[28]

2.9K 210 0
                                    

Masuk hari ini,sudah genap 10 hari Hildegord berjauhan dengan Emir. Jujur Hildegord katakan,dia rindu dengan suaminya itu.

Walaupun setiap hari mereka ber facetime,masih terasa rindu kerana insan yang disayangi tiada di sisi. Perut kecil Hildegord diusap lembut.

"Akak...ibu panggil ajak makan" Gabriel datang menegur Hildegord di mini library.

Hildegord mengangguk kecil. Badan yang terasa lengah akibat menghadap Macbook berjam-jam diregangkan sedikit.

Gabriel setia menunggu di hadapan pintu. Sejak Emir pergi ke Johor,memang semua rakan-rakannya tinggal di rumah ini untuk menjaga Hildegord.

Cuma Gabriel dan Jay sahaja yang berulang alik dari rumah sendiri. Maklumlah,mereka berdua kan orang-orang kerja pejabat.

Meja makan di dapur disapa dengan susana yang bising. Seronok betul semua berborak. Gabriel menarikkan kerusi di tengah ruang makan itu untuk Hildegord duduk sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Hildegord.

Menu hari ini ialah tomyam ayam dan siakap 3 rasa. Ni semua Hildegord yang request.

Nasib la si kecil di dalam perutnya itu tidak mengidam benda yang luar dari fikiran. Betul-betul behave si kecil ni bila daddy dia tegur dulu.

~~~
Selepas selesai menunaikan solat isya,Hildegord duduk seorang diri di tepi swimming pool. Fikirannya melayang jauh.

"Dee,kenapa duduk luar sorang-sorang ni?" lamunan Hildegord berakhir selepas ditegur ibu.

"Saja je ibu,ambik angin" Hildegord tersenyum manis ke arah ibu.

"Jangan duduk luar lama sangat tau. Tak elok" ibu berpesan sebelum masuk ke dalam semula.

Hildegord hanya mengangguk. Pandangannya dibuang ke arah air kolam yang tenang. Tiba-tiba Hildegord terdengar seperti bunyi tapak kaki datang menghampirinya.

Muka ditoleh ke kiri dan kanan. Mencari dari mana sumber bunyi itu datang. Nak cakap kawan-kawan dia? Setahu Hildegord semua dekat atas tengah buat assignment.

Ibu? Hildegord nampak ibu dah masuk bilik tadi.

Jay and Gabriel? Mereka sudah pulang ke rumah masing-masing selepas makan malam.

Hati Hildegord tiba-tiba berdetak laju. Perasaan tidak enak mula menyelubungi dirinya.

Hildegord bangun dari duduknya. Kaki laju ingin melangkah ke arah sliding door untuk masuk ke dalam rumah.

Beberapa tapak sebelum Hildegord sampai ke sliding door,terasa tangannya direntap dari belakang. Seorang lelaki sedang cuba untuk mengunci pergerakan Hildegord.

Hildegord meronta-ronta untuk dilepaskan. Perut lelaki itu ditumbuk oleh Hildegord menggunakan siku.

Hildegord berjaya membuka pintu sliding door tetapi lelaki tadi sekali lagi merentap tangan Hildegord. Boleh putus tangan Hildegord ni kejap lagi. Hampir sahaja Hildegord terjatuh.

"IBUUUUU!!!!" jerit Hildegord sekuat hati sebelum terasa seperti ada tangan yang menekup mulutnya.

Mata Hildegord mula tertutup selepas menghidu sesuatu. Dan semuanya menjadi gelap.

~~
PRANGGGG!!!!

Emir memandang mug yang jatuh itu lalu mengeluh berat. Badan ditundukkan untuk mengutip serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai.

Entah mengapa hatinya berasa tidak tenang sejak semalam. Cepat-cepat Emir membuang perkara negatif dari dalam fikirannya.

"It's okay. 3 hari je lagi" Emir memujuk diri sendiri. Iphone yang berada di atas katil dicapai.

Gambar Hildegord sedang tersenyum bersama perutnya yang membulat menjadi tatapan Emir. Gambar itu dipandang lama. Dia rindu ingin memeluk Hildegord dan bercakap dengan anaknya.

Lamunan Emir terhenti apabila nama Gabriel menghiasi screen Iphone milik Emir. Emir menekan ikon berwarna hijau sebelum panggilan mereka bersambung.

"Bro. Dengar betul-betul apa aku nak bagitahu ni"

Emir mengerutkan dahi. Dah kenapa dengan adik dia yang sorang ni?

"Lepas aku bagitahu kau,please jangan buat benda bodoh okay? Kalau boleh aku nak kau terus balik lepas dengar apa aku cakap ni"

Emir yang tadi duduk bermalas-malasan bangun membetulkan duduknya. Suara Gabriel seakan-akan sedang dalam kecemasan. Emir mula tidak senang duduk. Hatinya berdetak laju.

"What?" jawabnya senada. Entah mengapa hatinya rasa takut untuk mendengar ayat seterusnya dari Gabriel.

"Hildegord. Ada orang culik Hildegord"

Terasa seakan dunia terhenti untuk satu saat. Emir tidak tahu apa yang harus dibalas. Otaknya masih tidak dapat memproses apa yang baru sahaja dia terima.

"You're kidding right? Is it april fool or what?" Emir masih tidak dapat menerima apa yang baru sahaja diberitahu oleh Gabriel.

"April fool kepala acik kau! Balik bodoh!" tengkingan Gabriel membuatkan Emir sedar,ini bukan satu gurauan.

Talian dimatikan. Emir masih duduk di posisi yang sama. Matanya dipejam sebelum nafas ditarik dan dihembus.

Selepas Emir berjaya menenangkan diri,terus semua bajunya disumbat ke dalam luggage sebelum keluar dari hotel itu.

Destinasi yang harus dia tuju sekarang ialah rumah.

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now