Reyline : Ah! (Reyline merintih menahan kesakitan sambil memicit kepalanya)
Dian : Mengapa Tuan Puteri? (Tanya Dian cemas sambil memegang bahu Reyline)
Zeon : Reyline?!
Zeon terus berjalan laju menuju kearah adiknya. Sampai sahaja dia ditempat Reyline berdiri Reyline memuntahkan darah lalu pengsan dan disambut oleh Zeon
Semua kesatria yang ada diarahkan oleh Zeon untuk menunggu diluar hanya Dian (Kesatria Wanita dari Istana Mera) dan Miler (Kesatria lelaki daripada Istana Tera) sahaja dibenarkan oleh Zeon untuk ikut kedalam bilik khas dipanggil 'The Forgotten Memory Room'.
SEMENTARA ITU DILUAR 'The Forgotten Memory Room'
Drion : Tuan Alexandre, saya telah periksa semua kawasan, semuanya dalam keadaan yang selamat. (Beritahu seorang kesatria daripada Istana Mera yang ikut dengan mereka ke Dream Memory Garden)
Albel : Wah! Hebatnya kesatria Istana Mera setia dengan Puteri mereka. (Ejeknya kesatria Istana Tera kepada Drion dan Alexandre dengan senyuman yang sinis)
Alexandre : Terima kasih atas pujian anda. (Ucap Alexandre biarpun tahu pujian mereka adalah satu ejekkan)
Reyline pernah berpesan kepada Kesatrianya supaya tidak menghiraukan kata-kata kesatria daripada Istana Tera. Kerana "Sakit hati kamu membuatkan mereka terasa menang. Jadi tidak perlu fikir perkara yang tidak berguna seperti kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Jangan pernah biarkan diri kamu terjebak dalam perkara yang tidak penting . Jangan pernah biarkan diri kamu menjadi korban. Jangan terima definisi orang lain atas hidup kamu, tetapi tentukanlah diri kamu sendiri." Nasihat daripada Reyline kepada semua kesatria Istana Mera yang pada masa itu sedang merancang balas dendam kepada kesatria Istana Tera kerana membuat khabar angin yang tidak bagus tentang Reyline.
Zeon terus mengangkat Reyline membawanya keluar daripada bilik itu.
Dian : Tuan Alexandre! (Panggil Dian yang sedang berlari menuju kearah Alexandre)
Alexandre terus melihat kearah orang yang memanggil kuat namanya.
Alexandre : Tuan Puteri?!
Terkejut Alexandre apabila melihat Zeon yang sedang berlari dibelakang Dian sambil mendukung Reyline yang tidak sedarkan diri. Alexandre dengan laju menuju kearah Zeon.
Alexandre : Apa yang berlaku? (Tanya Alexandre kepada Zeon yang sedang berhadapan dengannya)
Tambah Alexandre panik apabila melihat kesan darah pada baju Reyline.
Zeon : Sediakan kereta kuda sekarang! Kita balik ke Istana dahulu! (Arah Zein tegas)
Alexandre : Baiklah.
Mereka bergegas balik ke Istana. Sampai sahaja diistana Dian dan beberapa kesatria yang ikut tadi memberikan khabar apa yang berlaku kepada Reyline dengan semua ahli Keluarga Besar Kerajaan.
Zelino : Apa yang berlaku Zeon?! (Tanya Zelino dengan wajah yang panik)
Lulyna : Yang Mulia, sabarlah sedikit. Dr. Silmi masih didalam sedang memeriksa keadaan Reyline. (Jawap Lulyna)
Zelino baru tiba bersama Rigel didepan bilik Reyline. Mereka berdua adalah orang yang paling lambat menerima khabar tentang Reyline kerana tadi mereka sedang bermesyuarat tentang hal Kerajaan jadi Drion terpaksa menunggu hingga mesyuarat mereka selesai.
Dr. Silmi : Ari, penyakit Tuan Puteri semakin tidak terkawal. (Kata Dr. Silmi yang sedang memeriksa keadaan Reyline yang terbaring diatas kantilnya dengab wajah yang pucat)
YOU ARE READING
I'm Not The Evil Princess
FantastikKarakter yang ada didalam novel saya menceritakan gadis muda yang termasuk dalam sebuah dunia novel yang dibacanya. Gadis tersedut telah menjadi Puteri Antagonis dalam novel tersebut. Dapatkah gadis muda tersebut dapat bertahan hidup sebagai watak a...