49. Hadiah dari mr.Kim

238 9 0
                                    

Imranshah sedang bermain dengan anak aku.

Aku sibuk menyiapkan novel terbaru aku, Mr. Kim sudah bising kerana sewaktu aku pulang ke Malaysia aku tidak memberikan skrip terbaru untuknya.

Padahal, awal-awal lagi dia sudah berpesan kepadaku agar menyerahkan skrip itu sebelum aku pulang ke Malaysia.
 
Waktu aku leka menaip, Adam datang memeluk aku dari belakang.

Dia melentokkan kepalanya ke bahuku.
 
“manje tak penat ke? Siang malam asyik mengadap benda alah ni saja. Tak sakit mata ke?” Tanya Adam prihatin.
 
“how can I? This my job. Penat pun, buat jugalah.” Ujarku, tanpa memandangnya.
 
“manje okey ke kat sana?” Tanya Adam.
 
“hmm, what do you mean?”
 
“susah ke jaga kandungan masa bie tak ada di sisi manje?” Tanya Adam berhati-hati.

Bimbang juga apabila hal ini dibangkitkan.

Walaupun dia tahu Adriyanna tidak akan merungut, tapi dia pasti setiap jawapan Adriyanna akan membuatkan dia ingin terjun dari bangunan. Kerana menyesal!
 
“tak susah pun. Miami ada kat sana. dia dan tunang dia selalu jaga manje.

Kawan-kawan pun sentiasa ada untuk menolong waktu manje susah.

Bie janganlah risau, manje kat sana baik-baik saja.” Ucapku yang kini sudah memandang Adam.

Bibirku mengukirkan senyuman, agar Adam tidak terasa dengan omonganku.
 
“manje tak akan balik ke sana lagi kan?”
 
“tak tahu lagi, sekarang manje still terikat dengan kontrak syarikat sana. kenapa?” tanyaku
 
“kalau manje balik lagi ke sana, bie takut hubungan kita akan terus renggang.”

Aku menggenggam jari Adam. Sejuk! Kenapa?
 
Aku menghadiahkan senyuman buat Adam.

Aku bangun dari kerusi kemudian bergerak kearah katil.

Adam mengikut langkahku, kerana tangannya masih ku pegang. Aku mengarahkan agar Adam duduk di birai katil.

Setelah itu, aku duduk di lantai. Aku meletakkan kepalaku di paha Adam.
 
“hubungan kita sentiasa ada jurang, bie. Antara kita banyak perbeza.

Cinta kita ibarat hutan yang tebal. Semakin jauh kita meredahnya, semakin banyak halangan yang akan kita tempuhi.

Di tengah hutan, kita terpisah kerana manje tergelincir ke gaung sebab jalan yang kita ambil itu licin dan bahaya.

Tapi manje tetap meredah hutan tu kerana sayangkan bie. Manje masih bertahan sebab manje masih inginkan bie.

Manje redah liku-liku dan onak duri yang telah sedia ada di dalam hutan tu.

Sebab manje berharap dapat bertemu semula dengan bie.

Hutan itu sayang ibaratkan perkahwinan kita. Walaupun manje pernah jatuh, manje tetap kuatkan semangat semata-mata untuk bie.

Jadi, walaupun apa yang jadi lepas ini manje harap bie tetap kuat.

Manje tahu amat sukar untuk menawan hati mama bie, jadi manje benarkan apa yang mama bie buat agar mama bie bahagia.

Bukan kerana manje tak sayangkan bie, sebab sayangkan bie lah manje biarkan apa yang mama bie buat.”

Aku tahu apa yang aku cakap tadi tak mungkin Adam akan faham, sebab apa yang aku cakap tadi terlalu complicated untuk difahami.

Kerana aku juga tidak tahu bagaimana hendak aku sampaikan luahan hati aku, jadi aku permudahkan dengan cerita hutan cintaku walaupun agak sukar difahami.
 
“manje… walaupun bie tak pernah membantah apa yang mama cakap.

Tapi sumpah bie tak pernah cintakan orang lain selain manje.

Bie kahwin dengan Miani sebab bie kena tipu. Mama yang tipu bie. Mama cakap mama sakit, tapi bila bie balik dari outstation mama terus bawa ke depan tok kadi.

Rich HubbyWhere stories live. Discover now