Chapter 6 - I'm Not The Evil Princess (Sakit?)

332 23 5
                                    

Malam semalam Reyline dapat tidur semula selepas membersihkan dirinya.

KEESOKKAN HARINYA :

Mulai dari hari ini semua perkerja istana akan menjadi amat sibuk kerana minggu hadapan 27/10/193 adalah hari ulang tahun kematian Empress Reyrelyn. Sebahagian daripada pekerja istana yang ada di Istana Mera dipanggil untuk membantu menyiapkan majlis ulang tahun kematian aruah ibu Reyline. Reyline sekarang sedang berada di bilik kerana latihan pedangnya akan ditangguh buat sementara waktu ini disebabkan kerisauan Sir Casle dengan kesihatan Reyline yang makin memburuk. Reyline yang bosan duduk di dalam bilik itu keluar ingin menuju ke suatu tempat. Reyline rindu mendengar suara dua adik kembarnya tetapi mereka sekarang ada kelas dengan Puan Delia. Ari yang terlihat Reyline yang sedang berjalan menuruni tangga itu berlari ke arahnya.

Ari : Tuan Puteri hendak kemana? ( Dengan wajah cemas)

Setiap tahun, beberapa hari sebelum ulang tahun kematian ibu Reyline, dia tidak akan pergi ke majlis itu dan hanya berkurung di dalam biliknya. Jadi apabila Ari melihat Reyline berjalan keluar dari bilik Ari terkejut, cemas dan tertanya-tanya Reyline hendak kenama pada masa-masa begini? dan tambah membimbangkan lagi Reyline sekarang dalam kondisi yang tidak begitu baik ( Semua orang di Istana Mera risau dengan sikap Reyline yang berubah secara tiba-tiba 3 tahun lalu.)

~ Di dalam novel 'Reyline' seorang yang lasak dan tidak mudah penat dan dia adalah perempuan di kerajaan Rolio yang dilantik pada umurnya 18 Tahun sebagai pengganti ketua kumpulan "East Knight Empire" selepas Sir Casle bersara.~ ( Gumam So Hyun Ji kerana dirinya sendiri mula bingung dengan novel itu apabila melihat keadaannya yang sekarang )

Reyline : Saya ingin berjalan sekejap di sekitar istana (Jawab Reyline dengan senyuman)

Ari : Tuan Puteri mahu saya temankan?

Reyline : Tidak perlu. Ari boleh tolong saya? ( Sambil melihat muka Ari)

Ari : Boleh sahaja Tuan Puteri apa sahaja. ( Dia membalas dengan senyuman)

Reyline : Saya ingin membawa Rena & Zeno pergi ke majlis ulang tahun kematian ibu kami. Boleh kamu sediakan baju untuk kami bertiga?

~Kenapa?!~(Gumam Ari terkejut)

Ari terkejut mendengar permintaan itu. Dia ingin bertanya kenapa Reyline ingin pergi kesana tetapi dia menyimpan niatnya itu dan hanya bersetuju dengan permintaan Reyline.

Ari : Baiklah Tuan Puteri.

Reyline : Saya pergi dulu ( Berkata dengan senyuman sambil menuruni tangga yang ada di tengah-tengah laluan ruang utama istana Mera itu)

Ari : Baiklah Tuan Puteri. Semoga Keagungan Kerajaan Rolio Bersama Anda ( Dengan suara yang lembut)

Reyline berjalan menuju ke suatu tempat dimana seorang Dokter Profesional Kerajaan Rolio berada. Dia ingin bertanya pasal penyakitnya itu. Dokter itu tinggal di arah timur laut tidak jauh dari Istana Reyline di arah Timur. Reyline menuju kearah timur laut itu dan ternampak sebuah rumah besar tempat Dokter Silmi bekerja. Reyline membuka pintu rumah itu dan terlihat Dokter Silmi sedang duduk di atas kerusi sambil membaca beberapa fail kerja yang ada diatas meja di depannya. Meja Dokter Silmi berada di sebelah kiri hanya beberapa meter dari pintu di tempat Reyline berdiri. Kawasan di dalam rumah itu amat besar seperti di dewan sekolah menengah So Hyun Ji dulu.

Dokter Silmi yang tadinya sedang duduk membaca fail itu berdiri apabila ternampak Reyline sudah berdiri di hadapan pintu tempat kerjanya dengan senyuman.

Dokter Silmi : Semoga Keagungan Kerajaan Rolio Bersama Anda (Sambil membongkokkan sedikit badannya)
Kenapa Tuan Puteri datang ke sini? Saya boleh sahaja pergi ke Istana Mera jika Tuan Puteri sakit? ( Tanyanya dengan wajah yang risau)

Biarpun itu kali pertama Reyline berjumpa Dr. Silmi tetapi dia amat baik terhadapnya membuatkan Reyline senang.

Reyline : Tidak mengapa, saya yang ingin berjalan kesini sambil menenangkan fikiran. (Jawab Reyline dengan lembut)

Dokter Silmi : Baiklah kalau begitu. Boleh Tuan Puteri beritahu saya tentang keadaan Tuan Puteri?

Reyline : Kebelakangan ini saya berasa cepat penat dan saya sudah beberapa kali berasa mual setiap malam.

Dr. Silmi menganggukkan kepalanya mendengarkan jawapan Reyline.

Dokter Silmi : Baiklah. Tuan Puteri boleh duduk di sini sebentar. ( Berkata sambil menunjuk ke arah sofa yang ada di hadapan mejanya)

Dokter Silmi meletakkan ibu jarinya di pergelangan Reyline (macam mencek nadi) dan satu lagi ibu jari tangannya di gunakan untuk memegang dahi Reyline setelah Reyline duduk di sofa berwarna merah itu.

Dokter Silmi : Tuan Puteri, tolong tutup mata dan tarik nafas anda perlahan-lahan. (Arah Dr. Silmi)

Reyline : Baiklah.

Reyline memejamkan matanya lalu menarik nafasnya secara perlahan-lahan seperti yang diarahkan oleh Dokter Silmi. Hampir setengah jam Dokter Silmi memegang tangan Reyline. Dokter dikerajaan Rolio tiada alatan canggih dan di sini setiap dokter mempunyai satu kelebihan seperti magic untuk mengetahui penyakit pesakit mereka. Dokter Silmi melepaskan kedua-dua tangannya dari Reyline. Reyline yang menutup matanya tadi sekarang membuka matanya perlahan-lahan lalu melihat ke arah Dokter Silmi yang ada di hadapannya. Apabila Reyline melihat wajah Dokter Silmi di hadapannya dia terkejut kerana tiba-tiba sahaja mata Dokter Silmi berkaca-kaca.

~Hah?!~

Belum sempat Reyline bertanya tentang penyakitnya Dokter Silmi berkata.

Dokter Silmi : Tuan Puteri, apa yang saya perlu lakukan? ( Dengan suara yang sedih bersama mata yang berkaca-kaca)

Reyline : Mengapa? ( Reyline keliru mengapa Dokter Silmi menangis)

Bersambung! Jumpa di Chapter Seterusnya😉

Tolong Vote, Follow dan Share!!!o(〃^▽^〃)o

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tolong Vote, Follow dan Share!!!
o(〃^▽^〃)o

I'm Not The Evil PrincessWhere stories live. Discover now