[5]

4.1K 328 2
                                    

Pagi itu Hildegord bangun dengan kepala yang bertampal plaster. Hildegord duduk di sebelah Sarah sambil menongkat dagu melihat Airin yang sibuk memasak. Ada rupa calon menantu idaman ni hehe. Bihun goreng yang telah siap dimasak dihidang. Baru sahaja Hildegord menadah tangan ingin menerima pinggan dari Airin,dagunya diangkat.

"Ni asal ni?" tanya Airin hairan. Semalam okay je. Takde tampal-tampal pon. Riak muka Airin jelas menunjukkan dia risau.

"Semalam bangun nak minum air,lepastu nampak lipas,aku terkejut nampak lipas tu jalan astu terhantuk kepala kat dinding" Hildegord menyentuh plaster di dahinya. Mana mungkin dia menceritakan perkara sebenar kepada 2 sahabatnya itu. Boleh naik gila kalau diorang tahu benda betul.

~~~
Baru sahaja ingin menapak masuk ke dewan kuliah,satu notification dari group Uni masuk. Aplikasi telegram dibuka.

"Diminta pelajar daripada fakulti-fakulti yang terlibat berkumpul di dewan besar segera. Kehadiran dan penglibatan akan dikira sebagai markah kokurikulum. Sekian harap maklum"

Hildegord mengeluh kecil apabila terlihat nama fakultinya berada dalam senarai. Kaki digagahkan juga untuk ke dewan besar walaupun malas. Setibanya di sana, Hildegord sudah nampak Airin dan Sarah melambai-lambai ke arahnya. Nasib ada gang. Kalau tidak,mereput la dia. Acap dan Khai juga ada bersama mereka.

"Diorang je? Mana Emir? Fakulti dia tak join ke?" mata Hildegord mencari kelibat manusia bernama Emir itu. Bibir dijuihkan sedikit. Mungkin hampa kerana kelibat yang dia cari tak nampak bayang. Eh,Hildegord ni kenapa cari Emir? Suka Emir la tu~

"Cari siapa?" tanya seseorang dari belakang Hildegord. Hildegord terus memalingkan mukanya kepada pemilik suara. Nampak Emir tunduk sedikit bagi menyamakan tingginya dan Hildegord. Waktu seolah-olah terhenti seketika sebelum Hildegord tersedar. "Too close" gumamnya dalam hati. Muka? Tak payah cakap,dah macam strawberry merahnya.

Hilde mengambil satu tapak ke belakang supaya ada jarak di antara mereka. Kepala digeleng bagi menjawab pertanyaan Emir tadi. Emir menilik muka Hildegord lalu sebelah keningnya diangkat. Jari ditunjuk-tunjuk ke arah dahi dan mulut laju bertanya "asal?".

Hildegord yang faham maksud Emir menjawab "terhantuk dekat dinding". Rasa macam harini dah 10 kali dia jawab soalan sama. Mata Emir terkebil-kebil melihat mendengar jawapan Hildegord itu. Gelaknya ditahan. Dia tak mahu Hildegord rasa macam dia sedang mengejek Hildegord. Hildegord yang perasan akan perubahan Emir tu mengembungkan pipinya. Malu.

Emir berdehem sekejap sebelum berkata "jom la gi kat diorang. Kesian diorang dah tunggu lama" sambil menunjukkan jarinya ke arah rakan-rakan yang lain. Hildegord hanya mengangguk dan mengikut jejak Emir dari belakang.

Tanpa Emir dan Hildegord sedar ada mata yang memerhati gerak-geri mereka.

~~~
Mereka diminta membentuk kumpulan yang terdiri dari 6 orang. Bagi kumpulan yang sudah cukup anggotanya dibenarkan duduk dan menunggu untuk diberikan taklimat. Dewan itu bising mengalahkan pasar jual ikan. Ada yang mencari ahli kumpulan,ada yang bertengkar sebab terlebih ahli dan macam-macam lagi.

Dunia Hildegord terasa bagaikan runtuh. Dalam banyak-banyak aktiviti,kenapa camping juga menjadi pilihan Universiti ini? For your information,Hildegord dan camping is a big NO!. Hildegord memang tak sukakan hutan sejak dari kecil. Apa sebabnya pon,dia tak tahu. Rasa seperti ingin menagis sahaja melihat muka pucat Hildegord sekarang. Airin dan Sarah menepuk bahu Hildegord,cuba untuk memberi semangat. Sabar nak,ini namanya dugaan~

[Camping Day]
Hildegord mengeliat kecil di atas katil. Mukanya monyok. Jangan ditanya kenapa. Haruslah sebab dia kena pergi camping. Pergerakan Hildegord teramatlah lambat hari ini. Kalau siput babi tengok ni,siput tu pon geleng kepala. Kalau tidak disebabkan markah kokurikulum,jangan harap dia nak pergi. Hari ini dia tak drive sebab takde mood,so Jay la yang kena hantar.

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now