Chapter 34 - ༺❥༻ Ï'M ŅÖȚ ȚȞË ËVÏĻ PŖÏŅĊËŚŚ༺❥༻

213 19 3
                                    

Reyline : Hmmmm...

Reyline yang tidur di tilam mengeliat kecil lalu membuka matanya.

Zeon dan Zash yang sedang berehat di sofa panjang dalam bilik itu terus berjalan ke arah kantil apabila mendengar suara adik mereka.

Zeon : Reyline? (Panggil Zeon)

Reyline : Hiks...hiks... Abang sakit. (Adu Reyline dengan tangisan)

Reyline menekan bahagian dadanya menggunakan tangan apabila dia terasa seperti dadanya terbakar. Cecair putih yang jernih mula keluar daripada kelopak matanya.

Zeon : Zash panggil Ayah segera!(Arah Zeon dengan wajah yang cemas kepada adik lelakinya itu)

Setelah mendengar arahan itu Zash terus berlari menuju mencari Ayah mereka yang entah kemana bersama Dr. Felix tadi.

Setelah melihat kelibat adiknya hilang daripada bilik itu Zeon melihat semula ke arah Reyline.

Reyline :Hiks...hiks... Abang sakit...hiks. (Adu Reyline lagi sambil menarik baju Zeon)

Zeon hanya kaku melihat wajah Reyline yang mula merah kerana menahan sakit. Dia tidak tahu cara untuk menenangkan Reyline.

Zeon : Tahan sebentar. Zash sedang panggil Ayah sekarang. (Katanya sambil memegang tangan Reyline)

Zeon duduk di sebelah Reyline lalu perlahan-lahan membantu Reyline untuk duduk. Dia memberikan Reyline sedikit air untuk di minum tapi Reyline menolak kerana tekaknya amat sakit untuk meminum air tersebut.

Reyline : Hiks...hiks...hiks...(Esakan tangisan Reyline bukannya semakin perlahan tetapi semakin berkuat)

Zeon terus mendepakan tangannya lalu memeluk adiknya tersebut. Reyline terkejut dan sedikit gembira dengan tindakan Abangnya itu. Reyline melabuhkan kepalanya di dada bidang Zeon.

Reyline : Hiks...hiks...hiks... Abang mana Ari? (Tanya Reyline dalam kesakitannya itu)

Zeon diam tidak menjawap soalan adiknya itu.

Reyline : Abang? Hiks...hiks...hiks... (Seru Reyline lagi)

Zeon : Kalau kamu sihat, Abang bawa kamu pergi jumpa Ari. ( Pujuk Zeon sambil membelai rambut Reyline)

DR. Felix : Tuan Puteri.(Panggil Felix daripada muka pintu bilik Reyline)

Pandangan Zeon terus beralih arah kepada orang yang memanggil adiknya.

Zeon : Dr. Felix, kenapa dengan Reyline? (Tanya Zeon risau)

Dr. Felix : Tuan Putera Zeon, mohon berikan saya sedikit ruang untuk melihat keadaan Tuan Puteri. (Pintanya yang sudah berdiri di sebelah kantil Reyline)

Zeon terus berdiri selepas membaringkan semula Reyline yang menangis di atas tilam.

Felix mengambil tempatnya di sebelah Reyline lalu memegang pergelangan tangan Reyline. Dia meneliti darah dan 'mana' yang bergerak dalam badan Reyline.

Felix : Maaf Tuan Puteri, saya perlu tidurkan anda dahulu. (Ucap Felix lalu medekatkan sedikit tangan kepada wajah Reyline)

Satu cahaya kuasa magis keluar daripada tangan Felix yang membuatkan mata Reyline mula tertutup dan suara tangisannya mula redup.

Ruang bilik yang tadi bising dengan suara tangisan Reyline mula sunyi.

Zelino : Dr. Felix apa yang kamu buat? (Tanya Zelino cemas kerana curiga dengan tindakan Felix)

I'm Not The Evil PrincessWhere stories live. Discover now