35. special service

320 9 0
                                    

Aku diberi kuasa memilih tempat.

Aku yang sememangnya tidak suka dengan tempat yang ramai orang,  memilih tempat yang agak privasi sikit.
 
“manje nak duduk kat situ. Situ privasi sikit!” ujarku kepada Adam.

Adam dan yang lain melangkah ke tempat yang dimaksudkan aku tadi.

Sesampai di tempat itu, masing-masing mengambil tempat.

Adam memilih tempat di sebelah aku.

Kami memilih meja yang panjang untuk memuatkan 10 orang.
 
Selesai membuat pesanan, kami berbual kosong.

Agak riuh juga kami berbual sehingga sampai makanan yang dipesan.
 
“by the way, Am cakap awak nak pergi ke Korea. Betul le?” Tanya Ikmal semasa kami sedang menjamah makanan.

Aku mengangguk seraya menjawab,
 
“hacah… sekarang ni mereka memerlukan penulis skrip untuk buat filem dan drama.

Jadi setelah membaca beberapa buah novel saya, dia orang terus berminat.

Jadi mereka menelefon orang kanan saya untuk mengaturkan pertemuan saya.

Setelah berbincang, mereka menawarkan kerja dan bayaran yang agak lumayan juga. Jadi saya pun terimalah.”
 
“owh… I see. Tapi, macam mana pula dengan Am? Awak nak tinggal dia, ke?” pertanyaan Ikmal membuat aku terkedu.

Tapi kerjayaku sebagai penulis membuatkan aku bijak mengawal perasaan.
 
“zaman sekarang semakin moden. Teknologi semakin canggih. Kami boleh berhubung melalui pelbagai cara. Antaranya kami boleh skype, facebook, emel, BBM, call, dan banyaklah. Kan sekarang dunia tanpa sempadan. Kan?” ujarku

Adam disebelah senyum memandangku.
 
Tak hairanlah jika ramai lelaki yang menyukai Adriyanna. Dia bijak. Aku juga tak terfikir untuk berhubung dengannya melalui cara itu. Puji hati Adam.

Setelah selesai makan, Adam membawaku berjalan-jalan di sekitar Putra Jaya.
 
“manje betul-betul akan ke Korea?” Tanya Adam.

Ketika itu kami berada di dalam kereta Lamborghini Adam yang menghadap kearah matahari turun.

Aku memandangnya.
 
“kenapa? Bie tak izin ke?” tanyaku, yang masih memandang ke arahnya.
 
“sebenarnya, bie tak mahu jauh dari manje. Kalau boleh bie nak manje sentiasa dekat dengan bie.”
 
“bie masih ingat dengan ayat ni? Hmmm… selalu mata bie cemburu dengan hati bie. Sebab hati bie sentiasa dekat dengan manje walaupun manje jauh di mata bie.”

Ayat itu, Aku masih lagi ingat dan masih lagi segar di ingatan aku.
 
“bie harap manje tak lupakan bie.”

Aku menggeleng.
 
kerana lusa aku akan pergi, Adam meminta agar aku meluangkan masa dengannya.

Aku menurut tanpa banyak Tanya.

Adam membawaku ke sebuah hotel. Katanya, dia tidak mahu pulang ke villanya.

Dia mahu menghabiskan masanya denganku sehingga aku mahu bertolak ke Korea nanti.
 
Hotel yang bertaraf lima bintang. Masuk sahaja ke dalam bilik hotel itu membuatkan mataku terpegun.

Bilik yang luas!

Disediakan peti sejuk, dan dapur kecil di ruang dapur. Terdapat telivesyen yang berukuran 42 inci di ruang tengah.

Aku melangkah kedalam bilik. Katil yang bersaiz queen bed kelihatan kemas tersusun di tengah-tengah dua meja kecil yang dihias lampu tidur yang comel.

Kamar mandi hanya bersebelahan dengan bilik tidur. Tab mandi dan air pancur…
 
Adam mengajakku keluar untuk menjamu makan malam di bawah.
 
“manje, jom turun makan.” Ajaknya.
 
“orang tak mandi lagi, bie turun dulu. Nanti manje susul lepas mandi.” Ujarku.

Rich HubbyWhere stories live. Discover now