Prolog

174 10 2
                                    

Kampung Tasik Purnama, sebuah kampung yang indah nian. Keindahannya dapat memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Hal ini disebabkan oleh kewujudan sebuah tasik yang dihiasi dengan bunga-bunga Seroja dan Teratai yang mekar dengan cantiknya. Tidak lain dan tidak bukan nama tasik itu ialah Tasik Purnama. Iya tepat sekali, kampung itu diberi nama bersempenakan tasik tersebut.

Seperti di tasik, bunga-bunga Seroja dan Teratai yang mekar telah menghiasi permukaan air tasik. Begitu juga dengan Kampung Tasik Purnama yang telah didiami oleh suku Seroja dan suku Teratai sudah bertahun-tahun abad lamanya.

Walaupun begitu, keindahan kampung itu telah dicemarkan dengan perkara yang menimpa kedua-dua belah pihak yang dahulunya serumpun sekarang menjadi berpecah belah.

Kisah yang menyayat hati akan dipersembahkan kepada para pembaca yang hamba kasihi. Di samping itu, terdapat juga kisah-kisah manis yang akan dicurahkan. Tidak lupa juga, sudah pasti tuan hamba sekalian akan jatuh hati dengan watak-watak yang akan ditampilkan dalam kisah menakjudkan ini.

Apakah yang sebenarnya berlaku kepada dua suku ini?

Apakah yang terjadi sehingga mereka tidak sehaluan lagi?

Adakah mereka dapat kembali harmoni seperti dahulu?

Pasti pelbagai tanda tanya dalam benak fikiran para pembaca sekalian.

Oleh disebabkan hal itu, mari kita bersama-sama menerokai kisah yang berlaku antara adik beradik yang berbeza suku ini!

__________

Selamat membaca, para pembaca yang hamba kasihi sekalian.

Semoga tuan hamba sekalian menyukai cerita dari hamba yang tidak seberapa ini.

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now