Pagi-pagi lagi Emir dan Hildegord sudah mencari jaln keluar dari hutan itu. Disebabkan kaki Hildegord yang terseliuh itu,perjalanan mereka menjadi sedikit lama kerana banyak berhenti. Emir sudah menawarkan diri untuk mengendong Hildegord,tetapi laju saja gadis itu menolak. Tidak mahu susahkan Emir katanya.
Sedang mereka berdua berhenti berehat,terdengar seperti orang sedang menjerit. Jeritan itu semakin dekat dan jelas.
"EMIR!!!" "HILDEGORD!!!" Hildegord dan Emir memandang satu sama lain sebelum tersenyum lega. Mereka membalas jeritan itu "KAMI KAT SINI". Doa mereka dimakbulkan.
Selepas beberapa minit Hildegord,Emir dan rakan-rakannya yang lain keluar dengan selamat dari hutan itu. Sarah dan Airin terus menerpa ke arah Hildegord yang sedang dipapah oleh Emir itu.
Emir mengarahkan mereka membawa Hildegord ke pasukan perubatan. Iphone miliknya dikeluarkan. Nombor sesorang didail.
~~~
Hari ini mereka akan kembali ke Uni. Sungguh indahnya dunia. Kalau waktu datang haritu bas macam dalam zoo,sekarang ni sunyi dia kalah tanah perkuburan. Maklumlah,bateri semua dah 0%.Sesampainya di Uni,Hildegord disambut oleh Jay. Kaki diatur menuju ke arah kereta Honda Civic milik Jay itu. Membulat mata Jay melihat keadaan Hildegord ketika itu. Muka dan tangan penuh plaster,kaki dibalut.
Jay memandang pula orang yang sedang memimpin Hildegord itu.Bukan Sarah,bukan Airin tetapi Emir. "Sejak bila,miss aku ada boyf handsome setaraf aku ni?" kening dikerutkan.
"What the hell,happened to you young miss?"tanya Jay risau. Hildegord rasa macam nak bagi penampar free je kat muka Jay sekarang ni. Dia tak baca ke chat Hildegord yang panjang lebar semalam?
"Kau ada phone mahal-mahal tapi tak pandai guna,baik takyah beli sial" kecil besar,kecil besar je Hildegord pandang Jay sekarang ni. Jay menayangkan barisan giginya tanpa rasa bersalah. Kau fikir iklan colgate ke?
"And this boy is?" muka Jay curious gila nak tahu. Emir yang dari tadi diam membatu dipandang. "This is-" belum sempat Hildegord menghabiskan ayatnya Jay sudah memotong.
"Nevermind. Yang penting sekarang ni young miss kena balik rumah and young miss lena bawak boyfriend young miss ni sekali." Eh anak babi ni,belum sempat orang habis cakap dia dah potong dulu,pastu fitnah-fitnah pula. Tauk dalam loji baru tahu.
"Dah kenapa?" kening Hildegord diangkat sebelah. Takut-takut Jay menjawab. "Emmm... something or should i said someone waiting for you?"
Hildegord sudah dapat mengagak siapa yang dimaksudkan oleh Jay. Baru je balik dah dapat bala. Tapi apa kena mengena dengan si Emir ni pulak? Ah takpe japgi tahu jugak.
Hildegord memandang wajah Emir sekilas. Emir hanya mengangguk tanda dia setuju untuk pergi bersama. Hildegord mengeluh kecil. "Fine. But pergi Pet Hotel dulu" kata Hildegord.
Honda Civic milik Jay diparkir betul-betul di depan Pet Hotel. Pintu duduk penumpang di sebelah kanan dibuka. Jay menghukurkan sebuah beg yang agak besar ke arah Hildegord. Hildegord tersenyum gembira.
"Caramel~" panggil Hildegord manja. Dan keluarlah seekor arnab gebu berwana coklat perang dari beg itu.
Hildegord memalingkan wajahnya ke arah Emir. "Caramel say hi to Emir" kata Hildegord sambil menghulurkan Caramel ke arah Emir. Emir tergelak kecil.
"Dee suka rabbit?" soal Emir. Hildegord hanya mengangguk. Caramel adalah hadiah pemberian daripada arwah mummynya. Keadaan kembali diam. Hildegord fokus bermanja dengan Caramel. Baru tinggal berapa hari dekat Pet Hotel badan dah naik. Ikut perangai siapalah si Caramel ni,kuat sangat makan.
Kereta Jay memasuki perkarangan rumah banglo mewah milik Hildegord itu. Hildegord melepaskan satu keluhan berat selepas melihat kereta Range Rover berwarna hitam itu . "Emir,apa pun Emir nampak or dengar dekat dalam nanti...Emir jangan terkejut tau" Hildegord tersenyum nipis sebelum melangkah masuk.
YOU ARE READING
MY LOVELY HILDEGORD
Romance"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?" - Hilde "Like in the Disney movie? Yes,i do" - Emir Siapa sangka Emir dapat mengubah Hildegord yang...