Adam kembali ke villanya.
“lama Adam tak balik ke villa. Kemana Adam pergi? Tinggalkan Mia seorang diri.
Mana tanggungjawab Am ni? Am…” Tanya Datin Tiara.
“ke rumah isteri Am, ma.” Jawab Adam jujur. Malas mahu menipu lagi.
Mendengar kata-kata anaknya itu, Datin Tiara mula naik berang.
“isteri Am hanya satu, iaitu Mia. Siapa lagi isteri Am selain Mia?” bentak Miani.
“Adryanna. Awak kena terima hakikat, awak isteri kedua saya. Saya kawin dengan awak sebab mama tipu saya.
Saya penat jadi pak turut awak Mia.
Awak ingat awak mampu tundukkan semua orang dengan pangkat awak?
Awak silap!
Dengan mama mungkin awak boleh. Tapi tidak dengan saya.
Sampai sekarang saya masih tak mampu nak mencintai awak.
Awak yang nak sangat kahwin dengan saya. Awak dah pun jadi isteri saya.
Awak boleh pilih, sama ada untuk terus jadi isteri kedua saya atau awak bebas?” adam meluahkan apa yang dirasanya selama ini.
Datin Tiara terkejut, tidak percaya. Mungkin!
“bebaskan saya, Am.” Putus Miani. Lembut.
Adam senyum kemudian melafaskan talak ke atas Miani.
“terima kasih Am, sebab pernah bahagiakan saya selama kita kahwin.
Saya tahu saya egois, dan saya berundur sekarang untuk isteri pertama awak.
Saya minta maaf sebab jadi penyebab awak dan dia tak bersatu.
Mama, Mia minta maaf.” Miami melangkah keluar dari Villa DJ.
“apa yang perempuan tu dah buat kat Am, sampai Am tergamak ceraikan Mia?” jerkah Datin Tiara.
“owh, Am ceraikan Mia mama kisah. Kalau Am tinggalkan Edrieyanna, tak pula mama kisah.
Mama, Am pelik dengan mama. Mama tahu kenapa?
Sebab mama seorang perempuan. Tapi kenapa mama tergamak tengok perempuan lain dimadukan?
Pernah tak mama fikir, Kalau papa kahwin lagi satu dan buat mama seolah-olah mama tak wujud?
Sama macam mama buat kat Edrieyanna?
Pernah tak mama letak diri mama dalam situasi Edrieyanna?
Selama ni, Am dengar cakap mama sebab Am tak mahu jadi anak derhaka.
Tapi sekarang Am sedar, Am ada tanggungjawab. Tanggungjawab Am, jaga kebajikan Yan. Bukan biarkan orang lain yang jaga Yan.
Am tak mahu jadi seorang suami yang dayus.
Mama nak ke, orang cakap anak mama ni seorang suami yang dayus sebab biarkan isterinya dijaga dan dipelihara oleh lelaki lain?
Mama nak ke?” soalan berpadu dari Adam untuk mamanya.
Datin Tiara terduduk.
Air matanya mengalir jatuh ke bumi.
“kenapa ni Tiara?” Tanya Datuk Albert Amim kepada isterinya.
“Am keluar pa. Am ada tanggungjawab Am.”
“Am…!” panggil Datin Tiara.
Meraung Datin Tiara mendengar ungkapan anaknya.
YOU ARE READING
Rich Hubby
Novela JuvenilAdriana. kisah kawin muda yang dihalang keluarga. banyak kisah duka, pahit manis yang dia lalui. mampukah dia bertahan? ditinggal pergi selepas selesai akad nikah. oh. itu belum sadis lagi. banyak yang perlu dia hadapi... tanpa suami di sisi.