Semenjak kebelakangan ini,Emir mula sibuk dengan group discussion. Dan oleh kerana itu,hari ini sekali lagi Hildegord dan Emir perlu pergi ke universiti secara berasingan.
Lamborghini Huracan itu terletak cantik di kotak pakir. Hildegord berjalan ke arah dewan kuliahnya.
Entah mengapa Hildegord merasakan suasana disekitarnya amatlah berbeza. Setiap yang lalu disebelahnya mesti berbisik-bisik dan ada juga yang memandangnya atas bawah.
Pintu dewan kuliah itu ditolak oleh Hildegord. Sarah dan Airin terus melambai tangan ke arah Hildegord. Hildegord duduk di tengah antara mereka berdua.
"Ada apa-apa jadi ke? Kenapa semua pandang aku macam nak makan?"soal Hildegord sambil mengambil tempat duduk.
Sarah dan Airin berpandangan sekejap sebelum Sarah menghulurkan Iphonenya kepada Hildegord.
Hildegord memandang pelik sebelum matanya terbutang. Artikel di dalam group universiti itu dibaca.
Hildegord Estrella menjalinkan hubungan sulit bersama Emir Ukasayah.
Tertera gambar Hildegord dan Emir berjalan sambil berpegangan tangan di dalam shopping mall.
Di bawah gambar itu penuh dengan komen dan cacian kepada Hildegord
'Murah sial perempuan ni'
'Harap muka je cantik,perangai euwww'
'Dislike dislike dislike'
'Lah aku ingatkan baik sangat'
'Taknak bagi tips ke macam mana nak goda jantan?'"Again?" Hildegord menghela nafas perlahan. Tiba-tiba Iphone di dalam tote bag nya bergetar. Tertera nama Emir di screen
Husbaby🤍
Sayang are you okay?
Sayang dah tengok ke?I'm okay. Dah.
Sarah dengan Airin tunjuk.Lepas habis kelas please terus
balik. Emir janji Emir settlekan benda
ni ASAP. Rest assure okay?Sure taknak Dee tolong?
Sure sayang.
Hm okay lah. Jumpa
dekat rumah nanti.Okay bidadari❤️
Hildegord mengeluh kecil. Iphonenya disimpan semula ke dalam tote bag. Kelas yang berlansung sekarang ternyata bagaikan angin yang lalu sahaja kepada Hildegord. Dia tidak dapat menumpukan perhatian.
~~~
Sarah dan Airin menawarkan diri untuk menemani Hildegord. Tetapi tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Hildegord.Lamborghini yang baru mula bergerak untuk meninggalkan perkarangan universiti itu terasa lain. Hildegord mula berasa tidak sedap hati.
Jalan yang dilaluinya amatlah lenggang kerana sekarang masih waktu bekerja. Jadi tidak ramai orang di jalan.
Lampu isyarat di hadapan menunjukkan warna merah. Hildegord menekan pedal break keretanya. Tapi tiada apa-apa yang berlaku. Berkali-kali pedal break itu cuba ditekan.
Hildegord mula cuak apabila ada sebuah lori minyak yang mula menghampiri keretanya.
"Damn it. Can't you just f*cking stop" Hildegord sudah menyumpah seranah di dalam hati.
Kereta itu cuba dikawal sebaik mungkin. Malangnya Lamborghini miliknya itu hilang kawalan. Lori minyak itu semakin mendekat.
"Nooo!!!" jerit Hildegord di dalam kereta.
PRANGGG!!!!!
~~~
[Universiti Malaya]
"Bro kau nak buat apa sekarang ni? Makin melampau komen diorang ni" Acap melihat wajah Emir dengan riak risau."Kita tak boleh tahu ke siapa yang post? Tak boleh ke tolong delete?"soal Khai.
Acap menggeleng. "Just orang-orang yang terlibat dengan kelab multimedia je yang handle group ni. And orang yang post artikel ni je yang boleh delete balik post ni".
Emir sedari tadi masih lagi diam. Otaknya masih berfikir tentang situasi sekarang. Dia tidak kisah dimaki dan dicaci.
Tetapi dia tidak mahu melihat Hildegord dicaci. Dia tidak mahu bidadarinya terluka.
Iphonenya ditatap. Nombor Hildegord didail. Tiada jawapan. Nombor itu didail lagi sekali. Masih sama.
Tiba-tiba kerusi di hadapan Khai ditarik. Kelihatan Sarah dan Airin baru sahaja duduk di meja ini.
"Mana Dee?"soal Emir.
"Aik,kan kau suruh dia balik tadi after habis kelas? Dia balik dah"jawab Sarah.
Ya,Emir tahu dia menyuruh Hildegord terus pulang. Masalah sekarang ni,kenapa Hildegord tak angkat call?
Dahi Emir berkerut apabila melihat nama Jay pada screen Iphonenya. Terus panggilan itu diangkat.Beberapa saat selepas panggilan itu bersambung,Iphone milik Emir jatuh ke lantai lalu mengejutkan semua orang di meja itu.
Muka Emir berubah pucat. Nafasnya tersekat. Emir terus mencapai Iphonenya yang sudah bercium dengan lantai sebelum berlalu pergi.
Mereka yang lain melihat dengan wajah bingung. Tanpa berlengah mereka terus mengejar Emir dari belakang.
YOU ARE READING
MY LOVELY HILDEGORD
Romance"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?" - Hilde "Like in the Disney movie? Yes,i do" - Emir Siapa sangka Emir dapat mengubah Hildegord yang...