Chapter 32 - ༺❥༻ Ï'M ŅÖȚ ȚȞË ËVÏĻ PŖÏŅĊËŚŚ༺❥༻

197 20 1
                                    

Reyline : Terima kasih Ari kerana membawa saya ke pesta ini. (Ucap Reyline dengan senyuman yang manis)

Ari : Sama-sama Rey. (Balas Ari dengan wajah yang ceria)

Pesta Muzik dan Tarian petang tadi telah tamat. Kawansan itu mula kelihatan lengang kerana banyak orang yang telah balik untuk berehat.

Ari : Rey, saya rasa kita perlu balik sekarang. (Beritahu Ari dengan wajahnya yang mula bertukar cemas apabila melihat langit yang sudah gelap)

Reyline telah berjanji akan balik sebelum matahari terbenam tetapi disebabkan kelalaiannya langit telah pun gelap.

Reyline : Habislah. (Ucap Reyline perlahan)

Ari terus memanggil adik-adiknya yang masih lagi bermain dengan kanak-kanak lain. Aryaz yang sakit hanya melihat saja adik-adiknya yang lain bermain kerana tidak larat untuk mengikuti mereka bersama.

Reyline : Ari, mari balik. (Ajak Reyline dengan larian yang laju)

Ari : Rey, jangan lari! (Larang Ari)

Aryaz yang sakit digendong oleh Ari manakala adik-adiknya yang lain berlari sendiri. Mereka fikir yang Reyline dan Ari sedang bermain kejar kejar.

Sampai sahaja di rumah Ari, mereka masuk ikut pintu belakang. Reyline dengan laju menukar bajunya lalu Ari membetulkan rambut Reyline yang sudah terlihat kusut.

Alexandre : Tuan Puteri?! (Teriaknya dengan kuat daripada ruangtamu rumah Ari)

Reyline yang mendengar teriakkan itu terus memusingkan dirinya sedikit melihat ke arah pintu.

Reyline dengan langkah yang laju terus menuju ke arah suara itu datang.

Reyline : Alex. (Panggilnya perlahan daripada belakang Alexandre)

Alexandre yang mendengar panggilan itu terus laju memusingkan diri lalu melihat Reyline sedang berdiri tepat di hadapannnya.

Dengan langkah yang laju Alexnadre berjalan ke arah Reyline.

Alexandre : Maafkan saya atas tindakan saya ini. (Beritahu Alexandre lalu membelek-belek badan Reyline melihat jika dia terluka.)

Reyline tidak faham apa yang dikatakan oleh Alexandre.

Reyline : Alex, apa maksud kamu? (Tanya Reyline inginkan penjelasan)

Tanpa menjawap soalan Reyline Alexandre memanggil beberapa orang kesatria masuk ke dalam rumah itu.

Alexandre : Tangkap semua orang yang tinggal di dalam rumah ini. Jangan biarkan seorang pun terlepas! (Arah Alexandre dengan kuat)

Reyline terkejut mendengar arahan daripada Alexandre itu.

Reyline : Alex, apa semua ini? Kenapa? (Tanya Reyline cuak)

Alexandre : Ini arahan Yang Mulia Raja. Maaf Tuan Puteri. (Cakap Alexandre)

Reyline : Apa?!

Zash : Reyline (Panggilnya)

Reyline terus melihat ke arah pintu masuk rumah itu di mana suara itu datang.

Reyline : Abang? Apa yang Abang buat di sini? (Tanya Reyline bingung)

Zash berjalan ke arah Reyline lalu memegang tangan Reyline dengan kuat lalu menarik perempuan itu keluar daripada rumah itu.

Reyline : Abang berhenti! (Bentak Reyline sambil melepaskan tangannya daripada cengkaman abang keduanya itu.)

Zash : Apa?! (Balas Zash kepada Reyline dengan nada yang tinggi hingga terhincut bahu Reyline)

I'm Not The Evil PrincessWhere stories live. Discover now