Chapter 33 - ༺❥༻ Ï'M ŅÖȚ ȚȞË ËVÏĻ PŖÏŅĊËŚŚ༺❥༻

192 20 0
                                    

Reyline : Ayah! (Teriak Reyline dengan nafas yang tercungap-cungap)

Zelino yang tadi bercerita dengan anaknya terus berpaling melihat kearah suara yang memanggil namanya.

Lulyna yang berdiri di sebelah Zelino tadi terus berjalan kearah Reyline apabila melihat keadaan anak perempuannya itu.

Lulyna : Reyline, apa kamu buat di sini? Kenapa dengan kamu? (Tanya Lulyna risau)

Reyline hanya tersenyum tipis kearah ibu tirinya itu lalu menganggukkan kepalanya sedikit, setelah itu berpaling semula menghadap Zelino.

Reyline : Ayah, ada benda yang ingin Rey katakan dengan Ayah. (Beritahu Reyline perlahan)

Tangan kiri Reyline masih lagi memegang bahagian dadanya yang sakit tetapi tiada seorang pun perasan dengan perkara tersebut.

Zelino : Apa? (Balas Zelino sepatah)

Mendengar jawapan itu hati Reyline terguris sedikit tetapi dia tetap mengawal riak wajahnya yang kecewa.

Reyline : Ayah, pasal Ari...

Zelino : Ayah tidak perlukan penjelasan tentang itu. Kamu boleh pergi jika kamu ingin berbicara tentang dia. (Potong Zelino sambil membelakangi Reyline)

Reyline tidak mengendahkan kata Ayahnya.

Reyline : Ayah, itu bukan salah Ari. Reyline yang salah. Rey, yang minta Ari bawa Rey pergi pesta di desa tadi. Rey, terlalu lalai sampai Rey tidak perasan hari telah gelap. Maaf Ayah! (Kata Reyline kuat dengan air mata yang mengalir di pipi)

Reyline yang berdiri tegak tadi terus membongkokkan badannya 90 darjah setelah berkata "Maaf Ayah" biarpun Zelino membelakanginya. Terkejut Lulyna, Zeon dan Zash melihat perbuatan Reyline yang tiba-tiba itu.

Lulyna : Rey, itu bukan salah kamu.(Kata Lulyna cemas)

Di Kerajaan Rolio keluarga kerajaan tidak dibenarkan membongkokkan badan mereka terlalu bawah ketika meminta maaf kerana sesiapa sahaja yang melakukan perkara seperti itu mereka akan dianggap tiada kehormatan dalam diri.

Zeon dan Zash yang berdiri jauh di hadapan tadi terus berjalan laju ke arah adik mereka yang masih lagi membongkok.

Dengan perasaan yang membuak marah Zeon memgang bahu Reyline lalu memaksa perempuan itu untuk berdiri semula.

Zeon : Kamu sudah gilakah? Kamu betul-betul sayangkan perempuan itu sampai sanggup menundukkan diri kami semudah ini. (Marah Zeon kepada Reyline yang sedang berdiri lemah dihadapannya)

Zeon mencengkam kuat kedua-dua bahu Reyline. Reyline yang sudah tidak bermaya hanya melihat wajah abangnya yang marah.

Reyline : Maaf...

Reyline sudah tidak dapat menanggung beban badannya, kepalanya yang berdenyut sakit seperti ingin pecah dan dadanya yang sakit seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.

Ggbuuuuk!

Reyline yang tadinya berdiri akhirnya jatuh dalam dakapan Abangnya.

Zeon yang bingung dengan Reyline yang tiba-tiba jatuh itu ikut terduduk di lantai sambil memegang kepalanya adiknya daripada terhentak di lantai dewan itu. Lulyna dan Zash yang terkejut terus duduk di lantai dewan itu untuk melihat Reyline.

Zelino yang membelakangi keluarganya tadi terus memusingkan dirinya apabila mendengar bunyi itu. Dengan laju kaki Zelino mengatur langkah ke arah Zeon apabila melihat Reyline sedang pengsan di lantai Dewan Main Palace itu.

Zeon : Rey? Rey? (Panggil Zeon cemas sambil menggoyangkan badan Reyline sedikit)

Reyline masih dapat mendengar suara abangnya tapi mulutnya terasa berat untuk menyambut sahutan itu dengan perlahan Reyline menutup matanya yang terasa berat.

Zeon dengan laju menggendong Reyline. Semua keluarga kerajaan termasuk Zelino mengikuti langkah Zeon menuju ke bilik Reyline.

.......................................................................

Dr. Silmi : Harap semua Keluarga Kerajaan dapat bagi masa untuk Puteri Reyline sedar semula. Keadaan badannya tidak baik sekarang kerana 'mana' dalam badannya tidak terkawal hingga membuatkan dia cepat penat dan lemah.

Apabila mendengar nasihat itu semua Keluarga Kerajaan hanya diam sambil melihat badan yang kaku terbaring di atas kantil bilik itu.

Dr. Felix : Yang Mulia Raja, boleh saya bercakap dengan anda sebentar? (Tanya Felix yang berdiri di sebelah Dr. Silmi)

Zelino : Baiklah. (Jawap Zelino sepatah)

Selepas 2 bulan Dr. Felix berada di Perpustakaan Besar Shonan dia balik ke Kerajaan Rolio semula. Dia berada di sana untuk membuat kajian tentang penyakit yang dihadapi Reyline. Dia ada mendapat beberapa info dan cadangan yang menarik untuk membantu Reyline tetapi dia mesti meminta persetujuan daripada Zelino dahulu untuk menggunakan ideanya itu.

Zelino dan Felix berjalan ke ruangkan koridor yang kosong dan sepi itu, hanya mereka berdua sahaja yang ada di situ.

Zelino : Apa yang ingin kamu katakan? (Tanya Zelino)

Dr. Felix: Tuanku, saya ada beberapa cadangan untuk membantu Tuan Puteri tetapi saya perlu persetujuan daripada anda dahulu. (Jawap Felix)

Zelino : Apa cadangan kamu?

Dr. Felix : Saya dapati Kerajaan Adel dapat membantu merawat penyakit Tuan Puteri.

Zelino : Apa maksud kamu? (Tanya Zelino dengan wajah yang dingin)

Dr. Felix : Kerajaan Adel ada kekuatan magik dan 'mana' yang kuat untuk membantu meringankan sedikit sakit yang di tanggung Tuan Puteri.

Zelino : Beta rasa kamu tahu hubungan Kerajaan Adel dengan Kerajaan Rolio seperti manakan?

Dr. Felix : Saya tahu Kerajaan Adel dan Kerajaan Rolio bermusuhan tapi Tuanku ini sahaja cara yang ada sekarang untuk kita membantu Tuan Puteri melawan penyakit Perlon.

Zelino diam tidak berkata. Tangan kanannya sudah menggenggam penumbuk. Kepalanya berfikir jika dia harus menundukkan dirinya untuk meminta pertolongan kerajaan musuhnya sendiri.

Kerajaan Adel adalah kerajaan di tinggali oleh orang-orang yang mempunyai magik kerana di tempat tersebut memiliki 'mana' yang kuat untuk di serap yang memudahkan mereka untuk menggunakan kuasa magik seperti kuasa api, angin, gempa, air dan kuasa penyembuhan. Magic penyembuhan hanya mampu di gunakan oleh Keluarga Kerajaan Adel kerana magic tersebut khas untuk Keluarga Kerajaan sahaja.

JUMPA DI CHAPTER SETERUSNYA

JANGAN LUPA VOTE, SHARE DAN KOMEN!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JANGAN LUPA VOTE, SHARE DAN KOMEN!

💓Saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada semua pembaca I'm Not The Evil Princess yang telah mendoakan saya dan kawan-kawan saya untuk dipermudahkan menjawap peperiksaan pada minggu lalu.💓

😍TERIMA KASIH!!!😍

I'm Not The Evil PrincessWhere stories live. Discover now