Qalieniey dan Qaliesya menapak ke ruang tamu.
“Yan...” seru Liesya.Aku masih memandang skrin di hadapan.
“hmmm?”
“kita orang nak tanya sikit. Boleh?” tanya Qaliesya
“hmmm. Apa?”
“kau ada masalah ke?” tanya Qaliesya lagi.Qalieniey hanya menjadi pendengar.
aku memandang wajah teman serumahku.Aku mengukirkan senyuman di bibir.
“kenapa kau tanya?”
“selalunya kalau kau ada masalah besar. Kau akan ke luar negara.” Ujar QalienieyAku senyum sebelum menjawab.
“aku nak cari pengalaman kat luar.”
“tapi kau dah banyak pengalaman. Semua tempat kau dah pergi.” Potong Qaliesya.
“aku pergi untuk keluarga aku. Bukan suka-suka!” jawabku...Nada suaraku langsung tidak dapat diagak.
Samada sedih. Gembira. Marah. Atau geram.
“kau ada masalah, kan?” tanya Qaliesya. Seakan mendesak.Aku membetulkan dudukku. Kalau tadi aku bersandar di sofa. Kini aku menegakkan badan aku.
“aku nak bagi nasihat dekat kau orang ni. So. Dengar baik².Kalau nak kahwin, kau orang jangan pentingkan cinta seorang lelaki. Tapi pentingkan kasih bakal ibu mertua kau orang.
Kau orang hanya boleh kahwin apabila mendapat restu kedua-dua belah pihak.
Jangan jadi macam aku.Aku pentingkan cinta seorang lelaki, tanpa aku peduli perasaan sesiapa.
Aku hanya mengikut hati. Aku ego! Aku selfish!
Tapi kau orang! Aku harap kau orang jangan jadi macam aku.Jangan terlampau kejarkan cinta. Cinta itu memang wujud. Tapi tak semua mampu miliki.
Terlalu sukar untuk memiliki cinta. Sebab kita hidup di dunia realiti. Bukan fantasi.
Hidup kita bukan macam dalam drama hindustan.”
“see that! Kau memang ada masalah. Kau nak larikan diri dari Adam, right?” tebak Qaliesya.
“No. I'm not. Walau apa pun, dia tetap suami aku.Aku akan bagitahu dia nanti. Selepas aku ke korea.”
“kau nak kita orang tolong ke?” tanya Qalieniey
“kalau kau nak kami tolong rahsiakan, kami tak kisah.” balas Qaliesya pula.Aku mempamerkan senyuman senang.
“thanks...” ucapku....
Aku kembali ke kamar tidurku.
Aku mengambil ear phone di sisi meja.
Ku pasangkan ke telefon, aku menekan punat untuk mencari siaran radio.
Nasional fm menjadi pilihan hati. Lagu pergi tanpa alasan nyanyian erin.
Penyanyi dari tanah seberang, Indonesia. Aku menghayati lirik lagu itu.
aku mencintaimu...
bagaikan langit memeluk bintang
aku lukiskan
cinta di hati
tak terbatas lagi...
Sememangnya aku mencintai Adam. Mencintainya adalah sesuatu yang indah tetapi sukar.Bagaikan langit ingin memeluk bintang di angkasa.
Aku ukirkan namanya di hatiku.
Cinta yang dulu bersemi
kini menjadi masa laluku
hati ku hancur
tiada bertepi...
bagaikan segelintir debu...
Aku semaikan benih cinta. Kini semuanya telah menjadi sejarah.
YOU ARE READING
Rich Hubby
Novela JuvenilAdriana. kisah kawin muda yang dihalang keluarga. banyak kisah duka, pahit manis yang dia lalui. mampukah dia bertahan? ditinggal pergi selepas selesai akad nikah. oh. itu belum sadis lagi. banyak yang perlu dia hadapi... tanpa suami di sisi.