Reyline : Zeno? Kamu okay? (Tanya Reyline)
Zeno yang mendengar suara itu terus memusingkan badannya untuk melihat kakaknya.
Zeno : Baik. (Jawab Zeno sepatah)
Reyline : Kakak rasa jawapan kamu tidak sama dengan situasi kamu (Kata Reyline sambil berjalan mendekati Zeno)
Reyline terus mengangkat Zeno ke dalam dakapannya.
Zeno : Kakak saya sudah besar. (Katanya dengan wajah yang merah)
Reyline : Mari masuk bilik kakak dulu. Kakak ingin berikan Zeno sesuatu. (Katanya lalu berjalan ke arah biliknya yang ada di sebelah kiri lorong itu)
Kamar di dalam kapal hanya sederhana tetapi selesa untuk didiami untuk sementara waktu. Bilik Reyline berada di antara bilik Zeon dan Zash. Di hadapan bilik Reyline adalah bilik Lulyna dan Zelino manakala di hadapan bilik Zeon adalah bilik Zeno, Lilyna dan Leno. Mereka di letakkan di dalam kawasan yang sama agar keselamatan mereka dapat dijaga.
Reyline menurunkan Zeno daripada dakapannya lalu mengarahkan Zeno untuk duduk di atas tilamnya. Reyline mengeluarkan sebuah botol kecil yang di dalamnya ada cecair berwarna biru lalu memberikan botol itu kepada Zeno.
Zeno : Apa ini kakak? (Tanyanya dengan alisnya yang terangkat mengekspresikan keheranan yang mendalam.)
Reyline : Ini ubat untuk menghilangkan mabuk laut. Kakak tau kamu pertama kali naik kapal kan?) Kata Reyline dengan lembut sambil berjalan duduk di samping Zeno.)
Zeno : Terima kasih Kakak. (Ucap Zeno lalu meminum air di dalam botol kecil itu.)
Sebenarnya Reyline pun pertama kali naik kapal tetapi dia lebih mementingkan keselamatan Zeno berbanding dirinya. Zeno kan watak utama dalam novel ini jadi dia tidak boleh membenarkan apa-apa berlaku pada Zeno seperti yang jadi pada Rena. Reyline rasa amat bersalah tidak dapat menghalang plot cerita Rena di dalam novel nasib Rena tidak mati seperti apa yang di ceritakan di dalam novel itu.
Reyline : Ini gula-gula untuk kamu.( Katanya dengan wajahnya berseri-seri.)
Zeno : Wah!!! Sedapnya! (Ucapnya dengan suaranya yang riang.)
Reyline : Kamu tidur dengan Lilyna dan Luiz? (Tanya Reyline.)
Zeno : Iya. (Jawapnya singkat sambil mengunyah gula-gula)
TOK.TOK.TOK
Reyline : Siapa?
Kesatria : Tuan Puteri, saya kesatria dari Istana Mera. (Jawapnya)
Reyline pun berjalan ke arah pintu lalu membuka pintu yang tertutup itu.
Reyline : Sir Andre rupanya. (Katanya selepas sahaja melihat wajah lelaki itu)
Andre : Tuan Putera Zeno ada di dalam kamar Tuan Puterikah? Kami mencarinya tetapi tidak jumpa Tuan Putera di mana-mana. (Tanyanya dengan wajahnya yang tegang menyiratkan kekhawatiran.)
Reyline : Ouh. Zeno ada di dalam bilik beta. Maaf membuat kamu khawatir.(Katanya dengan perasaan yang rasa bersalah)
Setelah mendengar ucapan Reyline, Andre menarik nafas lega. Reyline terus berpaling dan memanggil Zeno ke arahnya lalu mengarahkan Zeno untuk balik ke biliknya.
Reyline : Selamat malam Zeno tidur lena. (Ucap Reyline lalu mencium dahi Zeno)
Zeno terkejut dengan tindakan kakaknya yang tiba-tiba itu. Sudah sekian lama Reyline tidak mencium dahinya. Pipi Zeno memerah kerana malu. Zeno terus berlari masuk ke dalam biliknya Reyline hanya ketawa kecil melihat adiknya itu. Andre yang ada di situ melihat wajah ketawa Reyline dan tersenyum dengan lembut.
Reyline : Hurm. Hurm. (Reyline mendehem perlahan) Sir Andre ingin apa-apa lagi? (Tanya Reyline dengan sopan)
Andre : Tiada Tuan Puteri. Selamat berehat. (Balas Andre lalu pergi daripada situ dengan langkah yang laju.)
Reyline ketawa semula selepas melihat wajah bingung dan takut Sir Andre. ~Mungkin sudah terlalu lama aku tidak bangun orang di sekelilingku sangat pelik.~ Bisik Reyline dalam hati. Sebelum Reyline ingin menutup pintu dia melihat sosok tubuh yang besar berdiri tidak jauh daripada lorong itu. Riak wajahnya bertukar menjadi terkejut. Selepas di perhatikan betul-betul lelaki itu adalah Putera Mahkota Eirian. Mata mereka tertatap membuatkan Reyline yang ketakutan terus menutup pintu bilik itu dengan cepat. Reyline mengerutkan dahinya sambil berfikir ~Kenapa aku sangat takut apabila melihat lelaki itu? Reyline' pernah kenal dengan diakah?~ Bisik Reyline sambil memegang dadanya yang sakit kerana terlalu ketakutan. Reyline berjalan ke arah tilamnya lalu baring untuk merehatkan diri dan fikirannya. Reyline menghela nafas penat. ~Banyak benda yang aku tidak tahu lagi. Aku mesti tetap berhati-hati dan mencari ubat penyakit Perlon agar Reyline' tidak mati seperti dalam novel yang di tulis~ Pesan Reyline kepada dirinya sebelum menutup matanya untuk tidur selepas mengharungi hari yang amat memenatkan.
~Sudah lama aku tidak melihatnya. Aku tidak tahu wajahnya boleh secantik itu apabila tertawa dengan manja seperti tadi.~ Bisik Daroll yang sedang baring di kantilnya sambil merenung sebuah gantung-gantung batu kristal kecil yang berselang-seli berwarna hijau dan putih. Daroll mengimbas masa lalu ketika pertama kali dia melihat Reyline.
Ilkay : Yang Mulia Putera Mahkota Zeon, ini adalah Putera Mahkota Daroll daripada kerajaan Eirian. Yang Mulia Raja harap kamu berdua dapat berkawan dengan baik. ( Katanya dengan wajah yang berseri-seri dengan kegembiraan.)
Zeon dan Daroll memberikan salam hormat antara satu sama lain. Pada masa ini umur mereka 6 tahun. "Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Kerajaan kami Tuan Putera Eirian. Saya harap hubungan yang baik antara kita berdua pada masa hadapan." Daroll hanya senyum mendengarkan ucapan Zeon. "Tuan Putera Zeon dan Tuan Putera Daroll yang Mulia tidak perlu terlalu formal. Saya akan meninggalkan Tuan Putera di sini berkawanlah dengan baik." Kata Ilkay lalu meminta izin untuk berlalu pergi.
"Saya akan balik ke bilik saya dahulu." Kata Daroll dengan nada yang dingin. "Dipersilakan Daroll lagi pun aku ada benda yang perlu di buat." Balas Zeon dengan nada yang agak bengang. Perkenalan mereka berdua tidak terlalu baik. Daroll tidak suka berkawan dia lebih suka dengan keadaan yang sepi manakala Zeon pula seorang yang suka berkawan dengan orang tertentu sahaja.
Selepas Daroll berjalan beberapa langkah untuk meninggalkan Zeon seorang kanak-kanak datang berlari kearah Zeon dengan wajah yang ceria. Reyline menunggu Zeon di biliknya kerana Zeon berjanji ingin bermain dengannya namun selepas menunggu lama Zeon tidak kunjung datang oleh itu Reyline keluar daripada biliknya secara senyap-senyap dan menuju ke Taman Istana Tera. "Reyline apa yang kamu lakukan di sini?" Tanya Zeon sambil mengusap rambut Reyline. " Abang janji ingin bersama-sama dengan saya untuk jamuan tea pada petang ini tapi abang tidak datang pun." Balas Reyline dengan mulutnya yang muncung. "Kamu tahukan kita ada tetamu pada hari ini." Kata Zeon sambil memegang tangan Reyline. "Abang siapa lelaki itu?" Tanya Reyline sambil melihat ke belakang Zeon. "Dia Putera mahkota Kerajaan Eirian, Putera Daroll." Jawapnya lengkap. ~Tampannya~ Bisik Reyline dalam hati sambil memperhatikan wajah Daroll. Daroll tertarik dengan Reyline lalu dia patah balik lalu berjalan ke arah dua beradik tersebut. "Kau bilang ingin pergi" Ucap Zeon dengan dingin. "Tidak jadi. Siapa wanita ini." Jawap Dorall singkat dengan pertanyaan. " Reyline adik aku." Jawap Zeon singkat lalu menarik tangan Reyline untuk pergi daripada situ. "Abang tidak mahu ajak Abang Daroll untuk jamuan tea" Tanya Reyline kepada Zeon. "Kenapa Rey panggil dia Abang?" Soalan yang di jawap dengan soalan. "Putera Daroll kan lagi tua daripada Rey" Jawap Reyline dengan wajah yang bingung. "Ha...(Zeon mendengus perlahan) Tidak perlu panggil dia Abang dan Daroll sibuk sekarang dia tidak dapat ikut jamuan tea kita BERDUA". Ucap Zeon. Zeon menarik tangan Reyline untuk pergi daripada situ meninggalkan Daroll sendiri. Pada saat itulah Daroll mula menyukai Reyline namun kejadian yang tidak di jangka berlaku menyebabkan perasaan Daroll dengan sekelip mata berubah menjadi membenci Reyline.
1165 Words
Maaf atas kegagalan saya atas lambat mempublishkan chapter baru ༺❥༻ Ï'M ŅÖȚ ȚȞË ËVÏĻ PŖÏŅĊËŚŚ༺❥༻. Terima kasih kepada yang masih membaca. Insyaa-Allah saya pasti akan menghabiskan cerita ini walau apapun yang terjadi.
YOU ARE READING
I'm Not The Evil Princess
FantasyKarakter yang ada didalam novel saya menceritakan gadis muda yang termasuk dalam sebuah dunia novel yang dibacanya. Gadis tersedut telah menjadi Puteri Antagonis dalam novel tersebut. Dapatkah gadis muda tersebut dapat bertahan hidup sebagai watak a...