18. mansion D'J

196 10 0
                                    

D pov

Beg aku sudah dikemaskan, aku bercadang untuk tinggal lagi sehari di sini.

Tetapi Adam berkeras untuk mebawaku pulang hari ini juga.

Entah mengapa, aku menurut tanpa banyak perintah kali ini.

Aih, tak kan dah kena mandrem? Na mungkin hey… huhu, cakap bahasa punjabi plak…
  
Aku memandang di persekitaran rumah mewah itu.

Ada tasik yag dipenuhi dengan bunga teratai yang disediakan sebuah sampan untuk berdayung di sekitar tasik buatan manusia itu.

Ada kolam ikan yang terdapat pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni.

Ada juga di sediakan satu taman bunga yang dilandskapkan dan dicorakkan supaya ia menjadi bentuk huruf DJ dalam bulatan bentuk hati...
 
Mata aku langsung tidak berganjak dari ukiran tanaman bunga itu.

Sememangnya aku terharu.

Dan setiap bunga di situ adalah bunga kesukaan aku.

Bunga anggrik yang pelbagai jenis dan warna digantung kemas, bunga mawar perlbagai warna disusun rapi, dan beberapa bunga lagi yang aku tidak tahu namanya tetapi aku suka.

Semua bunga itu dipagari dengan pokok bunga kemboja yang berwarna-warni.
 
Aku semakin alpa dengan keunikan landskap taman bunga itu.

Sememangnya aku seorang penggemar bunga, dan apa jenis bunga juga aku suka.

Pernah Dulu aku aku katakan bahawa bunga kopi itu cantik, dan ramai orang ketawakan aku. Tapi aku tetap dengan pendirian aku.
 
Adam tercari-cari kelibat isterinya.

Hampir setiap pelusuk rumah diredahnya untuk mencari di mana isterinya.

Matanya tertacap pada sekujur tubuh yang sedang berdiri sambil menyilang tangannya di balkoni.

Adam menghembus nafas kelegaan.

Dia menghampiri isterinya dan memeluk isterinya dari belakang, dan meletakkan dagunya di bahu isterinya.

Aku agak sedikit kaget tapi aku tidak menoleh.
 
“tahu tak anje, bahawa bie buat taman itu khas untuk anje? Setiap bunga yang ada kat situ, anje suka. Kan?

Then, setiap bunga tu ada maksud yang tersendiri dan maksud itu berkait rapat dengan diri dan hidup anje.

Bie buat semua ni, untuk buktikan bahawa Bie mahu mulakan hidup yang baru dengan anje.” Beritahu Adam tanpa aku memintanya,
 
“apa maksud bunga anggrik tu?” tanya ku, sengaja mengujinya.

Adam menarik nafas panjang kemudian menjawab.
 
“bunga tu jarang sangat nak jumpa, kita Cuma akan jumpa kalau kita rajin cari.

Dan bila kita jumpa bunga tu pula susah untuk kita dapatkannya kerana dia ada tinggi atas pokok, dan bila kita berusaha panjatnya pula, susah pula untuk kita ambil.
 
Bunga itu juga terdapat di kedai bunga, tapi harga dia mahal sangat. Susah pula nak jaga sebab bunga tu ada yang cepat layu.
 
Macam anje. Susah nak dapat, bila bie pergi kampung anje baru Bie kenal anje.

Susah nak dapatkan anje kecuali dengan kebenaran ayah. Harga manje memang mahal, tapi bie yang buat anje macam murah sangat. B minta maaf...”

Langsung aku tidak endahkan maafnya.

Aku bertanya lagi apa maksud bunga mawar.
 
“mawar tu bau dia sangat harum macam anje, cantik macam anje, tapi apabila kita cuba mencurinya kita akan terluka kerana terkena durinya.

Dan dia juga akan merana kerana sukar untuk dia dimiliki kerana banyak yang akan terluka jika cuba untuk memilikinya.
 
Macam anje, banyak hati yang terluka apabila Bie memiliki anje.

Rich HubbyWhere stories live. Discover now