Chapter 4 - I'm Not The Evil Princess (Masa)

374 32 2
                                    

Dua tahun berlalu amat pantas. So Hyun Ji sudah masuk kedalam novel ini selama 3 tahun. Banyak yang dia lalui bersama adik beradiknya yang baru disini. So Hyun Ji sudah melihat hampir keseluruhan memori Reyline yang sebenar. Kebelakangan ini tubuh Reyline melemah, kadang -kadang So Hyun Ji pitam dan dia tidak tahu apa penyakit "Reyline" sebenarnya.

Tahun ini adalah tahun yang ke 193, aku sudah berumur 15tahun manakala Rena & Zeno berumur 10 tahun. Kami sering mehabiskan masa bersama jika ada masa yang terluang. Sejak malam itu( malam dorang tidur sebilik dengan c Reyline) mereka berdua selalu pergi ke bilikku pada waktu malam secara senyap-senyap dan apabila mereka datang aku akan menyanyikan lagu (Nothing's Gonna Change My Love for You) dan tidur bersama mereka berdua.

Tadi aku terbangun secara tiba-tiba. Hatiku sakit seperti di cucuk jarum, perutku berasa tidak nyaman dan aku berasa sangat mual. Apabila aku terbangun darah yang bewarna merah keluar dari mulutku membuatkan aku terkejut. Aku tidak dapat menahan kesakitan itu, aku seperti ingin menangis. Lalu setelah aku tenang sedikit, aku menukar baju dan membakar bajuku yang terkena darah tadi di dalam sebuah perapian kayu yang ada didalam bilikku. Aku turun ke dapur untuk mengambil secawan air putih untuk diminum dan setelah itu aku berkumur-kumur untuk menghilangkan kesan darah yang masih ada tertinggal di dalam mulutku lalu aku mengelap mulutku. Malam itu amat sunyi kerana semua pekerja istana semua sudah tidur hanya tinggal pengawal yang bertugas menjaga keamanan istana Mera sahaja yang tinggal berjaga.

~Aku mesti sorokkan perkara yang berlaku malam ini dari semua orang..... Apa penyakitmu Reyline? ~( Bisik So Hyun Ji didalam hati sambil berjalan ke bilik) .

Apabila Reyline sampai di biliknya dia menutup pintu lalu berjalan terus menuju ke kantil. Dia melimpangkan dirinya dan tidur semula.

KEESOKKAN HARINYA :

Aku bangun, bersiap seperti biasa dibantu oleh Ari dan maid yang lain, aku bersarapan bersama adik kembarku dan pergi latihan pedang seperti biasa. Seperti selalu hari yang memenatkan tapi aku tetap berasa gembira. Apa yang berlaku semalam, aku tidak beritahunya kepada sesiapa pun. Aku belum pasti apa penyakit 'Reyline', malam itu pertama kali aku muntah darah.....

Selepas beberapa hari dari hari itu. Hampir setiap malam Reyline pasti akan muntah darah sampai membuatkan Ari hairan kenapa baju tidur Reyline makin lama makin berkurang

~ Sebenarnya aku bakar baju tidurku setiap kali baju tidurku terkena darah yang aku muntah. Baju tidurku semua warna putih kalau terkena pada baju tu susahlah dicuci makanya aku bakar jak lah 😌~ ( So Hyun Ji dalam hati)

Nanti aku perlu pergi berjumpa dengan dokter istana dan bertanya pasal perkara yang terjadi ini. Aku sudah dapat beberapa mimpi tentang kehidupan "Reyline", sebelum rohku pindah ke dalam tubuh Reyline, Reyline selalu berasa sesak nafas dan sakit di bahagian dada. Aku pernah kena beberapa kali perkara tersebut dalam 3 tahun aku di sini. ~ Apa penyakit ini?!!!!ヽ(`⌒')ノ~(Bengang). Perempuan yang aku lihat dalam mimpiku sebelum ini adalah Empress Reyrelyn dia mempunyai warna mata dan rambut yang sama seperti Reyline dia cantik dan baik setiap kali dia datang kedalam mimpiku dia selalu tersenyum.

KEBESOKAN HARINYA :

Di dalam gelanggang latihan pedang Reyline yang sedang berlatih pedang bersama dengan Sir Casle tetapi mereka tiba - tiba berhenti apabila Reyline batuk-batuk tanpa henti.

Sir Casle : Tuan Puteri anda sihat? (Risau)

Reyline bercakap sambil menahan batuknya yang tidak pandai henti itu.

Reyline : akhok•akhok•akhok• ( Bunyi batuk). Saya sihat. Akhok•Akhok• Akhok•

Sir Casle : Macam mana kalau kita berhenti di sini hari ini?

Reyline yang sudah mula berasa mual itu hanya menganggukkan kepalanya lalu berlari dari situ menuju ke kawasan yang tiada orang. Sir Casle terkejut melihat Reyline yang berlari itu terus berdiri semula dari tempat duduknya selepas minum.

Sir Casle : Tuan Puteri, mahu pergi ke mana?! Mahu saya ikut?! ( Teriak Sir Casle)

Reyline hanya melambaikan tangannya tanda sebagai "Tidak perlu mengikutinya" dan berlalu pergi dengan pantas. Sir Casle dan semua kesatria yang berlatih di gelanggang itu hairan dan bimbang melihat perangai Reyline seperti itu kebelakangan ini. Sejak 3 tahun ini dia sudah amat rapat dengan kesatria di sini dia menganggap mereka sebagai abang kandunnya tanpa mengira kedudukan begitu juga dengan pekerja istana Mera yang lain. Reyline kadang- kadang membawa manisan kepada mereka selepas latihan pedang yang di sediakan oleh Chef Lean atas arahan Reyline. Ari yang dulunya kasar terhadapnya sekarang amat baik dia menganggap Reyline seperti adiknya, Ari hanya tua 4 tahun dari Reyline . Kadang-kadang Reyline akan meluangkan masa bersama pembantu istana seperti bejalan-jalan di sekitar kawasan istana Mera sambil bergelak-ketawa bercerita tentang cerita masing-masing.

Reyline yang tadi sudah berlari jauh dari kawasan latihan pedang itu berasa mual yang teramat dan dia mula memuntahkan darah merah( Dia muntah dekat kawasan maid selalu menuci baju jadi semua air yang kotor itu akan mengalir ke kawasan tempat pembuangan). Nasib baju latihan pedangnya hari ini berwarna hitam jadi kesan darah yang terkena pada bajunya tidak kelihatan. Selepas itu, dia menuci kawasan tempatnya muntah menggunakan air yang ada dalam perigi yang berdekatan lalu berlalu pergi dari situ ke kawasan gelanggang latihan pedang semula untuk mengambil pedangnya yang tertinggal.
Reyline sampai di kawasan pedang dan melihat Sir Casle sedang mengajar kesatria yang lain cara berlawan pedang lalu Reyline melemparkan senyuman manis kepada mereka semua setelah mereka perasan dengan kedatangan Reyline. Sir Casle dan kesatria yang lain berhenti apabila melihat Reyline yang sedang berjalan menuju ke arah mereka dan mereka pun membalas senyuman Reyline dengan senyuman kegembiraan.

Sambung Chapter Seterusnya....

Tolong Vote dan Share

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tolong Vote dan Share

>Sorry dak panjang story hari ini. Mungkin saya akan update lagi satu chapter lagi❤<

(917 Patah Perkataan)

I'm Not The Evil PrincessWhere stories live. Discover now