[16]

3.5K 244 11
                                    

Jay memandang Hildegord dan Emir berulang kali.

"Finish your breakfast now,or we'll be late to the office"Hildegord mengubah topik. Jay hanya menayang sengih tidak bersalah.

~~~
[SKY HOLDINGS]

Bandungan tinggi dan megah itu dipandang. Kaki menapak mengikut langkah Hildegord. Semua yang terserempak dengan mereka menunduk hormat.

Hildegord sudah biasa dengan mata-mata yang memerhatikannya. Tetapi,hari ni rasa macam dapat extra attention. Mana datang dengan extra tu? Tentu sahaja datang dari suami tercinta.

Emir yang mengenakan baju kemeja putih dengan lengan yang dilipat hingga ke siku dan dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Simple but yet,sexy. Orang lalu sebelah tak pandang dua kali tak sah.

Jay,Hildegord dan Emir masuk ke dalam lif exclusive milik Hildegord. Tingkat paling atas ditekan. Tingkat 50.

"Bro,jangan la curi spotlight dari aku"Jay memuncungkan bibirnya. Sebelum ni dia jalan dengan Hildegord takde pulak reaction macam hari ni. Padahal rupa paras Jay ni tak kurang hebatnya.

Jay boleh dikategorikan sebagai orang good looking. Antara skala 1-10,tahap handsome Jay ialah 9. Dengan tinggi yang mencecah 190cm,ditambah lagi dengan rambut dan anak mata berwarna hitam pekat. Memang full pakej.

Tapi sifatnya sama macam Gabriel,tak suka layan perempuan. Bak kata dia 'menyusahkan'. Dengan Hildegord je dia layan bagai ratu. Sebab bagi dirinya,Hildegord adalah satu-satunya ahli keluarga yang masih dia ada. Kerana itu,Jay menjaga Hildegord bagai kaca yang boleh pecah pada bila-bila masa.

Emir ketawa besar. "Tu maksud dia,aku lagi handsome dari kau"Emir berkata bangga.

Hildegord mengangkat sebelah kening. "Hubby,remember that you're married. Behave yourself,if taknak rasa kena pergi tidur rumah Jay". Dari tadi dia tahan geram tengok orang usya husband dia. Tahu la husband dia Mr. Hot Guy,tapi jangan la pandang lama-lama.

"Aww~are you jealous,honey?"Emir ketawa mengusik. Hildegord mendecit.

"I just don't like what's mine being targeted by anyone else"katanya sambil berjalan keluar dari lif meninggalkan Emir dan Jay.

Pintu bilik itu dibuka. Terlihat ada dua buah meja mahagoni di situ. Satu milik Hildegord dan satu lagi milik Jay. Ya,mereka kongsi satu pejabat. Senang sikit nak bincang apa-apa takyah jalan jauh. Tingkat 50 ini memang hanya mempunyai satu pintu sahaja.

Maksudnya kawasan ini memang khas untuk CEO dan COO syarikat SKY Holdins yang tak lain dan tak bukan,Hildegord dan Emir.

Tingkat 50 ini mempunyai dua bahagian. West dan East. West ialah kepunyaan Hildegord dan East ialah kepunyaan Jay. Namakan sahaja,bilik solat? bilik tidur? Dapur mini? Semuanya serba-serbi lengkap. Tapi nak naik tingkat ni kena ada pass,dan orang tertentu sahaja yang mempunyai pass itu.

Emir duduk di sebuah kawasan rehat di dalam office itu bersama Jay. Ada beberapa buah sofa dan juga meja kopi. Hildegord pula duduk di meja kerjanya. Intercomp ditekan dan Hildegord bercakap dalam bahasa Itali.

Beberapa minit kemudian,terdengar ketukan dipintu. Hildegord memberi kebenaran untuk masuk sebelum Chris melangkah masuk dengan beberapa fail di tangan. Fail itu diletakkan di atas meja Hildegord sebelum Hildegord mula menyemak.

Satu persatu fail mula disemak. Emir hanya melihat tangan Hildegord yang pantas membuat kerja. Sungguh dia kagum melihat wanita di depannya sekarang ini. Jay yang perasan akan padangan Emir itu hanya tersenyum. Dia tahu apa yang Emir fikirkan. Kerana dia juga berfikir tentang perkara yang sama.

Bukan mudah untuk seorang Hildegord Estrella untuk sampai ke tahap di mana dia berada sekarang. Pelbagai perkara perlu dikorbankan. Pelbagai cabaran dan bahaya perlu dia hadapi. Dan Jay menjadi saksi kepada semua itu.

Chris bertanya sesuatu kepada Hildegord sebelum Hildegord memandang ke arah Jay dan Emir. "Coffee?" soalnya sepatah.

"Espresso"jawab Emir. Hildegord memandang pula ke arah Jay. Dia tahu lelaki itu tidak minum kopi. Katanya,tak sedap.

"Hot choclate" hanya itu yang dipesan. Sebelum Chris keluar dari pejabat itu,sempat lagi Jay meminta tolong.

"Puoi chiamare Alex, per me?". Chris mengangguk faham dan berlalu keluar. Jay sudah melangkah ke arah mejanya. Mood kerjanya sudah diaktifkan.

Emir pula mengeluarkan Macbooknya dari beg. Takkan la dia nak tunggu macam tunggul je kan dekat sini? Baik dia siapkan research dia.

Beberapa minit kemudian Chris kembali dengan beberapa cup air ditangan. Tapi kali ini dia tidak keseorangan. Ada seseorang lagi lelaki bersamanya. Alex. Orang kanan Jay. Kenapa orang kanan Jay dan Hildegord lelaki? Kerana bagi mereka perempuan menyusahkan.

Chris meletakkan cup air itu di meja Hildegord,Emir dan Jay sebelum mengambil fail-fail yang telah siap disemak oleh Hildegord dan berlalu keluar.

Jay pula sedang sibuk mendengar jadualnya yang sedang diberitahu Alex. Kepala diangguk-anggukan.

"Jay,do background check on this company"Alex menyambut huluran fail dari Hildegord.

"They wanna do business with us?"tembak Emir. Hildegord hanya mengangguk. Mata masih fokus kepada screen Macbook.

Setiap kali Hildegord ingin mulakan business dengan mana-mana syarikat,dia akan buat background check terdahulu untuk memastikan syarikat itu bersih dari segala jenis jenayah. Ini sebagai langkah hati-hati. Dia taknak duit yang dilaburkannya digunakan ke jalan yang haram. Kalau terselit walaupun satu sahaja perkara illegal,you can say bye-bye to SKY Holdings. Tidak akan pernah dia bersetuju untuk bekerjasama.

"dammi il rapporto, entro un'ora" Jay menyerahkan fail tadi kepada Alex.

"Si,capo"Alex menundukkan kepalanya sebelum keluar.

~~~
Emir menapak semula ke dalam bangunan SKY Holdings. Tadi dia pergi ambil charger Macbook yang tertinggal dalam kereta.

Baru sahaja kaki ingin melangkah ke arah lif,laluan Emir disekat oleh beberapa orang wanita. Emir mengerutkan kening. Dah kenapa main sekat-sekat.

"Hey handsome,what's your name?"
"Do you wanna join us for lunch?"
"Can I have your number?"

Emir tercengang. Biar betul diorang tengah flirt dengan dia? Seorang wanita cuba memegang lengan Emir tetapi laju Emir menepis. Muka yang sudah dingin itu makin berubah dingin. Suka hati pakcik dia je nak sentuh orang.

Tak tahu ke Emir ni limited extra accident? Hanya wanita bernama Hildegord Estrella sahaja yang dibenarkan memegang tubuh seorang Emir Ukasayah sesuka hati.

"Fate attenzione ragazze. È di Estrella". Jay berjalan ke arah Emir dan gadis-gadis itu. Kelihatan Hildegord memandang mereka dengan wajah tak beriak,tetapi cukup dingin sehingga terasa ingin berlari keluar dari bangunan itu.

Hildegord memeluk lengan Emir. Wanita-wanita yang tadinya beria sekarang sudah pucat. Muka macam dah hilang darah. Mereka menunduk hormat sebelum laju sahaja kaki meninggalkan tempat itu.

"Jom"ajak Hildegord. Emir memandang pelik. Kerja dah habis ke? Jam ditangan menunjukkan pukul 3.00 petang.

"Kitorang dah settle semua benda penting,so boleh la relax-relax sambil enjoy vacation ni"Jay mengangkat-ngangkat keningnya.

Emir hanya menurut tanpa membantah. Siapa je tak suka dapat dating dengan wife sendiri. Jay? Jadi tourist guide tak berbayar la apa lagi.






[Segala translation di dalam cerita ini 100% daripada abah google].

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now