Lukisan yang ada didinding itu amat mirip dengan mata Atok yang bewarna hijau sepertiku dan berambut coklat seperti Nenda.Reyline : Atok siapa lekaki ini?
Ronz : Dia adalah waris terdahulu Kerajaan Shonan. (Jawapnya dengan suara yang agak sedih)
~Putera Niel?! ~(Terkejut So Hyun Ji dalam hati)
Ronz : Reyline, tengok di sekeliling bilik ini. (Arah Ronz kepada Reyline sambil berjalan ke hujung sudut bilik itu)
Reyline pun melihat bilik itu yang mula diterangi dengan obor-obor api yang dihidupkan oleh Ronz dari hujung ke hujung sudut dalam bilik itu. Apabila bilik itu sudah terang Reyline terkejut melihat bilik itu penuh dengan potret gambar orang yang tidak pernah dilihatnya dari gambar budak yang kecil hinggalah yang dewasa.
Reyline : Atok siapa mereka? (Bingung)
Reyline bertanya sambil berjalan ke sebuah gambar bayi yang dilukis. Reyline mengambil gambar itu lalu menyentuh lukisan itu menggunakan jari-jemarinya. Comel.
Ronz : Mereka semua adalah Ahli Keluarga Kerajaan Shonan yang mati akibat Penyakit Perlon.
Reyline terkejut mendengarkan jawapan itu. Matanya mula berkaca-kaca melihat gambar bayi yang dipegangnya.
~Ini semua?! Bayi ini pun?!~(Gumam So Hyun Ji sedih)
Reyline : P... Penyakit ini hanya ada pada Keluarga Kerajaan sahajakah Atok? (Tanya Reylindetersekat-sekat)
Ronz : Tidak. Ada juga beberapa penduduk Kerajaan Shonan yang mendapat penyakit ini.
Ronz berjalan ke arah cucunya yang sedang berdiri beku memegang satu gambar ditangannya.
Ronz : Reyline (Panggilnya dengan lembut)
Ronz memegang bahu Reyline lalu memusingkan Reyline menghadapnya perlahan-lahan. Ronz cuba menahan wajah sedihnya melihat titisan air mata Reyline yang mula jatuh berguguran dari wajah manis cucunya itu.
Ronz : Gambar semua Ahli Keluarga Kerajaan Shonan yang mangkat disebabkan oleh Penyakit Perlon akan digantungkan didalam bilik ini. Pesakit Perlon dari kalangan penduduk Kerajaan Shonan akan digantungkan dalam bilik yang lain di tingkat ini. Tiada yang terkecuali.
Reyline yang tunduk tadi mengangkatkan kepalanya melihat wajah Atoknya yang sedang berdiri dihadapannya sekarang.
Reyline : S... Selama ini....ti...ada u..bat? (Tanya Reyline dengan wajah yang penuh harapan)
Ronz : Tiada. Beberapa Dokter Kerajaan sudah bertahun-tahun mencari ubat penyakit ini tetapi ubat itu hanya mampu mengurangkan rasa sakit sahaja. (Berkata dengan suara yang sedih sambil melap air mata yang jatuh dari mata cucunya)
Reyline : Langsung tiada penawar? Biarpun penawar sementara? (Bertanya dengan suara yang sedih)
Ronz : Reyline, Atok janji gambar kamu tidak akan tergantung disini! Atok janji akan mencari penawarnya. (Ronz berkata dengan suara yang tegas)
~Aku bukan pentingkan diri ingin penawarnya untuk diriku seorang sahaja... Tetapi rakyat kerajaan Shonan yang menderita penyakit ini juga. Semua orang ingin hidup. Dan aku juga mahu hidup~
Reyline meletakkan gambar yang dipenggangnya tadi di atas meja lalu berlari keluar dari bilik itu. Ronz ingin mengejar cucunya itu tapi dia tahu Reyline memerlukan masa untuk bersendirian untuk memahami situasinya sekarang.
Selepas keluar dari bilik itu, aku terus sahaja masuk ke dalam bilikkku. Aku perlukan masa untuk berfikir cara membantu 'Reyline' dan semua orang yang mempunyai Penyakit Perlon. Kenapa didalam buku penyakit Reyline tidak diceritakan? Aku fikir penyakit Perlon hanya penyakit biasa sahaja seperti kanser tetapi kanser pun ada penawar seperti Imunoterapi. Aku faham disini tiada kelengkapan cangih seperti di duniaku sebelum ini. Aku ambil jurusan perubatan di Universiti dahulu tapi daun herba dan buah-buahan di sini tidak sama dengan yang ada di duniaku. Memori Reyline pula tidak dapat membantu betul kerana dia tidak minat dalam belajar hingga guru peribadinya menarik diri dari mengajarnya -_-||.
YOU ARE READING
I'm Not The Evil Princess
FantasyKarakter yang ada didalam novel saya menceritakan gadis muda yang termasuk dalam sebuah dunia novel yang dibacanya. Gadis tersedut telah menjadi Puteri Antagonis dalam novel tersebut. Dapatkah gadis muda tersebut dapat bertahan hidup sebagai watak a...