Setelah keluar dari hospital,Hildegord masih ditahan dirumah untuk beberapa hari. Penat jugak lah dia menggunakan manja no jutsu dia sebab nak pujuk Emir.
Akhirnya hari ini dia kembali ke ke universiti untuk menjalankan hari-hari seperti pelajar biasa. Hildegord tidak lekang dengan senyuman sejak keluar rumah tadi. Macam budak tadika first time nak pergi sekolah.
Audi R8 milik Emir terletak cantik di parking lot. Emir memandang wajah Hildegord sebelum berjabu nasihat dan peringatan keluar dari mulutnya.
Selepas apa yang jadi kepada Hildegord tempoh hari,mood overprotective Emir naik mendadak. Possesivenya tidak disembunyikan lagi.
Hildegord menyalam tangan Emir sebelum Emir mencium ubun-ubun Hildegord. Pipi Emir dikucup sekali sebelum Hildegord berlari keluar. Kamg duduk lama-lama dalam kereta tu, tak masuk kelas jugak dia japgi.w
Satu notification terpancar pada Iphone milik Hildegord.
Husbaby🤍
Japgi habis kelas nak Emir tunggu
depan dewan ke?Em no need la. Jumpa dekat
cafe jeHildegord terus menyimpan semula Iphonenya ke dalam tote bag selepas kelihatan pensyarahnya menapak masuk.
~~~
Kelas terakhir Hildegord tamat pada pukul 1.00 petang. Kaki terus diatur ke cafeteria. Sudah berjanji mahu bertemu dengan yang lain di sana."Dee!!!" jerit Sarah dan Airin dari kejauhan. Rasa nak tepuk dahi bila sekarang ni semua mata memandang ke arah Hildegord.
"Kau dah okay ke?" "Sakit lagi tak?" dan bermacam-macam lagi soalan yang keluar. Sampai Hikdegord tak tahu nak jawab mana satu.
"Korang ni cuba la tanya satu-satu soalan. Kesian Hilde. Mulut dia tu ada satu je tau" terima kasih kepada Acap yang sudah menolongku.
Kelibat Emir tidak kelihatan. Tapi tote bag miliknya ada di depan Hildegord. Baru sahaja ingin bertanya di mana kelibat suaminya itu,tiba-tiba meja mereka dihentak menggunakan sebuah beg tangan berjenama LV.
Mata memerhati pemilik beg tangan yang sudah mengganggu ketenteraman orang itu. Tak lain dan tak bukan haruslah si ulat beluncas.
"Puas hati kau sekarang Hildegord?" sergah Amanda. Semua yang berada di meja itu mengerutkan dahi. Cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh Amanda.
Emir yang baru sahaja tiba dengan sebuah dulang berisi chicken chop dan coconut shake itu turut memandang pelik sebelum duduk bertentangan dengan Hildegord.
"Kau dah kenapa? Salam takde,muqadimmah takde,tiba-tiba serbu orang macamni" Khai membuat muka tak puas hati.
"Shut up! I tak bercakap dengan you. Aku tanya kau ni,puas tak hati kau sekarang ni?!"suara Amanda naik seoktaf mengundang perhatian orang ramai.
Emir sudang memandang tajam ke arah Amanda. Dia sendiri pun tak pernah tengking Hildegord,takkan lah dia nak biar orang lain tengking bidadari dia?
"Aku buat apa?"soal Hildegord tenang. Masih memandang Amanda dengan wajah blur. Cuba mengingat kembali jika dia ada tersakitkan hati wanita di depannya sekarang ini.
"Are you playing dumb,right now?"sinis nada Amanda kedengaran di telinga Hildegord.
Hildegord hanya mengangkat bahu. Coconut shake dari dulang Emir dicapai dan disedut. Nikmat sungguh rasa sejuk di dalam tekaknya.
YOU ARE READING
MY LOVELY HILDEGORD
Romance"Hilde, my precious star. You have to find your happy ever after no matter what" Do I deserve to be happy? "Did you belive in happy ever after,Emir?" - Hilde "Like in the Disney movie? Yes,i do" - Emir Siapa sangka Emir dapat mengubah Hildegord yang...