Zelino dan Zeon baru sahaja selesai berjumpa dengan beberapa orang Pembesar Kerajaan Rolio di Taman Main Palace tadi. Zelino terlalu sibuk selepas balik daripada Kerajaan Shonan. Dia perlu menyelesaikan kerja yang tertangguh lama itu.Zelino : Zeon, tolong gantikan Ayah ke Majlis Pembukaan Hotel di Kalten besok. (Antara Nama Bandar yang ada di Rolio). (Arah Zelino kepada Zeon yang sedang berjalan di tepinya)
Zeon : Baik Ayah.
Ilkay : Yang Mulia, macam mana dengan mesyuarat dengan Knight Kerajaan? Anda ingin tangguhkan? (Tanya Ilkay yang sedang berjalan di belakang Zelino dan Zeon)
Zelino : Tidak perlu. Saya akan hadir mesyuarat itu besok.
Ilkay : Baiklah. (Jawap Ilkay sambil menulis sesuatu didalam buku catatan yang dibawanya)
Zeon : Ayah? (Panggil Zeon)
Zelino : Apa? (Jawap Zelino dengan langkah kakinya yang laju kerana mengejar masa)
Zeon : Ayah, tidak ingin menghias taman ini? Mungkin kita boleh sambut musim salju di sini dengan R...Rey seperti dahulu? (Tanya Zeon tersekat-sekat kerana gementar)
Langkah kaki Zelino terus terhenti apabila mendengar soalan itu. Matanya terus melihat setiap penjuru taman itu yang tidak berhias langsung. Semasa Empress Reyrelyn masih hidup mereka akan menyambut perayaan setiap musim di situ. 'Reyline' paling suka taman itu kerana Taman itu ada sebuah pokok yang ditaman olehnya bersama ibunya.
Zelino : Ilkay, arah pembantu Istana Main Palace untuk menghias taman ini dengan segera. (Arah Zelino sambil menyambung langkahnya)
Ilkay : Tiada masalah. (Jawap Ilkay dengan senyuman)
Mereka berjalan menuju kearah lorong untuk menuju kearah pejabat Zelino. Apabila sampai di depan lorong itu langkah kaki Zelino terhenti semula. Matanya tertumpu kepada seorang wanita dan lelaki yang sedang berjalan di kawasan itu.
Zelino : Reyline? (Panggil Zelino dengan suara yang sederhana tetapi masih mampu di dengar oleh orang di sekelilingnya )
Wanita yang berjalan di lorong itu terus terhenti dan berpaling melihat kearah suara yang memanggilnya.
Apabila berpaling Reyline terus menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada orang itu
.
IMBAS MEMORI :༺❥༻ гєץlเภє ๒ยкคlคђ ๓คtค кค๓ย. คץคђ tєгקคкรค ๒คlเк ๔คђยlย. ภคภtเ ๒เlค кค๓ย tєlคђ ๒คlเк คץคђ คкคภ รค๓๒ยt кค๓ย ๔เ รคภค. คץคђ ןคภןเ кเtค รє๓ยค คкคภ ןค๔เ รєקєгtเ ץคภﻮ кค๓ย เภﻮเภкคภ ןค๔เ ๒คภﻮยภlคђ. ༺❥༻
MAKSUD :
~Reyline bukalah mata kamu. Ayah terpaksa balik dahulu. Nanti bila kamu telah balik Ayah akan sambut kamu disana. Ayah janji kita semua akan jadi seperti yang kamu harapkan. Jadi bangunlah~Biarpun aku bukan 'Reyline', aku rasa gembira apabila mendengar kata-kata itu. Perasaan 'Reyline' sekarang pandai timbul sendiri jadi setiap kali perkara itu terjadi aku akan ikut sahaja kehendak 'Reyline' kerana ini bukan tubuh'ku' tapi tubuh 'Reyline'. Maksudku kalau perasaan 'Reyline' kata suka aku pun akan suka perkara itu.
Reyline : Ayah! Abang! \(^▽^)/ (Panggil Reyline sambil melambaikan tangannya)
Reyline terus menuju kearah 3 orang lelaki itu yang sedang berdiri kaku bersama beberapa orang kesatria lain apabila melihat dirinya. Zash mengekori langkah Reyline daripada belakang.
YOU ARE READING
I'm Not The Evil Princess
FantasyKarakter yang ada didalam novel saya menceritakan gadis muda yang termasuk dalam sebuah dunia novel yang dibacanya. Gadis tersedut telah menjadi Puteri Antagonis dalam novel tersebut. Dapatkah gadis muda tersebut dapat bertahan hidup sebagai watak a...