SPECIAL CHAP [2]

3.9K 217 2
                                    

Luggage besar itu ditolak ke hadapan pintu rumah. Caramel dan Snowy juga sudah dimasukkan ke dalam beg masing-masing.

Hildegord mengintai putra-putra kecilnya yang sedang nyenyak tidur di atas sofa ruang tamu. Kaki diatur kenarah meja makan.

Nasi lemak hasil air tangan Emir sudah siap terhidang di atas meja. Baunya membuatkan Hildegord makin terliur.

Seperti mengiyakan apa yang otak sedang berfikir,perut Hildegord berbunyi. Dengan serta-merta sebuah kerusi ditarik sebelum melabuhkan punggung.

"Dah siap semua barang?" Emir menarik kerusi di hadapan Hildegord.

Hildegord mengangguk sebelum memberikan pinggan yang sudah siap diisi dengan nasi lemak itu kepada Emir. Doa makan dibaca sebelum mereka mula menjamu selera.

Hari ini mereka akan pulang ke Sicily setelah seminggu berada di Malaysia.

Sekitar pukul 8 pagi,sebuah kereta Alphad milik anak buah Hildegord memasuki perkarangan rumah.

Anak buah Hildegord itu membantu memasukkan semua barang ke dalam bonet kereta.

Pintu besar rumah banglo itu ditutup sebelum kereta itu mula beredar meinggalkan perkarangan rumah.

"Boleh tak kita singgah satu tempat?"

~~~
Tanah perkuburan itu dipandang sepi. Ray dan Qiy masih nyenyak tidur di dalam kereta manakala Hildegord dan Emir pula menuju ke arah satu batu nisan.

Nama pada bagu nisan itu dipandang. Hilman Afandi Bin Ahmad Shahrizal.

Siapa sangka pertemuan Hildegord bersama daddynya di hospital dahulu adalah pertemuan terakhir mereka.

Hildegord tidak pernah lagi bertemu dengan daddynya selepas kejadian di hospital dahulu. Sehinggalah,daddynya menutup mata buat selamanya pada tahun lalu.

Hildegord pulang ke Malaysia untuk menghadiri pengebumian daddynya. Tapi entah mengapa,setitis pun air matanya tidak gugur saat itu. Mungkin masih terluka walaupun sudah memaafkan.

Sesudah membacakan surah yaasiin dan membersihkan kubur milik daddy,Emir dan Hildegord meneruskan perjalanan ke lapangan terbang.

"Rest well daddy" bisik hati Hildegord sambil membuang pandangan ke luar tingkap kereta.

~~~

Matahari yang bersinar itu membuatkan mata Hildegord sedikit silau.

"Young miss,your flight is ready" Hildegord hanya mengangguk dan memandang ke arah Emir yang sedang mendukung Ray.

"It's time to go" Emir menggenggam tangan kanan milik Hildegord.

"Yeah. It's time to open a new story book"Hildegord membalas genggaman tangan Emir.

Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam private jet itu.

Masa untuk mereka kembali meneruskan cerita hidup mereka. Tetapi bukan di buku yang lama,kerana buku itu sudah sampai ke penghujungnya.

Kini,cerita baharu mereka bersama si kembar itu baru sahaja bermula.


❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now