. Rambutnya basah. Menandakan Hildegord baru sahaja selesai mandi.

Emir menghembus nafas lega sebelum badannya mengeras apabila melihat hujung bibir Hildegord yang pecah dan membiru.

Kaki terus menapak ke arah Hildegord. Bahu isterinya digenggam.

"Who did this?" Emir mencengkam lembut dagu milik Hildegord.

"No one. Dee jatuh tadi" Hildegord melarikan anak matanya. Tidak mahu bertentang mata dengan suaminya itu.

"Hildegord Estrella,answer me. Who. Did. This?"suaranya ditekan. Rahangnya diketap kuat. Urat-urat mula timbul di dahi,leher dan tangan milik Emir.

Badan Hildegord mengeras. Dia tahu Emir sedang menahan amarahnya. Dia tahu Emir tidak memarahinya,tapi entah mengapa dia berasa takut dengan nada Emir yang beku itu. Terus kepala Hildegord ditundukkan ke bawah.

Emir yang perasan akan perubahan air muka Hildegord mengeluh perlahan. Mukanya kembali tenang. Sungguh dia marah apabila melihat bidadarinya diperlakukan begitu.

"I'm sorry. Emir takde niat nak buat Dee takut"terus Hildegord dibawa ke dalam dakapannya.

Apabila mereka berdua kembali tenang,Emir menarik Hildegord duduk di atas ribanya di birai katil. Emir mengusap tepi bibir Hildegord yang sedikit membiru.

"Sayang what happened?"soalnya lembut.

"Dee ni jahat ke Emir? Apa yang Dee dah buat sampai Dee kena hadap orang-orang yang nak Dee lenyap dari dunia ni? Kewujudan Dee dekat dunia ni satu kesalahan ke?" air mata Hildegord mula gugur.

Emir diam. Liurnya ditegup. Hati rasa seperti dicakar-cakar apabila melihat bidadarinya ini menangis.

"No sayang. Semua ni jadi sebab qada' dan qadar Allah. Dee tak salah. And please jangan cakap yang Dee tak sepatutnya wujud dekat dunia ni. Kalau Dee tak wujud,Emir takkan pernah kenal apa itu erti bahagia. You're my source of happiness sayang. Please don't blame yourself" Emir mencium tepi kepala Hildegord.

"Tadi Amanda datang jumpa Dee waktu Dee nak balik. She said I'm the reason her mum die. Dia cakap dia akan ambil semua benda yang Dee sayang dari hidup Dee" badan Hildegord mula bergetar.

"She can take anything from me. But not you. I don't want to lose you. I don't want to feel the pain of losing someone I really love for second time. I rather die than leaving in the world that there's no you in my story book"

"Sayang,I'll never leave you. No matter what happened I'll stay by your side. Cause I'm yours to began with"

Emir menyeka air mata di pipi gebu milik Hildegord. Bibir Emir mendarat di dahi milik Hildegord untuk menenangkannya.

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now