Chapter 16 - I'm Not The Evil Princess

275 17 2
                                    

Lulyna masih menunggu Zelino di Main Palace mengahabiskan kerjanya untuk pergi ke Tea Partynya bersama-sama. Lulyna masih gelisah menunggu dekat dengan tangga naik ke tingkat 2 Main Palace. Lulyna risau jika Zelino tetap bekeras hati tidak ingin memperbaiki hubungannya dengan anak-anak Reyrelyn. Semasa Lulyna sedang khusyuk berfikir tentang perkara yang dicemaskannya dia terdengar suara seseorang menegurnya dibelakangnya.

Zelino : Apa yang awak buat disini?

Tanya Zelino selepas ternampak Lulyna yang sedang berdiri berdekatan dengan tangga. Lulyna berpaling melihat ke arah orang yang bertanyanya dari belakang lalu dia melemparkan senyuman ke arah orang yang sedang menuruni tangga berjalan ke arahnya.

Lulyna : Saya tunggu awaklah. Saya fikir awak tak datang.

Zelino : Kalau saya tak datang sini, sampai bila awak nak berdiri dekat situ.

Lulyna ketawa kecil.

Lulyna : Jom kita pergi sekarang, mungkin semua dah ada dekat sana.

Lulyna berjalan sambil melingkarkan tangannya dengan Zelino. Mereka tidak menggunakan kereta kuda untuk pergi ke Istana Tera kerana Main Palace berada ditengah-tengah kawasan istana. Jadi jarak antara Istana Tera dan Main Palace tidak terlalu jauh. Selepas hampir 20 minit berjalan mereka sampai di taman Istana Tera. Lulyna dan Zelino hairan dengan suasana yang agak asing di situ. Mereka ternampak sekumpulan maid sedang berkumpul di tempat lapang taman istana itu. Lulyna dan Zelino bersama beberapa orang kesatria pengawalnya dan seorang pembantu peribadi Lulyna berjalan ke arah maid yang sedang berkumpul untuk melihat daripada dekat apa yang sedang berlaku.

Zelino : Apa yang berlaku disini?

Semua maid terkejut dengan suara yang bertanya dari belakang mereka. Semua pembantu istana di situ berpusing melihat ke arah Lulyna dan Zelino yang sedang berjalan ke arah mereka.

Pembantu Istana : Semoga Kegemilangan Kerajaan Rolio bersama Yang Mulia Raja dan Permaisuri. (Mereka berkata serentak dengan suara yang gementar sambil membongkokkan bandan mereka yang sedang menggeletar)

Bila semua maid yang berkumpul di hadapan mereka membuka jalan untuk Lulyna dan Zelino berjalan baru mereka nampak dengan jelas apa yang yang berlaku. Lulyna terkejut melihat ke arah anak-anaknya yang sedang gementar dan Reyline pula hanya berdiam diri sambil memegang lehernya.

Lulyna : Reyline! Apa yang berlaku? (Terkejut melihat leher Reyline yang terluka)

Lulyna berjalan ke arah Reyline lalu memegang lehar Reyline yang terluka. Zelino terdiam seketika melihat wajah Reyline yang pucat.

Lulyna : Sesiapa ada sapu tangan? (Tanyanya dengan suara yang cemas)

Delia : Saya ada Yang Mulia..... Ini dia. (Kata Delia sambil berjalan dan mengeluarkan sapu tangannya daripada poket apronnya lalu menghulurkan sapu tangan tersebut kepada Lulyna)

Lulyna meletakkan sapu tangan yang diberikan oleh Delia pada luka Reyline. Reyline yang terdiam dari tadi mula berkata selepas melihat Lulyna cemas.

Reyline : Mama. (Panggil Reyline senyuman di wajahnya yang pucat)

Lulyna : Siapa yang buat?! (Sekuat-kuat alam suara Zelino bertanya hingga semua orang disitu ketakutan, hampir sahaja adik-adik Reyline menangis)

Lulyna melihat ke arah Sir Casle yang berada di belakang Reyline

Reyline : Mama, saya tidak apa-apa. (Katanya dengan senyuman pahit)

Zelino : Kamu terluka seperti itu! Kamu cakap kamu tidak apa-apa?! (Marah Zelino sambil melihat tepat kearah mata Reyline)

Reyline terkejut mendengar suara Zelino yang tiba-tiba teriak kepadanya kerana marah. Zeon dan Zash tidak tahu berkata apa selepas melihat Zelino yang marah dan hanya mendiamkan diri.

I'm Not The Evil PrincessWhere stories live. Discover now