16. Bendera 🎌 berkibar

292 11 0
                                    

D pov

Mataku bengkak kerana tidak cukup tidur, malah sepanjang pagi aku tidur dalam linangan air mata.

Sebentar tadi, Jojo menelefonku. Tika itu aku masih lagi enak diulik oleh selimut.

Katanya
  “D? Kau... dah... ok... belum?” tanyanya gagap.

Sejak bila pulak mamat ni berubah jadi gagap. Nak kata pendek lidah, tak pulak.
 
“kenapa?” tanyaku pula
 
“kau nak aku ambik kau dekat hotel ke? Nak aku hantar kau balik ke?” tanyanya lagi
 
“tak apalah.” Jawabku ringkas.

Jojo berasa pelik apabila mendengar suaraku yang agak aneh, lalu dia bertanya
 
“D...? kau belum bangun tidur lagi ke?”
 
“aku ngantoklah.” Jawapku pendek
 
“kau tidur lah. Nanti kalau kau nak apa-apa, kau call aku ye D.” Pintanya
 
“hmmmm..” ujarku, secara tak langsung ganggang telefonku jatuh. Aku menyambung tidurku.
 
Adam masih setia di sisi isterinya, malah dia tidak tidur sejak peristiwa pagi tadi.

Dia mahu menjaga isterinya.

Kini baru dia sedar bahawa bertapa polosnya wajah isterinya ketika sedang tidur.
 
Tapi apabila dia mendengar ada panggilan masuk dari telefon bimbit isterinya, dengan pantas dia pura-pura sedang tidur.

Setelah dia tidak mendengar lagi suara isterinya, dia membuka mata perlahan-lahan.
 
Apalah yang si Jojo tu nak daripada wife aku? Pagi-pagi buta lagi dah call. Getus Adam dalam hati.

Raut wajah isterinya di tenung lagi, dielus lembut wajah mulus itu.

Bukan dia tidak pernah mengelus pipi gebu itu tapi dahulu dia tak pernah melayani isterinya dengan baik.

Dia hanya akan melayani isterinya apabila dia mahukan sesuatu.

Kerana itulah isterinya itu tidak biasa dengan layanannya sekarang.
 
“Nasib baiklah hari ni hari ahad, kalau tak naya aje kalau tak pergi kerja.” Omel aku sambil menggosok mata.

Al-maklum la, baru bangun tidur.
 
“morning, manje.” Ujar suamiku dengan mempamerkan wajah yang ceria sambil membawa satu dulang makanan.
 
“morning apanye? Kan sekarang dah 12 tengah hari.” Ujarku tanpa melihat matanya.

Aku takut aku akan kalah lagi dengan renungan mata itu.

Mata itu bukan hanya hak aku seorang. Kini aku akan berkongsi hak aku dengan orang lain.
 
Kata-kataku tadi hanya mengundang tawanya.

Lalu jemari gatalnya itu mula memegang daguku. Daguku diangkat supaya matanya dapat memandang mataku.
 
“bila orang baru bangun tidur, kita kena ucap good morning. Faham sayang?” katanya sambil tersenyum
aku mencebik bibir.
 
“walaupun kita bangun pukul 9 malam? Macam perli jer...” aku mencebik bibir lagi

Dia ketawa.
 
“jom breakfeast. Lama bie tunggu manje bangun. Kita breakfeast sama, ye sayang.” Ajaknya
 
“siapa suruh bie tunggu?” ujarku, kurang ajar. Tidak pernah aku begini dengannya.

Dahulu, aku hanya menurut apa sahaja yang disuruh tanpa banyak rungutan. Tapi sekarang aku mula tunjuk belang.
 
Kulihat dia, langsung tidak menunjukkan riak marah. Malah senyuman senantiasa terukir di bibirnya.
 
“bie tunggu manje, sebab bie nak manje rasakan kasih sayang dari bie.” Ujarnya lagi.

Aku hanya memandang ke dalam anak matanya.
 
“lepas breakfeast ni manje nak balik. Roomate manje mesti risau nanti.” Ujarku menukarkan topik
 
“bie hantar manje ye, boleh?” tanyanya

Aku mengangaguk tanda setuju.

...

Sesampai di hadapan pintu pagar rumahku.
 
“manje masuk dulu. Bie jaga diri elok-elok ye.” Secara spontan bibirku membuka bicara.

Seraya itu, aku menyalami tangannya.

Aku turun dari kereta mewah itu.
langkahku atur, tanpa sesaat pun aku menoleh ke belakang.

Saat itu aku sudah putuskan. Aku akan lepaskan dia untuk Miani.
 
Adam memandang susuk tubuhku yang kian menghilang sebaik sahaja kaki isterinya melangkah maju ke depan.

Adam merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Dia rasa tidak sedap hati.

...

Dalam rumah.

Sebaik sahaja kaki aku menjejak ke dalam rumah itu,
 
“Ya Allah.... Liniey....! Lieysya...!” jeritku, menyeru nama roomateku.
kedua si kembar itu berlari menghampiri aku.
 
“Adriyanna... kau dah balik?” tanya Liniey gugup.

Aku memandang mereka, tidak puas hati.
 
“Yan... sorry. Rumah ni jadi kelam kabut sikit. Kitaorang tak sempat nak kemas.” Lieysya pula bersuara

Aku memandang tepat ke dalam anak mata mereka.
 
“tak sempat?” tanyaku, garang. Tapi antonasi suaraku masih perlahan.

Kulihat mereka sudah gugup. Dah macam nak terkuncil dalam kain pulak aku tengok.

Mereka mengangguk.
 
“korang buat apa sampai tak sempat?” tanyaku tegas
 
“urhhmmmm... kitaorang... urhmmm..” Liniey menyiku tangan Liesya.

Mereka saling menyiku.
 
“tak ada jawapan?” tanyaku lagi
mereka masih lagi dengan jawapan aaarrrhh, ieeeyy, uuuuunn, urhmmm dan sewaktu dengannya.
 
“setiap hari time aku nak pergi kerja pun, aku masih lagi sempat kemas rumah.

Tapi korang sehari pun dalam seminggu, korang boleh cakap yang korang tak sempat nak kemas rumah.

Hey! Korang buat kerja apa sampai tak sempat nak kemas rumah ni?
 
Tak kan asyik aku yang kena kemas? Korang bila pulak?

Weyh.. aku penat la, bila aku balik rumah tengok rumah berselerak macam tongkang pecah.

Weyh.. tolong la.” Aku mula membebel, tapi lama kelamaan suaraku semakin perlahan.

Air mataku hampir mengalir. Aku berlari masuk ke dalam bilikku.

Dalam esakkan, aku dengar ketukkan pintu bilikku.
 
“Yan. Kitaorang minta maaf. Kitaorang tahu kau penat. Yan, janganlah macam ni.” Liniey cuba memujuk

Aku sememangnya penat.

Aku penat nak kemas rumah, penat nak masak untuk si kembar tu, penat melayan kerenah mereka yang macam anak kecil.
 
Akhirnya aku lena dalam linangan air mata.

Aku tersedar apabila Liesya mengetuk pintu bilikku. Katanya ada orang menungguku.

Aku bangun dalam keadaan mamai.
semasa di ruang tamu,
 
“manje...?” seru Adam.

Mataku yang tadinya kuyu kini sudah terbuka luas.
 
“Yan? Kau kenal dia?” tanya Liniey menyibuk.

Aku memandang mereka dengan pandangan yang tajam.

Mereka diam.

Aku kembali memandang suamiku.
 
“bie?” giliran aku pula menyeru namanya.
 
“kenapa dengan mata manje? Manje nangis ke, sayang?” tanyanya.

Dia bangun berjalan menghampiri aku. Dan mahu menyentuh pipiku
 
“bie. Kenapa?” dengan pantas aku mengelak.
 
“bie nak bincang something dengan manje.

Ada masa tak?” katanya. Dia memandang ke arah si kembar di sebelahku.
 
“jomlah, kita naik bilik manje.”

Selepas aku ucapkan kata itu, si kembar itu menyikuku.
 
“kau orang jangan menyibuk. Kau orang kemaskan rumah ni sampai bersih! Kalau aku turun nanti, aku nampak rumah ni berselerak. Siap kau orang!” aku memberi arahan.
 
“Yan... kau marahkan kita orang lagi ke? Sorry la...”

Kata-kata Liniey tidak aku endahkan. Malah aku dengan selamba gajahnya aku melangkah ke tingkat atas.

Adam hanya memandang sketsa perang sebentar tadi.

Dan apabila isterinya melangkah naik ke tingkap atas, dia juga turut membontoti isterinya.
 
Barangkali isteri aku ni memang tengah naikkan bendera jepun.

Aduh, memang parahlah kalau isteri aku ni tengah gerhana bulan. Angin langsung tak menentu. Ujar Adam dalam hati

...
18/12/2021
6:27pm

Rich HubbyWhere stories live. Discover now