7. Hancur berkeping

441 15 0
                                    

D pov

Aku pulang ke bandar. Rumah sewa aku dan si kembar.
 
“argh, penatnya. Baik aku rehat dulu. Sementara si kembar tu tak balik lagi, nanti bila diorang dah sampai memang aku dah tak boleh nak lelapkan mata agi dah..” cadangku seorang diri.
 
Aku merebahkan diri ke atas katil empuk ku.

Aduh, selesanya.

Kata hati ku yang penat.

Mata kupejam dan akhir aku terlena.
 

...

“Mana lah D nie?

Kereta dia ada kat luar, tapi dia tak ada pula kat dalam.

Liniey, kau pergi cari dia.

Takut jugak aku,. Nanti kena culik pulak dia, dah la tak ada alibi.” suruh Liesya
 
“asal orang plak yang kena pergi cari? Asyik orang aje, bila dia nak buat plak.

Ish, tak aci lah macam nie. Asyik kena buli dengan dia aja...” rungut Liniey, tak puas hati dengan Liesya
 
“macam tu pun nak berkira kew? Pergi aja lah, tak payah banyak cakap.”

Liesya tak mahu mengalah.

Aku tersedar dari tidur kerana suara bingit itu menganggu lena ku.
 
“argh! Dah balik budak-budak tu. Ish, tak boleh ke balik-balik tak memekak.

Hish, memang betul nak kena lah bebudak nih...kejap korang.” Omel aku

aku melangkah keluar bilik, pergi kearah suara bingit itu.
 
“kau tak pergi-pergi lagi? Cepat lah...” suruh Liesya
 
“ish, dia nih....” belum sempat Liniey menghabiskan ayatnya aku sudah menjelma di depan mereka sambil berkata
 
“dah balik rupanya dua ekor puntianak nie.

Patutlah bising aje.

Aku ingat aku mimpi ada pontianak yang tengah bergaduh berebut darah.

Rupanya, dua orang cikgu tak tak reti duduk diam dan asyik bertekak macam budak-budak tadika nie punya kerja.” Ujar aku memerli Qalieysya dan Qalieniey

Mereka berdua sudah membuat sengihan seperti selalu apabila ditegur.
 
“hargh, yang tu aje korang pandai buat.

Sengih... sengih lah. Nanti bila bakal mak mertua korang tengok cornfirm dia tak jadi nak ambik korang jadi menantu dia.” Usikku.

Dan kata-kata itu mengundang tawa si kembar ini. Aku juga turut ketawa dengan apa yang diperkatakan tadi.

Sedangkan aku yang tak buat perangai macam budak-budak ni pun mak mertua aku tak suka. Apa lagi kalau aku buat perangai macam ni. Nasib-nasib... gumamku
 
“amboi, sedapnya dia dok mengata kat kita. Cik adik oi, ingat sikit kitaorang ni walaupun macam budak-budak tapi kita orang ni lebih tua dari kau tau...” ujar Liesya
 
“aah. Betul-betul. So, kesimpulannya kau kenalah hormat dengan kitaorang sebagai orang yang lebih tua dari kau.” Lieniey pula menambahkan perisa bagi menambahkan perasa.

Aku hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah kedua kembar yang tidak pernah mahu mengalah.
 
“dah, pergi mandi. Balik-balik terus bising, dah macam tinggal dalam gua tau bila korang balik.

Tapi bila tak ada korang, sunyi pulak hidup...” ujar aku.

Serentak dengan itu, si kembar memeluknya
 
“hargh, dah kenapa dengan korang ni? Salah makan ubat ke?” tanya aku pelik.

Mereka kelihatan sebak

Aduh! Apa yang aku dah buat ni? Argh, punah..! omel aku dalam hati

Usai melakukan solat jemaah, aku turun untuk menyediakan makan malam.

Rich HubbyWhere stories live. Discover now