[6]

3.9K 303 1
                                    

Selepas 2 jam perjalanan,mereka sampai ke tempat camping. Emir mecuit sedikit bahu Hildegord untuk mengejutkannya. Hildegord membuka sedikit kelopak matanya. Dia memandang Emir dengan muka yang masih sedikit mamai. Emir menguntum senyumun kecil. Kenapalah bidadari depan dia ni comel sangat?!

Pantai. Itu benda pertama Hildegord nampak. Well,at least diorang tidur dekat resort and not dalam khemah. Fuh! Lega hati Hildegord. Bagpacknya di galas menuju ke bilik yang bernombor 119. Setiap kumpulan akan mendapat dua buah bilik bersebelahan,jadi bilik Emir dan rakan-rakan lelakinya yang lain bernombor 120. Mereka tiada aktiviti sehingga selepas isya. Masing-masing mengambil keputusan untuk berehat di bilik.

Petang-petang macam ni of course la orang tunggu sunset tepi pantai. Ada juga yang sedang mandi laut. Hildegord mengeliat kecil di depan biliknya. Tinggal dia sorang je dalam bilik. Minah dua ekor tu? Awal-awal lagi dh kluar pergi tangkap gambar tepi pantai. Baru sahaja ingin menjejakkan kaki atas pantai,terasa seperti pintu bilik sebelah ditutup.

Emir baru keluar dari bilik. Rambutnya masih basah. Mungkin baru sudah mandi. Senyuman semanis kinder bueno dihadiahkan kepada Emir. Emir membalas senyuman Hildegord. Teserlah dua lekok di pipi Emir. Suka betu la tengok orang ada lesung pipit ni.

"Emir sorang je? Yang lain mana?" tanya Hildegord.
"Haah,Acap dengan Khai ikut Sarah dengan Airin pergi tangkap gambar". Hildegord mengangguk tanda faham. Baru sahaja ingin bertanya soalan lagi,Hildegord mendengar seseorang menyeru namanya.

"Hilde...can we talk for a minute? Just the two of us" kata Tengku Faiz sambil memandang ke arah Emir dan Hildegord.

Hildegord memandang ke arah Tengku Faiz sebelum memandang Emir kembali. Emir memberi isyarat bahawa dia akan menunggu di sini sampai Hildegord selesai. Dengan berat hati,Hildegord dan Tengku Faiz berjalan sedikit menuju ke arah pantai. Tidak la jauh mana,cukup supaya Emir tidak mendengar perbualan mereka.

Hildegord hanya diam. Menunggu Tengku Faiz memulakan bicaranya. Swatch di tangan kiri ditatap sebentar. Dia mahunya semua berakhir dengan cepat. Dia taknak buat Emir tunggu dia lama-lama. Nafas Tengku Faiz ditarik dalam-dalam sebelum menatap muka Hildegord.

"Hilde,you benci I lagi ke?" itu soalan yang keluar dari mulut Tengku Faiz. Hildegord memandang kosong ke arah Tengku Faiz. Tangan kirinya naik mengurut dahi. Muak. Dia sudah muak dengan soalan itu.

"Tu je ke yang kau nak tanya? Buang masa sia" Hildegord terus memalingkan badannya dan melangkah pergi. Baru sahaja dia berjalan beberapa langkah,Tengku Faiz berbicara sekali lagi.

"You memang dah takde perasaan even sebesar zarah dah ke untuk I?". Langkah Hildegord terhenti. Tapi badannya masih tidak dikalihkan semula ke arah Tengku Faiz. Mata dipejam sebentar mengumpul kekuatan untuk menjawab soalan itu.

"Sejak aku nampak dengan mata kepala aku sendiri kau buat benda terkutuk tu dengan Amanda,sejak tu hati aku dah mati untuk kau. Selama aku dekat Sicily,tak pernah sekali pon nama kau terdetik dekat hati aku. Kau pon dah ada Amanda. Aku rasa takyah kot,kau kacau aku lagi. Kita dah ada life masing-masing."

Tengku Faiz sudah menyangka jawapan dari Hildegord akan berbunyi begitu,tapi entah kenapa hatinya masih terasa remuk mendengar jawpan itu dari mulut Hildegord sendiri. Tengku Faiz tersenyum tawar.

"Thank you sebab jawab dengan jujur. Thank you sebab pernah hadir dan ceriakan hari-hari I. I tak menyesal kenal you. I tak minta juga you maafkan I sebab I tahu salah I besar dekat you. I bersyukur Tuhan hadirkan orang baik macam you dalam hidup I. Cuma I je yang bodoh tak pandai menghargai. I tak pandai bezakan kaca dengan permata. I harap you bahagia dengan orang-orang yang you sayang lepasni. I janji I takkan muncuk or kacau hidup you lagi. I'll go away from your life" nadanya cuba ditahan. Ketika ini,hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya dada Tengku Faiz.

Hildegord masih kekal berdiri di posisi yang sama. Memang dirinya sudah lama membuang Tengku Faiz. Tapi entah mengapa,ayat dari Tengku Faiz itu membuat Hildegord berasa sebak. Matanya mula berkaca. Hildegord tidak membalas apa-apa,cuma langkah yang terhenti tadi sahaja yang diatur semula.

Dengan itu,tertutuplah buku kisah tentang Tengku Faiz dan Hildegord Estrella. Mungkin ini yang terbaik untuk mereka berdua. Melapaskan apa yang tidak sepatutnya mereka miliki,dan mencari harta yang paling berharga buat diri di masa yang akan datang.

Amanda yang melihat dari jauh mengetap kuat giginya. Rasa bencinya terhadap Hildegord membuak-membuak. Semua orang sayang Hildegord. Apa lebihnya Hildegord dari dirinya. Dia mahu semua hak milik Hildegord untuk menjadi miliknya. Walau apa cara sekalipun,termasuk mengotorkan tangannya sendiri.

~~~
Hildegord mengangkat sedikit kepalanya apabila dia sudah berdiri di depan Emir. Empangan matanya yang ditahan tadi akhirnya pecah apabila anak mata berwarna emereld itu menikam lembut anak mata grey milik Hildegord. Mukanya disembamkan ke dada bidang milik Emir. Emir hanya mengusap lembut rambut Hildegord untuk menenangkannya.

Dia tak tahu apa hubungan Tengku Faiz dan Hildegord tetapi dia dapat rasakan Tengku Faiz pernah menjadi orang yang bertahta di hati Hildegord suatu ketika dahulu. Jujur Emir sedikit cemburu. Mampukah dia membuat tempat istimewa di dalam hati Hildegord?

Emir dan Hildegord berjalan beriringan di tepi pantai. Hati Hildegord sudah sedikit tenang. Apabila mengenangkan peristiwa dia menangis dan bersandar pada Emir,terus memerah pipi Hildegord. Tu la kau, Hildegord. Waktu buat tak fikir dulu. Tapi best apa dapat sandar dekat dada Emir. Hehe~

"Emir do you believe in happy ever after?" tanya Hildegord memecahkan kesunyian. Sunset di depannya ditatap. Cantiknya ciptaanMu,Ya Allah.

Emir turut memberhentikan langkahnya dan menatap pemadangan yang terbentang luas itu. "Happy ever after?Macam dalam Disney movie tu?" tanya Emir. Hildegord hanya mengangguk.

"Maybe. Everyone deserve once-upon-a-time and happily ever after. Kadang bila kita rasa kita dh dapat happy ending tu,dah sampai penamat buku,tiba-tiba datang lagi dugaan. Waktu tu baru kita sedar yang sebenarnya kita baru je habis salah satu chapter dari happy ever after. Tapi tak semestinya kita tak boleh cari our happy ending. Cepat atau lambat semua orang akan tetap sampai penghujung buku tu jugak. But,tak semua orang akan dapat happy ever after yang diorang harapkan. Their ending maybe not something they want to remember and it's not deserve to be called happy ever after. That's how life work after all."

Hati kecil Hildegord terusik mendengar jawapan Emir. Sungguh dia kagum dengan seorang insan bernama Emir Ukasyah ini. Hildegord menilik seluruh muka Emir. Rambut coklat pekat,mata berwarna emereld,kulitnya sawo matang,mukanya selalu dingin,tapi kalau dia senyum,gunung berapi pon boleh meletus.

"No wonder orang panggil Emir prince charming" Hildegord tergelak kecil. Emir mengangkat sebelah keningnya. Kenapa tiba-tiba cakap macamtu?!

"Emir taknak jadi prince charming. Cliche" cebiknya. Hildegord diam,masih menunggu apa yang ingin dikatan oleh Emir.

"Emir nak jadi knight in shining armor. So,nanti Emir boleh protect my one and only princess from any danger" keningnya diangkat-angkat. Suka betul eh kau Emir.

Hildegord hanya tersenyum. Untung betul siapa yang dapat mencuri hati Emir. Apakah sudah ada orang yang menghuni hati Emir? Sebenarnya hati Hildegord mula terusik dengan kehadiran Emir. Cuma dia takut. Takut kejadian lama akan berulang kembali. Kerana itu dia hanya memilih untuk diam sebalik meluahkan.

Langit yang semakin gelap itu dipandang sebelum kaki diatur kembali ke bilik.

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now