[14]

3.7K 249 7
                                    

Mata Hildegord dibuka perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat. Bahu yang berbalut itu dipegang. Sakit. Dia tidak ingat apa yang berlaku.

Kepala ditoleh ke arah Emir yang tidur bersandar di kepala katil. Hildegord cuba bangun,melawan sakit di bahunya.

"Sayang..."panggil Emir dengan suara serak basah. Matanya digosok-gosok.

"Kenapa bangun? Nak pergi mana?"soalnya risau.

"Dee nak kejutkan Emir. Emir kenapa tidur macamni. Nanti sakit leher macam mana?" Emir tersenyum nipis melihat Hildegord. Rambut panjang milik Hildegord diusap lembut.

Sebelah tangan Emir menarik pinggang Hildegord untuk bersandar pada dadanya. Hildegord hanya menurut. Sebelah tangan lagi sudah diambil oleh Hildegord untuk dibuat main.

Entah apa yang dia lukis dekat tangan Emir pon dia tak tahu. Tepi kepala Hildegord dicium. "Did you remember what happened?"

Hildegord menggeleng. Muka diangkat menatap Emir. Berharap suaminya akan memberitahu apa yang berlaku.

Emir memejam mata sebentar. "I'm sorry. It's all my fault"katanya perlahan. Kepalanya disandarkan kepada Hildegord.

"Ni semua jadi sebab Emir. Emir tak jaga Dee elok-elok. First,Emir tinggal Dee sorang-sorang sampai Tia berani datang tengking Dee. Second,Emir careless sampai tak sedar Tia masukkan ubat tidur dalam air Dee. And the last one is,Emir tak mampu halang Tia dari cederakan Dee. I failed to protect you". Suara Emir bergetar.

Tangan Hildegord laju memegang kedua-dua belah pipi Emir. Tubir mata Emir yang bergenang itu dikesat menggunakan ibu jari. Dahinya dirapatkan dengan dahi milik Emir.

"Kenapa Emir kena minta maaf? Kenapa Emir salahkan diri Emir? Ni bukan salah Emir. Emir tak minta pun kan benda ni jadi. Emir dah buat yang terbaik dah. Emir dah cukup sempurna dah sebagai seorang suami. So don't you ever dare blame yourself again"pujuk Hildegord lembut.

Bibirnya dan bibir milik Emir bertaut lembut.

~~~
Selama 2 hari,Hildegord tidak keluar dari bilik. Emir tidak mengizinkannya kerana risau tentang luka di bahu itu terbuka. Penat juga dia berperang dengan Emir. Tapi akhirnya dia mengalah juga.

Hari ini,mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Kenapa? Sebab kanak-kanak ribena dekat sana dah seru suruh balik. Rindu katanya.

"Akak nanti kirim salam rindu,peluk,cium Ien dekat Jay tau"kata Gabriel dengan nada gedik.

"Ien? What the hell?"kata Airiel dan Emir serentak dengan muka jijik.

"Suka hati aku la nak suruh kakak aku panggil apa pun. Korang dengki pahal? Panas? Kipas sayang~"

"Kakak kau wife aku. Kau nak gedik-gedik pergi cari girlfriend. Jangan kacau bini aku"kata Emir sambil memasukkan luggage miliknya dan Hildegord ke dalam bonet kereta.

"Chiudi quella fottuta bocca, grande idiota" lidah Gabriel digulung bahasa Itali. Tercengang semua yang berada di situ. Ye tahu la,pernah duduk Italy,tapi tak payah la menunjuk sangat.

Hildegord yang faham maksud Gabriel itu ketawa sebelum membalas "non dirlo. dopotutto è tuo fratello". Gabriel mencebik. Suka sangat menangkan husband dia. Eh,haruslah. Takkan nak menangkan kau pulak?

Hildegord bersalaman dengan ibu dan nenda sebelum pipi dilagakan. Typical perempuan, biasalah~

Hildegord membongkokkan tubuhnya dihadapan Raisya. Muka monyok gadis kecil itu dipandang. Hildegord tersenyum kecil.

"Kenapa muka sayang mama masam je ni?"

"Mama nak tinggal Isya dah. Nanti Isya rindu"

"Nanti mama balik sini lagi okay? Jangan la sedih. Isya kan good girl. Good girl mana boleh sedih-sedih"Hildegord memujuk. Tubuh kecil itu dipeluk sebelum dicium.

MY LOVELY HILDEGORDWhere stories live. Discover now