Chapter 5-I'm Not The Evil Princess (Memori Silam)

353 26 2
                                    

Reyline sampai di kawasan tempat latihan pedangnya dan melihat Sir Casle sedang mengajar kesatria yang lain menggunakan pedang dengan lebih teliti lalu Reyline melemparkan senyuman manis kepada mereka semua. Sir Casle dan kesatria yang lain berhenti apabila melihat Reyline sedang berjalan menuju ke arah mereka dan mereka pun membalas senyuman Reyline dengan senyuman kegembiraan. Sesampainya Reyline di hadapan Sir Casle, Sir Casle pun mula bertanya.

Sir Casle : Macam mana keadaan kamu? ( Risau) ^Dia bertanya sambil menghulurkan sebotol air kepada Reyline^

{ Kesatria yang lain yang ambil air tu Sir Casle hanya menghulurkan jak. }

Reyline : Baik. ( Manjawap dengan senyuman)

Sir Casle : Kenapa Tuan Puteri datang balik? Kan latihan sudah tamat.

Reyline : Pedang saya tertinggal ( Dia menjawap sambil menunjuk kearah pedangnya yang disandarkan di tepi kayu)

Sir Casle : Saya boleh menyuruh seseorang dalam kesatria kita di sini untuk menghantarnya kepada Tuan Puteri nanti. ( Berkata dengan lembut sambil melihat kearah kesatria yang sedang berdiri di sekeliling mereka)

Reyline : Tidak mengapa, saya tidak ingin menyusahkan mereka semua. ( Berkata dengan senyuman sambil membuka penutup botol)

Reyline meminum air yang diberikan oleh Sir Casle, setelah habis minum Reyline memberikan botol besi itu semula kepada Sir Casle. Seorang dari kesatria disitu menghulurkan pedang kepada Sir Casle lalu Sir Casle memberikan pedang itu kepada Reyline. Reyline mengambil pedang itu lalu mengundurkan diri.

Reylin : Terima Kasih. Saya pergi dulu. ( Dia melambai sambil tersenyum kepada semua yang ada di gelanggang latihan pedang itu)

Sir Casle : Hati-hati Tuan Puteri (Senyum)

Semua kesatria : BYE!!! ( Mereka melambai dengan wajah yang ceria)

Sir Casle & kesemua kesatria : "Semoga Keagungan Kerajaan Rolio Bersama Anda" ( Sambil membongkokkan diri sedikit dan meletakkan tangan kanan mereka di bahu kiri)

Reyline : Baiklah, Terima Kasih untuk hari ini! ( Reyline membesarkan suaranya sedikit agar mereka yang jauh darinya itu mendengar lalu dia berpaling melihat jalan di hadapannya untuk balik ke istana Mera)

Semasa dalam perjalanan pulang So Hyun Ji teringat tentang keluarganya yang dulu semasa berada di korea. Dia ada ibu dan ayah bersama seorang adik lelakinya. Ibu dan ayahnya menghabiskan duit mereka untuk membayar yuran Universiti adik lelakinya manakala So Hyun Ji terpaksa mencari duit sendiri untuk membayar yuran Universitinya. Apabila dia meminta duit daripada ibu atau ayahnya mereka selalu berkata yang mereka tidak mempunyai duit, tapi bila adiknya datang meminta duit tanpa berfikir panjang mereka akan terus memberikannya biarpun So Hyun Ji masih ada di situ. Kadang-kadang ibu dan ayahnya akan menelefonnya untuk meminta duit gaji perkerjaan separuh masanya untuk diberikan kepada anak lelaki mereka. So Hyun Ji sakit hati memikirkan kehidupannya yang dahulu.

Reyline yang baru sampai di istana Mera disambut dengan senyuman oleh Ari dan juga pembantu yang lain, Reyline pun tersenyum gembira ( So Hyun Ji terharu kerana semasa dia di dunia asalnya tiada siapa yang pernah menyambutnya balik ke rumah. Keluarganya hanya sibuk melayan adik lelakinya yang hanya muda 2 tahun dari dirinya). Tiba-tiba suara dua orang yang dia kenal menggilnya dengan kuat.

Rena & Zeno : Kakak!!!!! ( Dengan suara yang teruja sambil turun dari tangga)

Reyline berlutut lalu mendepakan tangannya. Rena & Zeno berlari terus memeluk kakaknya. Air mata kegembiraan jatuh tanpa Reyline sedari.

I'm Not The Evil PrincessWhere stories live. Discover now