CHAPTER 44༺❥༻ Ï'M ŅÖȚ ȚȞË ËVÏĻ PŖÏŅĊËŚŚ༺❥༻

73 4 0
                                    

"Kakak!!!" Panggil Rena dan Zeno saat masuk ke dalam bilik itu. "Hai Rena, Zeno" Ucap Reyline dengan senyuman. "Ayah, Rey ingin tidur bersama adik-adik Rey malam ini." Pintanya. "Kamu tidak lapar? Makanlah sedikit sebelum kamu rehat." Kata Zelino. "Tidak ayah. Rey ingin habiskan masa dengan mereka berdua dahulu." Jawab Reyline. "Baiklah. Kamu rehat esok kita sarapan bersama ya." Kata Zelino lalu pergi daripada bilik itu bersama Alexendre. Alexendre ingin tetap di dalam bilik itu namun dia tidak mahu menggangu Reyline yang masih lagi penat. "Kakak, Rena dan Abang risau dengan kakak." Kata Rena dengan nada yang sedih. "Jangan risau. Kakak akan baik-baik sahaja jadi kamu jangan sedih lepas ini. Jom tidur biar kakak nyanyikan lagu untuk kamu." Reyline tidur di antara Rena dan Zeno.

Keesokkan harinya kabar berita yang Reyline telah bangun telah tersebar. Semua orang gembira dan mereka semua menyiapkan banyak makanan untuk sarapan pagi. Di sebabkan sakitnya Reyline mula hilang keupayaan untuk berjalan jauh. "Alexendre boleh awak teman saya. Banyak benda saya ingin buat hari ini." Pinta Reyline. "Sudah tentu Rey, saya akan teman awak ke mana sahaja awak ingin pergi." Jawab Alexendre. "Tugas pertama saya sudah selesai untuk sarapan bersama semua Keluarga Kerajaan daripada semua Kerajaan. Lepas ni saya nak pergi minum teh dengan Daisy, Abang Zeon, Zash dan Daroll." Beritahu Reyline kepada Alexendre. "Baiklah. Saya akan bawa awak pergi ke taman istana sekarang." Kata Alexendre.

"Reyline!!!" Panggil Daisy dengan nada yang sangat kuat. "Rey, saya takut awak tinggalkan saya." Luah Daisy dengan nada yang sedih. "Saya tak akan tinggalkan awak Daisy." Kata Reyline. "Mereka berempat bercerita dengan gembira walaupun Daroll kurang bercakap. Daroll terus memerhatikan Reyline membuatkan Alexendre rasa terganggu. "Reyline saya ingin minta maaf atas apa yang berlaku. Saya tidak sepatutnya buat awak begitu. Terima kasih sebab nasihatkan saya dan saya janji akan jaga Daisy dengan baik lepas ini." Ucapan Daroll itu membuatkan keadaan sunyi seketika. "Nasihat apa?" Tanya Zeon ~Bila masa Rey dengan Daroll berjumpa?~

Sebenarnya selepas mendengar luahan hati Daisy, Reyline yang dalam perjalanan untuk mencari adik-adiknya terjumpa dengan Daroll. Reyline takut namun Daroll sudah menyapa dia dahulu. "Apa Putera Daroll buat di sini?" Tanya Reyline. "Saya mencari adik saya." Jawab Daroll singkat. " Daisy ada di kerusi taman di lorong sana." Jawab Reyline sambil menunjukkan arah lorong yang di katakannnya. "Putera Daroll, tolong jaga Daisy dengan baik. Saya hanya ingin katakan 'The prettiest smile hide the deepest secrets. The prettiest eyes have cried the most tears. And the kindest hearts have felt the most pain. You can wipe away someone's tears, but not their pain." Kata Reyline lalu minta diri untuk pergi daripada situ.

"Baguslah kalau seperti itu. Harap kita semua dapat berhubungan dengan baik." Jawab Reyline dengan hati yang penuh gembira. "Daroll, aku pun ingin minta maaf jika sebelum ini hubungan kita dua terlalu renggang. Harap lepas ini kita dapat berkawan dengan baik." Kata Zeon dengan nada yang ragu-ragu. "Sudah tentu." Jawab Daroll. Senyuman terukir di wajah semua orang. Saling bermaafan antara satu sama lain itu benda yang indah. "Rey, lepas ini kamu ingin pergi ke mana?" Tanya Zash. "Rey ingin jumpa mama dan ayah." Jawab Reyline lalu meminta diri untuk pergi setelah siap jamuan teh. "Kalau kamu penat pergilah rehat dahulu. Esok kamu masih boleh luangkan masa dengan mama dan ayah." Nasihat Zash takut kesihatan adik perempuannya terganggu. "Reyline ingin luangkan masa sekejap sahaja." Jawabnya kepada Zash. "Baiklah. Asalkan kamu tidak lupa rehat."

"Mama, baju ini sesuai dengan mama." Kata Reyline selepas melihat design baju yang ada dalam kertas katalog itu. "Betulkah?" Tanya Lulyna untuk mendapatkan kepastian. "Cuba Mama tanya pendapat ayah." Cadangan Reyline dengan senyuman. "Hmmmm... Cantik tapi kalau ini lagi cantik. Jawab Zelino sambil menunjukkan satu lukisan baju lain. "Ha?" Lulyna bingung. "Tapi ayah baju ini sesuai untuk acara besar. Manalah tahu abang Zeon ingin kawin." Jawab Reyline bersahaja. "Zeon ada kekasih?" Tanya Lulyna dengan wajah yang cuak."Sejak bila Zeon pandai mengayat wanita?" Katanya dengan wajah yang penuh dengan persoalan. Reyline ketawa melihat riaksi kedua ibubapanya. "Reyline cakap sahaja. Rey bukan tahu pun" Jawab Reyline dengan wajah yang merah kerana ketawa. "Hmmmm....Reyline." Kata Zelino sambil menggelengkan kepalanya dengan senyuman di bibir. Sama seperti perangai Reyrelyn~ Bisiknya dalam hati. "Ari tolong beri design baju ini kepada pembuat baju istana." Arah Lulyna kepada Ari. "Baiklah yang mulia."Jawab Ari lalu berlalu pergi. "Apa tu Mama?" Tanya Reyline. "Mama dan Ayah ingin buat baju set untuk kelurga kita." Jawab Lulyna. "Ala!!! Reyline belum sempat tengok design baju tu." Ajuk Reyline manja. "Bila bajunya sudah siap Ayah dan Mama akan bawa kamu pergi tengok." Kata Zelino sambil menunjukkan jari kelingkingnya tanda berjanji. Reyline pun menunjukkan jari kelingkingnya. Pinky Promise.

"Rey, kamu ingin kemana lagi?" Tanya Alexendre kepada Reyline yang berjalan di hadapannya. "Saya nak tengok bunga Green hellebore. Saya dengar ia ada di Taman Istana Mirzel. Bunga tu sangat terkenal sebagai hadiah saat hari kekasih." Kata Reyline kepada Alexendre. "Bunga itu memang ada di sini. Tapi sekarang bukan hari kekasih." Jawab Alexendre. "Ha.... penatlah." Dengus Reyline perlahan kerana penat. Alexendre senyum lalu menggendong Reyline di dalam dakapannya. "Reyline tersenyum. Terima kasih Alexendre lalu mencium pipi Alexendre. "Puteri, tidak boleh buat begitu dengan kesatrianya." Perli Alexendre. Alexendre menggendong Reyline hingga sampai di taman yang penuh dengan bunga yang dikatakan Reyline. Reyline diturunkan oleh Alexendre daripada dakapannya. "Cantiknya!!!" Kata Reyline dengan wajah yang teruja. Alexendre memegang tangan Reyline lalu Reyline memusingkan badannya hingga mereka berhadapan antara satu sama lain. "Rey, saya ingin katakan sesuatu dengan awak." Kata Alexendre sambil menggenggam kedua-dua tangan Reyline dengan kuat. "Saya pun ingin katakan sesuatu dengan awak. Tapi awak mula dulu." Arah Reyline dengan senyuman yang teruja. " Saya suka awak Rey." Mendengar ayat yang keluar daripada mulut Alexendre itu mata Reyline membesar kerana terkejut. Senyuman gembira dan air mata mula jatuh daripada wajah Reyline. " Saya pun sukakan awak Alex." Beritahu Reyline pula. Air mata Alexdndre pun mula jatuh dan senyuman terukir di bibir manisnya. Alexendre melutut di hadapan Reyline sambil mengeluarkan satu kotak kecil yang berisi cincin. "Reyline Azner Rolio sudikah awak jadi kekasih saya hingga ke akhir khayat saya." Tanya Alexendre dengan keyakinan. "Saya setuju." Jawab Reyline dengan linangan air mata gembira. Mereka menyarungkan cincin di tangan antara satu sama lain. Alexendre mencium dahi Reyline dengan penuh kasih sayang. ~Tiada yang dapat gantikan tempatmu di hatiku selamanya Rey.~ Bisik Alexendre di telinga Reyline yang membuatkan senyuman Reyline bertambah manis. Memori yang amat gembira.

Namun memori yang indah berakhir hanya sekelip mata. Seperti pepatah 'Maybe, Forever was a word meant to for memories and not people.'

1078 words

Terima kasih sudi membaca i'm not the evil princess.

I'm Not The Evil PrincessWhere stories live. Discover now