Mata yang terasa berat itu dibuka dengan paksa. Bau ubat yang kuat terus menusuk hidung Hildegord. Tahulah dia bahawa dia sekarang berada di hospital.
Iv drip pada tangan kanan dipandang sekejap. Biliknya yang besar itu diperhatikan. Kosong. Tiada sesiapa. Hildegord menghela nafas perlahan.
Perutnya disentuh. Kempis. Terasa seperti darah berhenti mengalir. Muka Hildegord berubah pucat. Badan yang masih sakit dipaksa bangun.
Tangannya terketar-ketar memegang perut kempis itu. Air mata mula jatuh dengan laju.
"Sa-sayanggg..." Hildegord memandang pemilik suara itu. Kelihatan Emir sedang berdiri di hadapan pintu dengan wajah tidak percaya.
"Hubby...."makin kuat esakan Hildegord.
Emir terus merapati katil Hildegord. Tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya.
"Hey,kenapa ni? Kenapa menangis? What's wrong? Sakit dekat mana-mana ke?" Emir membelai rambut panjang milik Hildegord. Loceng ditepi katil Hildegord ditekan.
"Ba-baby... " Emir yang faham maksud Hildegord itu tersenyum kecil.
"Our babies are fine. Diorang tengah tidur" Emir mengangkat wajah Hildegord yang sudah basah degan air mata itu.
Hildegord mengerutkan dahinya. Dia keliru. "Babies? Diorang?"
Emir tergelak kecil. "It's a twin. Both of them are boy" air mata Hildegord diseka menggunakan ibu jari.
Hildegord tergamam. Dia sendiri tidak sangka anaknya ialah kembar. Hildegord menghembus nafas lega. Senyum nipis diukir pada bibirnya.
Selepas beberapa minit,seorang doktor wanita masuk ke dalam ward Hildegord untuk membuat pemeriksaan.
~~~
Bubur di dalam mangkuk itu licin di makan oleh Hildegord. Maklumlah,seminggu tak makan kan?"Hubby...Bila Dee boleh jumpa babies?" Hildegord memandang ke arah Emir yang sedang menuangkan air ke dalam gelas.
"Esok hubby bawak diorang datang sini jumpa dengan mummy diorang" gelas tadi bertukar tangan.
Hildegord hanya mengangguk. Mukanya tidak lekang dari senyuman. Tidak sabar berjumpa dengan anak-anaknya mungkin.
"Now makan ubat,lepastu rest okay?" Hildegord hanya mengikut arahan Emir.
Selepas selesai makan ubat,kepala dibaringkan semula pada bantal sebelum semuanya menjadi gelap.
Apabila Hildegord bangun semula,bilik itu dipenuhi dengan wajah-wajah yang dia rindui.
Mulalah sesi jejak kasih dan bermaaf-maafan mengalahkan hari raya. Mata masing-masing jangan ditanya. Memang bengkak habis akibat menangis.
Ward itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka semua.
~~~
Seperti yang dijanjikan oleh Emir,hari ini Hildegord akan berjumpa dengan anak-anaknya.Pintu ward itu dibuka dari luar. Kelihatan Emir sedang menolak masuk dua troli baby ke arah Hildegord dengan senyuman manis.
2 orang bayi lelaki yang sedang diulik mimpi itu dipandang dengan mata berkaca. Zuriat milik Hildegord dan Emir.
"Apa nama diorang?" soal Hildegord sambil mengangkat salah seorang dari anaknya masuk ke dalam pelukan. Pipi munggil itu dicium lama.
"Yang sayang pegang tu abang. His name is Rayyan Ikmal Ukasyah"
"Yang hubby pegang tu?" Hildegord memandang pula ke arah heronya yang lagi satu.
"Rayden Iqbal Ukasyah"
Si kecil itu ditilik lama. Rambut berwarna coklat gelap,hidung mancung,bibir kecil. Sebiji macam copy paste daddy mereka. Cuma warna kulit yang cerah tu je kut ikut Hildegord.
"Sayang cuba teka warna mata diorang" Emir mengangkat-ngangkat keningnya.
Hildegord mengerutkan dahi. Macam mana nak tahu kalau si kecil ni dua-dua tengah tidur?
Pipi Rayyan yang berada di dalam pelukan Hildegord dicuit beberapa kali. Si kecil itu mengeliat kecil lalu membuka mata sebentar sebelum ditutup kembali. Mungkin rimas tidurnya diganggu.
Mata Hildegord membulat. Terkejut melihat warna mata anaknya. Campuran warna emereld dan grey. Unik dan cantik.
"Serious lah? Dua-dua sama ke?" Hildegord bertanya dengan nada teruja.
Emir mengangguk. Emir tersenyum bahagia. Keluarga kecilnya telah lengkap. Mungkin selepas ini banyak lagi cabaran yang mereka perlu lalui,tapi mereka akan cuba untuk hadapi semuanya bersama.
"Thankyou sayang"
"For what?"
"Everything you have done until now"
Bibir mereka ditautkan bersama sebelum teriakkan dari Rayden mematikan moment romantik mereka.
"Seriously?!" Emir memuncungkan bibir.
Hildegord tergelak kecil sebelum si kecil itu dibawa ke dalam dakapannya. Ni mesti kes lapar ni.
YOU ARE READING
MY LOVELY HILDEGORD
Romance"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?" - Hilde "Like in the Disney movie? Yes,i do" - Emir Siapa sangka Emir dapat mengubah Hildegord yang...