Chapter 41༺❥༻ Ï'M ŅÖȚ ȚȞË ËVÏĻ PŖÏŅĊËŚŚ༺❥༻

74 5 0
                                    

Reyline berjalan sendirian di Taman selepas upacara pemakaman ibunya selesai. Reyline sangat tertekan dengan keadaan. Zelino dan Lulyna tidak ada untuk menenangkan dia di saat dia sedang berduka dengan pemergiaan ibu kandungnya manakala abang-abangnya langsung tidak bertegur dengan dirinya. Reyline yang bersedih membuat keputusan untuk pergi ke bilik adik-adiknya Rena dan Zeno yang baru berumur sehari. Semasa dalam perjalanan Reyline terserempak dengan Daroll yang baru sahaja keluar daripada satu lorong laluan yang ada di istana itu." Abang Daroll, apa yang abang buat di sini?" Tanya Reyline dengan nada yang sebak. " Ini semua di sebabkan kamu!" Tiba-tiba nada suara Daroll meninggi. Reyline jalan mendekati Daroll lalu memegang pergelangan tangannya. Daroll melihat Reyline dengan mata yang penuh dengan kebencian. "Abang apa salah Rey?" Tanya Reyline lagi dengan air mata berguguran jatuh. Daroll menepis tangan Reyline lalu menolaknya hingga membuatkan Reyline tersungkur jatuh. Air mata Reyline jatuh lebih deras kerana menahan sakit atas tindakan Daroll. "Jangan pernah muncul di hadapan ku lagi. Lari jika tidak ingin ku bunuh." Mendengar ugutan itu seluruh tubuh Reyline menggeletar ketakutan. Wajah Daroll amat menyeramkan ketika itu.

Reyline yang sedang baring tersedar daripada tidurnya. Nafasnya berasa amat sesak kerana memimpikan perkara tersebut. Reyline mengelus dadanya. Nafasnya berat. ~Apa sebenarnya yang terjadi mengapa Daroll begitu marah dengan Reyline~ tanya Reyline dengan nada yang perlahan. Menjelang keesokkan paginya, Reyline masih berfikir dengan mimpinya. Mimpi tersebut adalah memori Reyline yang asli.

*TOK*TOK*TOK

Ketukan pintu daripada luar kamarnya menyedarkan Reyline daripada lamunanbya yang jauh. "Tuan Puteri, saya bawakan sarapan untuk Puteri." Beritahu Ari selepas dia membuka pintu itu. "Terima kasih Ari" Ucap Reyline lalu Ari pun berjalan mendekati Reyline untuk memberikan makanan kepadanya. Reyline memakan makanan yang dibawa oleh Ari. Dia tidak dapat makan bersama Keluar Kerajaan yang lain kerana kesihatannya yang merosat secara mendadak. "Tuan Puteri, anda tidak ingin ambil angin di luar?" Tanya Ari selepas Reyline telah menghabiskan sarapannya. "Saya mahu tapi boleh tak awak beritahu Putera Zeon dan Zash untuk temankan saya nanti." Beritahu Reyline kepada Ari yang dalam perjalanan untuk pergi ke dapur di dalam pakal itu. "Sudah tentu Tuan Puteri. Lepas saya ke dapur saya akan terus pergi berjumpa dengan Putera Zeon dan Zash. Reyline mengucapkan terima kasih lalu Ari pun meneruskan langkahnya menuju ke dapur. Reyline tidak ingin menganggu adik-adiknya kerana mereka bertiga masih lagi tidur disebabkan mereka bergadang lama semalam bersama mama dan ayah.

"Rey, macam mana keadaan kamu?" Tanya Zash kepada Reyline yang sedang menikmati angin yang bertiup lembut di awal pagi itu. "Rey, okay Abang cuma Rey." Jawab Reyline singkat. Reyline terfikir dia ingin ceritakan mimpinya atau tidak kepada kedua abangnya. "Habiskan ayat kamu." Balas Zeon dengan jawaban Reyline. "Tak adalah." Jawab Reyline kepada soala abngnya itu. "Kalau kamu ada masalah cakap okay. Abang ada sedia untuk kamu." Nasihat Zeon kepada Reyline lalu mencium dahi Reyline. "Yang Mulia Putera Mahkota Zeon, Putera Zash dan Puteri Reyline saya ingin memberitahu bahwa kita akan sampai hari ini di Kerajaan Mirzel hari ini namun cuaca di Kerajaan Mirzel tidak seberapa baik jadi lebih baik Keluarga Kerajaan tunggu di dalam Kapal." Kata seorang anak kapal yang entah darimana itu. Reyline tidak sedar langsung kedatangan lelaki tersebut. "Reyline, jom kita masuk" Ajak Zash sambil menghulurkan tangannya kepada Reyline. Reyline menyambut huluran tersebut dengan senyuman. "Abang Zeon? Abang kenapa." Reyline memegang bahu Zeon namun tiba-tiba menepis tangan adiknya itu membuatkan Reyline terkejut. Zash yang melihat tindakan tersebut menolak bahu Zeon dengan keras. "Zeon, kau kenapa?!" Tanya Zash dengan suara yang keras. "Bawa Rey masuk?". Jawabnya. "HA?!" Pelik dengan jawapan Abangnya itu. "Maaf Rey pasal tadi. Zash cepat!" Arah Zeon kepada Zash. Zash membawa Reyline lari namun apabila mereka hampir sampai di depan pintu masuk ke dalam kapal satu panah jatuh tepat di hadapan mereka berdua membuatkan Reyline teriak. Zash menarik tangan Reyline lalu meneruskan lari mereka hingga sampai di ruang utama di dalam kapal itu. Serang hendap tersebut telah berlaku saat mereka bertiga mengambil angin di luar semasa semua orang telah dikumpulkan di ruang utama hanya mereka bertiga sahaja tiada. Ruang utama dijaga dengan ketat untuk memeastikan semua orang selamat. Hanya perempuan dan kanak-kanak sahaja yang berada dalam ruang tersebut. Reyline memeluk adiknya Zeno yang ada di dalam ruangan itu. "Apa ni?!" Tanya Reyline terkejut. "Serang hendap. Siapa yang berani melakukan serangan ini kepada dua kerajaan sekaligus." Tanya Lulyna kepada Zash yang baru sahaja masuk ke dalam ruangan itu. "Saya pun tidak tahu Mama. Kami bertiga tidak tahu tentang perkara ini sehingga tadi." Jawab Zash. "Mama, saya akan bantu yang lain di luar." Kata Zash lalu meninggalkan kawasan tersebut. "Permaisuri Rolio, lebih baik kamu duduk dan rehat dahulu. Saya tahu keadaan sekarang agak tidak baik tapi kalau anda terlalu fikir pun tidak bagus juga." Nasihat Permaisuri Eirian kepada Lulyna. "Terima kasih kerana ambil berat tapi ibu atau isteri mana yang tidak risau jika anak dan suami mereka sedang mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan diri kita. Selain itu, sebagai seorang permaisuri saya juga risau tentang keselamatan rakyat saya yang sedang bertarung sekarang." Balasnya kepada Permaisuri Eirian itu. ~Bolehnya dia minum teh dengan tenang pada masa sekarang~ (Gumam Reyline). "Mama, mana Luiz?" Pertanyaan daripada Reyline memecahkan suasana yang tidak nyaman tersebut. Lulyna melilaukan matanya mencari Luiz yang entah di mana keberadaannya. "Kakak! Semasa kami datang ke sini kami di serang oleh pembunuh upahan. Mungkin Luiz terpisah daripada kami semasa kami cuba untuk selamatkan diri. Lulynya terus rebah jatuh mendengarkan kata anak perempuannya Lilyna. "Dua orang kesatria ikut saya untuk cari Luiz yang lain tinggal di sini." Arah Reyline. Kesatria Tera yang mendengarkan arahan tersebut tiada seorang pun yang ingin beranjak untuk mengikutinya. "Apa yang kamu fikir! Cari Luiz sampai jumpa!" Teriak Lulyna. Pertama kali Lulyna meninggikan suara seperti itu. Dua orang kesatria Tera pun menawarkan diri mengikuti Reyline untuk mencari Luiz. Mereka pergi ke bilik Luiz namun hampa tiada jejak Luiz di temukan. "ARH!!!!!!" Satu sura teriakkan datang daripada dapur. Reyline kenal suara tersebut kakinya terus laju mengatur langkah menuju ke dapur. Sampai sahaja merreka di dapur Reyline dan kedua kesatria melihat Luiz dan seorang pembunuh upahan sedang cuba untuk menangkapnya. Kaki Luiz laju berlari ke arah kakaknya. "Bawa Luiz daripada sini." Arah Reyline kepada seorang kesatria Tera tersebut namun kedua kesatria Tera terus membawa Luiz pergi daripada situ dan meninggalkan Reyline bersendirian dengan pembunuh upahan tersebut. " Masih Puteri yang dibuang rupanya." Kata lelaki yang lengkap berpakaian hitam dengan wajahnya ditutup dengan kain hitam. "Siapa yang upah kamu untuk ke sini?" Tanya Reyline dengan wajah yang marah. "Perlukah kamu tahu? Dalam sejarah jika ada seorang puteri yang dibuang puteri tersebut perlu mati kerana dia tidak dianggap sebagai orang yang tidak berguna kepada negara tersebut." Lelaki itu berkata dengan nada yang membunuh. Pembunuh upahan tersebut berlari laju kearah Reyline namun nasib baik Reyline sempat menggapai sebilah pisau yang ada di atas meja masak di dapur itu. Reyline mengangkat pisau itu pada tepat waktu. Pisau itu hampir sahaja terkena dengan mata pembunuh upahan tersebut yang bewarna biru. Suasana yang hening itu di pecahkan dengan suara Zelino yang memanggil nama Reyline daripada luar dapur tersebut. Lelaki upahan yang mendangar suara tersebut terus berlari ke arah tingkap yang ada di dalam dapur itu lalu melompat keluar dan meninggalkan Reyline sendirian. Reyline terus terduduk kaku di tempat di berdiri tadi. Zelino menendang pintu dapur tersebut lalu matanya melilau mencari keberadaan Reyline. Selepas melihat anak gadisnya yang terduduk kaku tersebut dia terus berjalan kearah Reyline dan memeluk anak perempuannya tersebut. Zelino menjarakkan sikit badannya daripada Reyline untuk melihat wajah anaknya tersebut. "Reyline?" Panggil Zelino dengan suara yang menggigil apabila melihat wajah Reyline yang pucat. Selepas beberapa minit Zeon, ZAsh,Daroll dan ayahnya bersama beberapa orang kesatria datang ke dapur tersebut. "Ayah!" Zeon memanggil ayahnya daripada kejauhan. Zelino dengan laju meletakkan Reyline dalam keadaan yang selesa sebelum mengangkatnya. Selepas Reyline berada dalam pelukan Zelino Reyline terus menutup matanya dengan perlahan kerana dia berasa selamat sekarang. "Zeon arahkan anak kapal lajukan perjalanan kita untuk pergi ke Kerajaan Mirzel" Arahnya kepada Zeon selepas sahaja dia bertembung dengan anaknya di hadapan mula pintu dapur itu. Daroll yang berada di belakang ayahnya melihat Zelino mengangkat Reyline yang lemah. Terdetik rasa yang yang tidak senang didalam dirinya.

Keesokkan harinya mereka sampai di Kerajaan Mirzel. Reyline yang masih tidak seberapa sihat terus di arahkan untuk tinggal di Mansion khas untuk Kerajaan Rolio yang dekat dengan Istana Mirzel.

1380 Words

I'm Not The Evil PrincessWhere stories live. Discover now