12. monolog

226 13 0
                                    

D pov

Sesampai di ruang parking bawah pejabatku, sudah ada yang sedia menunggu.
 
“selamat pagi manje. Nak bie tolong bawakan beg tu?” Sapanya seraya tersenyum mesra padaku.
 
Konon nak tunjuk gentle la tu. Menyampah! getus hatiku.

Aku buat muka menyampah
 
“bie.. apa ni? Nanti semua orang kat pejabat tahu, macam mana?” halangku kurang senang.

Kalau dulu, aku yang kena tunggu dia. Sekarang, semua dah terbalik.

Aku tak suka begini.

Aku tak selesa...

“bie buat apa? Bie, just tunggu manje je. Jom, kita naik sama-sama.” Ajaknya.

Bagaikan tidak perasan akan wajahku yang sudah merah menahan amarah.

Ini baru kali pertama aku berasa marah atas perbuatannya.
 
Pelik gila perasaan ku waktu ini.

Adakah sudah hilang rasa sayang aku padanya? Atau rasa cinta itu sudah pupus dari hatiku? Bisik hatiku keliru.
 
“bie, jangan buat kerja gila. Ni office tau, bie.

Kalau family bie tahu yang manje kerja kat tempat ni, dah cornfirm² kena tuduh nak rampas harta diaorang.

Tahu?” suhu darahku mulai meningkat.

Aku berlalu pergi meninggalkan dia di situ.

Adam kaku. Seakan kakinya berat untuk melangkah mengejar isterinya.

Manje~

Seru nama itu jauh di lubuk hati Adam.

Ada sebutir mutiara jatuh ke lantai. Cepat² dia tepis.

Tidak mahu kelihatan lemah.

Hati isterinya perlu cepat ditawan kembali.

Ini bukan apa² kalau nak dibandingkan dengan perbuatannya yang dahulu.

Kalau isterinya mampu bersabar dengan segala kerenah tidak matangnya yang dahulu.

Mengapa tidak dia? Kan..?

...

Di dalam pejabat, Adam tidak dapat menumpukan perhatian.
 
Dia kata aku dah berubah. Dia kata aku dah lain.

Memanglah. Tapi dengan dia saja, aku tak pernah buat begini dengan Miani.

Dia cemburu ke?

Selama ini, dia tak pernah cemburu pun.

Argh, bukan tak pernah tapi aku yang tak bagi dia cemburu.

Tu lah, dulu gatal sangat layan dia dengan cara kasar. Kalau aku berlembut pun time aku nak kan sesuatu dari dia saja.
 
Memang pantaslah dia fikir yang bukan-bukan sekarang.

Aku bukan selalu baik dengan dia dulu.

Aku layan dia pun macam nak tak nak. Ada ada, tak ada pun aku tak kisah.

Tapi tu dulu, sekarang aku betul-betul dah menyesal.

Lepas aku tinggalkan dia dulu, aku rasa hidup aku kosong. Tanpa mesej dia, tanpa panggilan dia.

Aku rasa lain.

Time tu baru aku tahu bagaimana peritnya tiada dia di sisi.

Panjang omongannya dalam hati.
 
Manje. Kenapa sekarang manje jadi degil macam ni?

Bie buat semua ni untuk manje.

Just for You.

Kenapa manje tak faham?

Ke mana hilangnya sikap memahami manje yang dulu? Kemana perginya sayang manje kat bie dulu?
 
Sebelum ni, manje tak pernah tinggikan suara manje dengan bie. Kenapa sekarang manje dah lain?

Bie sedar bie banyak buat silap, bie minta maaf...

Adam berbicara dalam hati.

Hatinya berasa sebak apabila mengenangkan masa lalu.

Terguris hatinya dengan sikap isterinya yang sekarang ini.

...
18/12/2021
5:57pm


Rich HubbyWhere stories live. Discover now