19. balik kampung

181 11 0
                                    

D pov

"Lama betul kak long tak balik. Dah dekat tiga bulan. Balik-balik bawa boy...friend...”

Kelihatan gembira suara Che Siti di awal sambutan menyambut kepulangan anak sulungnya itu.

Tapi kedengaran suara kurang senang di hujung omongannya apabila melihat menantu sulungnya turun dari kereta HRV silver itu.
 
Adam menyalami ibu mertuanya kemudian bapa mertuanya.

Ayah menyambut kepulangan menantunya dengan hati yang agak lapang hari itu kerana dari cerita anaknya bahawa mereka sudah berbaik semula.

Jadi dia memutuskan untuk menerima menantunya itu dengan hati yang lapang.
 
Ini pilihan anak aku. Aku kena hargainya. Gumam hati Imanshah
 
“mak~... kak long lapar. Mak masak apa?”

hai, balik-balik terus tanya mak masak apa. Bertuah punya anak.
 
Che siti tersenyum dengan gelagat anak tunggal perempuannya yang seorang ini.

Dan sudah masak dengan perangai anaknya yang satu ini, dan kerana itu pagi-pagi lagi dia Cik Siti mengajak suaminya pergi ke pasar untuk membeli barang.

Senang hatinya mendengar perkhabaran anaknya mahu pulang.

Cik Siti telah menyediakan pelbagai juadah untuk dihidangkan kepada anaknya, walaupun dia sedikit terkilan apabila melihat menantunya ada bersama tetapi dia Redha.
 
“manje~...” seru Adam dari belakang memeluk aku yang ketika itu sedang menggantungkan baju di dalam almari di kamar tidurku.
 
“hmm...”
 
“apa yang mak manje suka?” Adam mengajukan entah apa-apa soalan. Pelik sangat bunyinya.
 
“kenapa?” tanya aku kembali, wajahnya ku tatap di cermin besar almari.
 
“bie nak pujuk mak. Bie dah banyak buat mak sakit. Ayah, okey je bie tengok.

Tapi ayah pun bie nak pujuk jugak nanti. Tapi sebelum tu, bie nak pujuk mak dulu. Manje tolong la bie.”
 
“kenapa?”
 
“sebab bie tak tahu macam mana nak pujuk mak mertua bie tu. Bie tak kenal sangat dengan mak, tapi manje kenal sangat dengan mak manje tu.”
 
“so?”
 
“so, mesti manje lebih tahu apa yang boleh membuatkan hati mak tu cair.”
aku menoleh, merenung tepat ke anak matanya.
 
“bie... mak tu, rajuk dia tak lama. Kalau bie pandai ambil hati dia, lama-lama nanti dia cairlah tu.

Bie jangan ingat mak manje ni jenis mata duitan, duit ni langsung tak ada makna bagi mak, yang penting bagi dia adalah kebahagiaan anak-anak dia.
 
Mak tu, dia rela susah demi anak-anak dia. Mak rela berkorban apa sahaja asalkan anak-anak dia tak susah.

Dia sanggup bergadai apa sahaja yang dia ada asalkan anak dia dapat belajar dan jadi orang yang berguna pada masyarakat dan keluarga.” Ucapku panjang lebar.

Suaraku Ada sedikit berbaur sebak.
 
Aku yang tak tahu mengenang budi mak.

Aku yang buat mak malu. Padahal mak dah banyak berkorban untuk aku.

Aku memang anak yang tak guna.
 
“manje... bie minta maaf.

Bie tak bermaksud nak cakap mak manje tu mata duitan, bie Cuma nak tahu apa yang boleh bie buat untuk memujuk mak manje.

Itu sahaja niat bie. Bie minta maaf kalau manje terasa.” Ujar Adam berupaya memujuk isterinya yang kini sudah mengalir air mata di pipi comelnya itu.
 
Aku merapatkan badanku ke suamiku.

Waktu ini aku benar-benar mengharapkan dia faham bahawa aku amat memerlukannya untuk menampung semangat aku.
 
Aku turun kebawah, kakiku membawa langkah ke dapur.

Terkejut juga aku apabila mataku terpandang suamiku sedang menolong ibuku di dapur.
 
Aku tak salah nampak ke ni? tanya hatiku.

Dari perbicaraan mereka aku dapat mengagak bahawa ibuku sudah mula berbaik dengan menantu sulungnya.

Rich HubbyWhere stories live. Discover now