[26]

3K 221 2
                                    

Perjalanan pulang ke rumah hanya diam. Tangan Hildegord masih kuat menggenggam tangan kiri milik Emir.

[Flashback]
Kaki diatur ke arah Audi R8 milik Emir. Emir membuka kan pintu tempat duduk di sebelah pemandu ke arah Hildegord.

Hildegord tidak terus memboloskan diri ke dalam perut kereta. Sebaliknya,badannya mengeras di depan pintu kereta yang terbuka itu. Nafasnya tersekat-sekat. Badannya bergetar hebat.

Emir yang perasan akan muka pucat Hildegord itu terus menarik isterinya ke dalam pelukan untuk menenangkannya.

"Shh it's okay sayang. Hubby ade ni" tepi kepala Hildegord dikucup lembut.

Sungguh dia tidak sangka kemalangan itu akan membuatkan Hildegord trauma. Amarahnya makin membuak-buak.

[End of Flashback]

Hildegord memandang ke arah rumah banglonya itu. Terasa seperti sudah lama tidak pulang ke rumah.

Emir menolong Hildegord untuk keluar dari kereta apabila selesai mengeluarkan barang dari belakang kereta.

Caramel menjadi penunggu setia di hadapan pintu. Rindu kepada mummy dan daddynya mungkin.

Kelihatan susuk tubuh ibu sedang duduk di atas sofa ruang tamu itu sedang berdiri menuju ke arah Hildegord.

Emir sudah memberitahunya bahawa ibu mahu menjaga Hildegord buat masa sekarang.

"Sampai pun anak-anak ibu ni" ibu memeluk erat tubuh Hildegord.

Ditiliknya dari atas sampai bawah seluruh badan Hildegord selepas pelukan dileraikan. Risau menantu kesayangannya itu masih terluka atau sakit dimana-mana.

"Dee naik atas dulu. Pergi rehat. Nanti tengah hari ibu panggil turun makan. Dee nak makan apa?" soal ibu sambil mengusap lembut rambut Hildegord.

Hildegord diam sebentar.

"Ibu,Dee teringin nak makan daging bakar. Boleh ke?" Hildegord memandang Emir dan ibu bersilih ganti.

Hildegord tidak mahu menyusahkan orang disekelilingnya. Kalau tidak difikirkan kesihatannya yang sekarang ni,dia dah masak sendiri.

Emir mengelipkan matanya beberapa kali. Dia sedikit terkejut kerana ini pertama kali Hildegord mengidam selepas seminggu mengetahui tentang kandungannya.

Nampak gaya,si kecil dekat dalam sana dah mula tunjuk tanduk. Semoga Emir dapat melayan semua perangai Hildegord.

Ibu tersenyum ke arah Hildegord. Menantunya yang sorang ni terlalu baik baginya.

"Boleh sayang. Nanti ibu masakkan. Dah pergi naik rehat" Hildegord dan Emir meminta diri sebelum naik ke tingkat dua.

~~~
Hildegord membuka matanya sebelum kaki laju berlari ke arah tandas. Tekaknya terasa loya dan berpasir.

Selepas beberapa minit,Hildegord keluar dari toilet bersama muka yang pucat. Ya dia penat dengan morning sickness yang terlalu teruk ini.

Kelihatan Emir sedang bersandar di kepala katil dengan lampu tidur yang sudah dibuka. Emir menarik Hildegord untuk bersandar pada dada bidangnya yang tidak berlapik apa-apa.

Minyak angin di tepi katil dicapai. Kepala Hildegord dipicit lembut. Jam pada dinding di pandang. 2.30 pagi.

"Sorry hubby. Mesti Dee dah kacau tidur Emir kan"mata Hildegord mula berkaca. Sejak ada nyawa lain yang bersamanya,emosi Hildegord makin susah dikawal.

"It's okay sayang. Hubby tahu sayang penat. Kalau boleh hubby nak tanggung semua sakit sayang tu. Hubby taknak sayang sakit. Ni je cara hubby boleh ringankan beban sayang" air mata yang jatuh pada pipi Hildegord dikesat dengan ibu jari.

"Sayang daddy dekat dalam ni,jangan la suka buat perangai. Tak kesian ke dekat mummy? Jangan nakal-nakal okay baby?" perut Hildegord yang masih tidak menapakkan bentuk itu diusap lembut.

Satu kucupan singgah di perut Hildegord sebelum satu lagi kucupan singgah di dahi isterinya itu. Itu perkara yang sudah menjadi habit kepada Emir setiap pagi dan malam.

Comforter tebal itu dibetulkan sedikit supaya Hildegord berada dalam keadaan selesa.

"Hubby,Dee teringin nak makan steak la. Tapi nak hubby yang masak" puppy eye ditayangkan kepada Emir.

Emir tergelak kecil. Kepala Hildegord diusap.

"Boleh sayang. Esok hubby masak. Now,tidur"

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now