[27]

3K 222 0
                                    

Sudah 2 bulan Hildegord terperuk di rumah. Sekali sahaja dia pernah menjejakan kaki ke universiti. Itupun sebab Hildegord mengidam coconut shake di cafeteria.

Sekarang Hildegord hanya belajar dari rumah. Ni semua sebab Emir terlebih risau akan keselamatan Hildegord. Terutama sekali tentang kandungan Hildegord. Emir tidak mahu isteri atau anaknya berada di dalam bahaya.

Dan selama 2 bulan ini juga ibu dan Jay yang menjaga Hildegord ketika Emir berada di universiti.

"Sayanggg..." Emir membuka pintu bilik tidur mereka.

Hildegord yang sedang bersandar di kepala katil itu mengalihkan tumpuannya dari ipad.

Emir duduk di birai katil bersebelahan dengan Hildegord. Dahi isterinya dicium lembut sebelum perut Hildegord pula menjadi mangsanya.

"Anak daddy behave tak harini?"soalnya sambil mengusap lembut perut Hildegord.

Hildegord tergelak kecil. Kepala Emir diusap. "Anak daddy okay je. Tak nakal pun"

Sungguh Emir bersyukur kerana Hildegord tidak mengidam benda yang terlalu sukar untuk dicari. Alahannya juga tidak ada yang teruk selain morning sickness.

Emir tersenyum sekilas sebelum kaki diatur ke bilik mandi.

~~~
Malam itu Hildegord dan Emir hanya duduk bermalas-malasan di atas katil. Emir masih berbaring di atas peha Hildegord.

Entah apa yang dia borak dengan si kecil dalam perut Hildegord tu pun dia tak tahu.

"Sayanggg..." Emir memandang anak mata grey milik Hildegord.

Hildegord mengangkat keningnya sebagai tanda "what?"

"Hubby takde 2 minggu tau. Hubby kena pergi Johor. Kena pergi hospital dekat sana. Practicle. For final exam mark"

"Okay,then?" jari Hildegord kusyuk bermain dengan rambut Emir.

"Hubby taknak tinggal Dee. If apa-apa jadi waktu hubby takde macam mana?" Emir membenamkan mukanya pada perut Hildegord.

"Ibu,Jay,Gab,Khai,Acap,Sarah dengan Airin kan ada. Diorang kan ada. Diorang boleh jaga Dee"

"Tapi...."

"Ke hubby takut nanti hubby rindu Dee dengan baby"

Emir mengangguk. Terdengar ketawa kecil dari mulut Hildegord.

"Hubby taknak full mark untuk final ke? Taknak graduate?" Hildegord cuba memancing Emir.

Emir merengus kecil. Kepala diangkat memandang Hildegord dengan bibir dimuncungkan.

"Baby,tengok ni daddy merajuk" Hildegord mengejek Emir.

Emir makin memasamkan rupanya. "Ye la hubby pergi. Tapi Dee kena janji yang Dee akan always contact Emir. Semua benda yang Dee nak buat,nak pergi mana semua kena bagitau dulu. Understand sayang?"

Tengok la tu,betapa overprotectivenya seorang Emir Ukasyah. Hildegord mengerutkan dahinya sebelum perlahan-lahan mengangguk.

~~~
Kali ini Hildegord berjaya bangun tanpa menyedarkan Emir dari tidurnya. Hildegord melihat pantulan dirinya dari dalam cermin.

Tekak yang loya tadi mula beransur pulih. Pintu toilet ditutup perlahan. Hildegord memandang Emir yang masih dibuai mimpi itu. Mungkin penat dengan kelas di universiti.

Hildegord berjalan ke arah balkoni biliknya. Pintu sliding door itu dibuka. Terasa angin malam menyapa kulitnya.

Hildegord melihat langit yang dipenuhi bintang itu. Entah mengapa air mata jatuh. Mungkin kerana penat dengan morning sicknessnya.

"Mummy,you gonna be a grandma soon" sebuah senyum tawar hadir di bibir milik Hildegord.

Sedang Hildegord leka melayan perasaannya,tiba-tiba sepasang tangan melingkar di pinggangnya. Hildegord tidak menolak. Sudah tahu siapa gerangan pemilik tangan itu.

"Kenapa duduk luar sorang-sorang ni? It's not good for you and the baby" Emir merehatkan dagunya di atas bahu Hildegord.

"Dee rindu mummy..."katanya perlahan.

"Mummy must be proud with you sayang" Emir mengusap bahu Hildegord. Memberikan semangat kepada bidadarinya itu.

"It's time for you to sleep,my lady" Hildegord terjerit kecil apabila tubuhnya dicempung masuk ke dalam bilik semula.

Emir keluar dari bilik mandi selepas selesai mengambil wudhuk. Al-quran di atas meja study Hildegord dicapai lalu Emir duduk bersila di tepi Hildegord yang sudah berbaring itu.

Surah Al-Mulk dibaca. Memang ini rutin Emir setiap kali Hildegord mengadu yang dia tidak boleh tidur.

Melihatkan mata Hildegord yang sudah tertutup sebaik sahaja ayat terakhir habis dibacakan mengundang senyuman kecil pada bibir Emir.

Wajah tenang Hildegord sewaktu tidur dipandang. Emir tahu bidadarinya itu penat. Mengandung itu bukanlah satu perkara yang mudah.

Dia sendiri melihat betapa siksanya Hildegord menahan morning sickness nya. Ditambah lagi dengan perut dan kepala Hildegord yang sering meragam dan emosinya yang kurang stabil sekarang.

Jadi selagi Emir mampu menunaikan permintaan Hildegord,dia pasti akan tunaikan walaupun permintaan itu sekecil zarah. Hanya itu caranya untuk meringankan beban Hildegord.

Dahi Hildegord dikucup lembut. "Selamat malam bidadari"

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now