CHAPTER 45༺❥༻ Ï'M ŅÖȚ ȚȞË ËVÏĻ PŖÏŅĊËŚŚ༺❥༻

137 7 0
                                    

Alexendre menghantar Reyline ke dalam biliknya. "Jumpa besok." Kata Alexendre sambil mencium dahi Reyline sekali lagi lalu pergi daripada situ dengan senyuman. "Reyline melihat cincin yang di sarungkan oleh Alexendre dengan senyuman sambil berbing di atas tilamnya. "Tuan Puteri, boleh saya masuk." Tanya Ari dari luar kamar selepas mengetuk pintu Reyline beberapa kali. "Masuk Ari." Arah Reyline lalu membangunkan dirinya daripada baring. "Tuan Puteri, saya sudah siapkan air mandi. Lepas mandi saya akan siapkan Tuan Puteri untuk makan malam dengan Keluarga Kerajaan. Dan Tuan Puteri, Dokter Silmi ada datang tadi untuk melihat kesihatan Tuan Puteri namun Tuan Puteri tiada jadi Dokter Silmi tinggalkan ubat untuk Tuan Puteri makan." Beritahu Ari sambil memberikan ubat yang di amanahkan Dokter Silmi kepadanya. "Terima kasih Ari." Ucap Reyline sambil menyambut huluran ubat daripada Ari. "Ari, saya ada hadiah untuk awak." Kata Reyline lalu mencabut rantai yang ada di lehernya. Reyline memegang tangan Ari lalu meletakkan rantainya itu kepada Ari. "Tuan Puteri ini rantai peninggalan ibu Tuan Puteri." Balas Ari lalu memberika semula rantai itu kepada Reyline namun Reyline menolak dan membeikan semula rantai itu kepada Ari. "Itu sebagai tanda terima kasih saya kepada Ari sebab selalu ada dengan saya." Kata Reyline lagi. "Terima kasih Tuan Puteri. Semoga Puteri cepat sembuh." Ucap Ari dengan nada yang terharu.

"Bagaiman keadaan kamu sekarang?" Tanya Raja Amol kepada Reyline. " Saya baik sahaja. Terima kasih kepada Putera Mahkota Mirzel." Kata Reyline dengan senyuman. "Maafkan saya sebab saya tidak boleh menghentikan bacaan mantera saya walaupun anda telah teralu sakit." Kata Crown Prince Acrena Foyal  Mirzel itu dengan wajah yang seba salah. " TIdak mengapa. Saya ingin berterima kasih kepada Semua Keluarga Kerajaan kerana telah membantu saya. Jika sesuatu berlaku kepada saya itu bukan salah sesiapa." Kata Reyline dengan nada yang sedikit kuar agar semua orang yang ada di dalam bilik makan itu dapat mendengar.
Selepas makan malam Reyline balik ke biliknya di hantar oleh Zeon. "Cantik cincin kamu." Puji Zeon apabila dia perasan cincin yang ada di tangan adiknya itu. Reyline hanya senyum sambil melihat cincin di jarinya. "Selamat malam Reyline. Jumpa besok." Kata Zelino lalu pergi daripada situ namun dalam perjalanan itu Reyline meneriak abangnya daripada kejauhan. "Abang cepat-cepatlah beritahu Daisy yang abang suka dia!!!" Kata Reyline dengan kuat. Reyline terus masuk ke bilik dan menutup pintu selepas melihat wajah Zeon yang cuak itu. "Tuan Puteri." Panggil Ari yang ada di bilik itu. Reyline teriak kecil apabila mendengar panggilan Ari itu. "Ari?! Sejak bila awak di sini." Tanya Reyline dengan wajah yang masih terkejut. "Saya tunggu Tuan Puteri sudah lama saya ingin pastikan Tuan Puteri makan ubat." Kata Ari sambil memberikan ubat kepada Reyline. "Terima kasih Ari." Ucap Reyline sambil mengambil ubat dan air yang diberikan Ari. Reyline duduk di tilamnya lalu memakan ubat yang dipegangnya. "Kakak!!!Boleh kami masuk." Jerit suara dari luar bilik. Ari pun membuka pintu selepas mendapat arahan daripada Reyline. "Rena,Zeno,Lilyna dan Luiz. Apa kamu berempat buat d sini?" Tanya Reyline. "Kami berempat ingin tidur dengan kakak." Kata mereka berempat lalu berlari naik ke atas kantil Reyline. "Ari kamu boleh pergi dan tolong tutupkan lampu dan pintu sebelum keluar ya. Terima kasih." Arah Reyline dengan sopan. "Baik Tuan Puteri." Selepas membuat apa yang diarahkan Reyline Ari pun keluar meninggalkan mereka berlima. "Kakak, boleh tak nyanyikan lagu." Pinta Lilyna dengan manja. "Sudah tentu." Malam ini Reyline tidur di antara Lilyna dan Luiz dan Rena di sebelah Lilyna manakala Zeno di sebelah Luiz. ~Terima kasih atas masa yang di berikan aku dapat habiskan sisa hidupku dengan kebahagiaan. Semoga mereka mendapat happy ending."~ Bisik Reyline dalam hati sebelum menutup matanya buat selamanya.

"Rena, bangunlah dah pagi." Kata Lilyna sambil menggoncang badan Rena perlahan. Rena duduk dengan perlahan selepas mendengar lalu regangkan badannya sedikit. "Eh? Kak Reyline belum bangun?" Kata Rena dengan wajah yang pelik namun dia tidak terfikir apa-apa selain daripada mungkin kakaknya keletihan jadi dia terlajak tidur. Luiz dan Zeno yang mendengar suara Rena dan Lilyna bercerita terus bangun. "Selamat pagi" Ucap mereka berdua kepada Rena dan Zeno. "Kakak belum bangun?." Kata Zeno pula. "Jom bangunkan kakak sama-sama." Cadangan Luiz. Semua mengangguk dengan senyuman. "Kakak bangun!" Ucap mereka serentak namun tiada respon daripada Reyline. "Kakak?" Panggil Zeno sambil menggoyangkan sedikit badan Reyline. Namun Reyline tidak memberi respon. Luiz secara bersahaja meletakkan jari telukjuknya di hidung Reyline. Alangkah terkejutnya Luiz dia tidak dapat merasa nafas kakaknya. "Abang Zeno" Serunya perlahan dengan air mata. "Zeno terkejut terus membuat perkara yang sama kepada kakaknya. Zeno penik dan menggoncangkan badan kakaknya dengan kuat namun Reyline tidak terbangun sedikit pun. "Kakak!!!" Panggil mereka berempat berulang kali. Suara tangisan mereka yang kuat menarik perhatian pembantu istana namun tiada yang masuk ke dalam bilik itu hingga Ari datang membuka pintu bilik itu. "Ari, kakak tidak bangun." Kata Rena lalu berlari kepada Ari. "Panggil Dokter Silmi segera!" Arahnya kepada seorang pembantu istana yang ada di depan pintu itu. Zeon, Zash dan Alexendre yang dalam perjalanan ke bilik Reyline untuk menjemput Reyline bersama-sama untuk sarapan pagi terkejut dengan kerumunan pembantu istana di depan bilik itu. Mereka bertiga berlari hingga sampai ke hadapan muka pintu Mereka terkejut dengan tindakan Dokter Ari yang sedang menarik selimut Reyline yang bewarna putih menutupi muka Reyline dengan air mata yang jatuh. Ari jatuh tersungkur badannya terasa ringgan hingga dia tidak mempu berdiri. "Panggil Keluarga Kerajaan Rolio." Arah Zeon sepada pembantu istana. "Tidak Rey." Seru Zaeon perlahan. Zash terus berlari masuk menarik selimut yang menutupi wajah Reyline lalu memeluk adiknya itu. Zash menangis dengan kuat. Perkataan 'Tidak mungkin' berulang-ulang keluar daripada mulutnya. "Zeon menarik Zash untuk melepaskan tubuh Reyline yang sudah sejuk. Zeon memeluk adik lelakinya itu sambil membelai belakangnya. Air mata Zeon jatuuh namun Zeon tidak mahu melihatkan dirinya lemah di hadapan orang ramai. Setibanya Keluarga Kerajaan Rolio Zelino dan Lulyna duduk di samping anak perempuan mereka yang terbaring kaku. Air mata Lulyna jatuh tidak tertahan. Zelino membelai rambut anak perempuannya itu lalu mencium dahinya sebelum menutup semula jasad di tilam itu menggunakan selimut. Ari dan Dokter Silmi memujuk adik-adik Reyline. Zelino memeluk isterinya yang tidak berhenti menangis. Alexendre dia terlalu terluka hingga dia tidak sanggup melihat jasad Reyline langsung. Dia pergi ke taman yang dia pergi dengan Reyline semalam untuk melihat bunga. Alexendre menangis seorang diri di taman itu. Rasa kosong dalam hatinya. "AAARRRRHHHHHH!!!!!!" Alexendre menangis sepuas hatinya. Dia menyebut nama Reyline berulang-ulang kali sambil mengimbas memori wajah Reyline yang cantik, senyumannya yang manis, matanya yang bewarna hijau seperti mutiara hijau.

Pagi itu Kerajaan Mirzel membunyikan gong sebanyak 5 kali dan mengibarkan bendera hitam sebagai tanda pemergian keluarga Kerajaan. Keesokan harinya jasad Reyline selamat di bakar dan abunya di bawa pulang ke Kerajaan Rolio dan dikuburkan di sebelah makam ibunya. Semua Kelurga Kerajaan masih berduka. Daisy dan Daroll membuat keputusan untuk ikut bersama Zeon dan Zash untuk sama-sama menyempurnakan majlis pemakaman Reyline. Alexendre melihat Zelino meletakkan kotak yang berisi abu Reyline masuk ke dalam lubang yang sudah di sediakan. Zeon memberikan semula cincin yang di pakai oleh Reyline kepada Alexendre. Alexendre menjadikan cincin itu sebagai rantai agar Reyline sentiasa dekat dengannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 Tahun Kemudian

"Zeon, adakah kamu terima Daisy Vertika Eirian sebagi isteri kamu?" Tanya seorang lelaki tua yang memegang buku perkahwinan. "Ya. Saya Terima.". "Daisy Vertila Eirian sudikah kamu menerima Zeon Azner Rolio sebagai suami kamu?" Tanya lelaki itu lagi. "Ya, Saya terima." Jawab Daisy dengan senyuman. "Mulai hari ini kamu adalah pasangan Suami dan Isteri." Kata lelaki itu. Tetamu yang datang bersorak gembira dengan senyuman. 2 Tahun selepas pemergian Reyline Zelino dan Lulyna mengundurkan diri daripada menjadi Raja dan Permaisuri Kerajaan Rolio dan Zelino naik tahta sebagai Raja. Alexendre tetap setia menjadi kesatria kepada adik-adik Reyline yang sekarang sudah remaja. Ari sekarang menjadi pembantu kepada Rena manakala Dahlia tetap menjadi guru kepada Rena dan Zeno namun dia ada tiga pelajar tambahan iaitu Lilyna, Luiz dan female lead dalam novel anak kepada Dahlia. Darlin. Zash telah menjadi Ketua Kesatria Kerajaan Rolio. Dia menjaga kedua-dua bahagian Kesatria Mera dan Tera. Daroll pun telah menjadi Raja Eirian selepas 3 tahun pemergian Reyline dan telah berkawin dengan orang yang di cintainya. Chef Lean menjadi Chef yang terkenal di seluruh Kerajaan dan telah membuka beberapa kedai manisan namun dia masih menjadi chef di Kerajaan Rolio kerana adik-adik Reyline. Zeno dan Luiz telah tumbuh besar dan menjadi Putera yang sangat kacak dan pandai dalam semua hal sama ada bermain pedang atau pun dalam ilmu pengetahuan begitu juga Rena dan Lilyna mereka membesar menjadi puteri yang pandai dan cerdik. Mereka belajar memanah kerana mereka ingin kuat seperti kakak mereka Reyline. Semua hidup bahagia walaupun tidak sebahagian mana namun Reyline tetap gembira kerana alur cerita tidak sama seperti dalam novel dan dia mati dalam keadaan semua orang menyayanginya dan dia berterima kasih atas memori yang di beri.

~TAMAT~

1450 WORDS

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA I'M NOT THE EVIL PRINCESS SEHINGGA AKHIR. MAAF JIKA BERLAKU KESALAHAN AYAT ATAU PERKATAAN DI DALAM CERITA INI.

I'm Not The Evil PrincessWhere stories live. Discover now