8. Home?

389 14 0
                                    

D pov

Adik Jojo kena balik awal, begitu juga dengan Jojo.

Jojo minta aku balik dengan teksi. Dia juga turut meminta maaf sebab tak dapat menghantar aku balik.

Aku berjalan di tepi jalan, tiba-tiba kereta Nissan Almeera milik lelaki itu berhenti di sisi jalan.

Aku malas layan.

Aku terus melangkah tanpa mempedulikannya.
 
Tangan aku dicapai, aku menarik tapi kudratku tidak seberapa.
 
“manje. Please~” Adam cuba menerangkan sesuatu
 
“orang nak balik. Orang penat. Tolong lepaskan tangan orang!” ujar aku
 
“bie anta manje balik. Jom.” Pelawa Adam
 
“tak payah la, nanti Miani marah. Orang boleh balik naik teksi je.” aku menolak…
 
“jangan degil, jom.” Adam memaksa, tangan aku ditarik…
 
Membisu...

Adam tahu dia salah.
 
“bie minta maaf. Bie tau bie salah. Bie harap manje tak marah.” Ucap Adam seakan menjernihkan keadaan.
 
Aku berpaling memandang kearah Adam, pandangannya sukar dimengerti.

Lantas aku membalas.
 
“buat apa nak marah, itu kan hak dia. Bukan orang boleh larang.

Orang lagi suka bila dia buat macam tu.

Sekurang-kurangnya hati mak mertua orang tu akan rasa tenang sikit bila dapat tahu anak dia akan berkahwin dengan orang yang setaraf dengan dia.

Senang hati orang tadi bila nampak dia dah dapat calon menantu untuk mak dia.” Ujar aku.

Mencuba berlaku ceria dan tidak kisah dengan apa yang berlaku tadi, padahal dalam hati hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu.
 
Adam kelihatan agak kaget, dia tidak menyangka bahawa Adriyanna tidak cemburu.
 
Sudah hilangkah, cintanya buat aku? Apakah dia pintu hatinya sudah tertutup buat aku?

Kenapa begini?

Tapi apa nak hairan? Masa couple dulu pun dia bukan jenis yang cemburu.

Tapi, aku tetap tak puas hati. Arghhhhhhhh!!!

hatinya mula berperang dengan perasaan.

Tiba-tiba aku bersuara,
 
“berhentikan kereta kat depan tu! Rumah orang tak jauh dari situ.” Arah aku kepada Adam.

Dan Adam mula tidak senang dengan perlakuan aku.
 
“kenapa? Kenapa tak nak bie tahu rumah manje?” tanya Adam, kalut berbaur cemburu.
 
“buat apa nak tahu? Tak penting pun.” Ucap aku, acuh tak acuh
 
“kenapa? Takut ada orang dapat tahu yang bie ni, husband manje? Hargh?” tebak Adam bertalu-talu

Aku malas nak melayan kerenah Adam itu.

Aku melempar pandangan ke luar tingkap.

Sampai sahaja di tempat dimana aku menyuruh Adam berhenti,
 
“terima kasih, lain kali tak payah susah-susah hantar orang.” Ucap aku sebelum turun.

Sebaik sahaja tangan aku memegang tembol pintu, Adam menarik aku ke dalam pelukkannya.

Aku terpaku tanpa sebarang kata.

Kalau diikutkan perasaan, ingin sahaja aku leraikan pelukkan ini sepantas kilat.

Tapi hati aku melarang untuk aku melakukannya.

Hati aku juga turut mempengaruhi otak saraf aku untuk tidak meleraikan pelukkan dari seorang lelaki yang merupakan mahram aku.

Suami aku sendiri.
 
“bie masih sayangkan manje.

Dari dulu, tak pernah sedetik pun bie lupakan manje.

Maaf sebab buat manje tertunggu-tunggu kedatangan bie selama ni.

Rich HubbyWhere stories live. Discover now