Chapter 38 ༺❥༻ Ï'M ŅÖȚ ȚȞË ËVÏĻ PŖÏŅĊËŚŚ༺❥༻

147 9 3
                                    

Hari perjalanan mereka untuk pergi ke Kerajaan Adel telah tiba.  Ari masih sibuk bersama Sir Casle untuk membawa turun barang Reyline ke dalam kereta kuda. 

*TOK*TOK*TOK*

Seorang pembantu bernama Verna mengetuk pintu bilik Reyline dia membawa seorang lelaki di sampingnya yang bernama Mr. Morgan.

Verna dan Morgan : Semoga keagungan Kerajaan Rolio Bersama Anda.

Ucap mereka berdua sambil menundukkan kepala tanda hormat kepada Reyline.

Verna : Tuan Puteri, saya telah bawakan Tuan Morgan untuk menghadap anda. (Beritahunya dengan senyuman)

Reyline : Terima Kasih Verna.  Ini upah untuk kamu.

Reyline menghulurkan 3 syiling emas kepada Verna.

Verna : Terima kasih Tuan Puteri.  Saya meminta diri dahulu. (Katanya lalu pergi daripada bilik Reyline meninggalkan Reyline dan Mr. Margon sahaja)

Mr. Margon : Tuan Puteri, ini barang yang anda suruh saya buat. (Beritahunya sambil menghulurkan satu kotak yang cantik dihias dengan reben bewarna merah)

Reyline : Terima kasih Mr. Margon saya harap isi di dalamnya sempurna seperti yang saya inginkan

Mr. Margon : Percaya sahaja kepada saya Tuan Puteri.  Saya tidak akan pernah menghampakan harapan Tuan Puteri.

Reyline : Ini upah untuk kamu.

Reyline menghulurkan sekantung beg yang penuh dengan syiling emas kepada Mr. Margon.

Reyline : Pergilah.  Pastikan tiada orang yang nampak kamu di sini.

Mr. Margon : Baik Tuan Puteri

Reyline meletakkan kotak itu di dalam beg miliknya yang masih belum dibawa turun oleh Sir Casle.

~Rena kakak akan datang~ ucapnya dengan perlahan di hadapan cermin dalam biliknya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sir Casle : Tuan Puteri kereta kuda anda sudah sedia. (beritahu Sir Casle kepada Reyline yang sedang bercerita dengan Lulyna)

Lulyna: Pergilah dahulu nanti kita sambung cerita kita di atas kapal.

Reyline : Baiklah Mama.

Zeon dan Zash akan naik kereta kuda yang sama dengan Reyline. Selepas sampai di perlabuhan Megah mereka akan menyambung perjalanan mereka ke Kerajaan Adel menaiki kapal.

Zeon : Rey, kamu kenapa?

Tanya Zeon kepada Reyline yang termenung melihat ke luar jendela kereta kuda.

Reyline : Adik cuma gementar sedikit. Hihi

Zash : Apa yang kamu gementarkan? (Tanya Zash pula)

Reyline : Rena~ ucapnya perlahan

Zash : Rena pasti akan gembira melihat adik di kerajaan Mirzel nanti.

Zeon : Kerajaan Shonan akan bertolak esok atau lusa kerana ada urusan Kerajaan yang perlu di selesaikan oleh pakcik sebelum pergi ke Kerajaan Mirzel.

Reyline : Oh begitu. Bila acara Kerajaan Mirzel akan bermula?

Zeon : Minggu hadapan. Kita di arahkan untuk datang awal kerana Raja Mirzel ingin kita melihat kawasan kerajaan di sana. Ianya tidak wajib sebenarnya tetapi Ayah perlu berjumpa dengan Raja Kerajaan Adel untuk membuat perjanjian perdamaian sementara sebelum acaran d Mirzel bermula.

I'm Not The Evil PrincessWhere stories live. Discover now