30. ketenangan

176 10 0
                                    

Qalieniey dan Qaliesya pergi ke sekolah semula.

Katanya ada aktiviti di sekolah.

Aku seorang yang tinggal kat rumah. Vakum habuk, mop lantai, cuci baju, dan masak. Semua aku buat. Dah selesai semuanya.
 
Argh..! boring! rungut hatiku

Tiba-tiba lonceng berbunyi. Aku menoleh.
 
Siapa tu? tanya hatiku.

Ketika itu aku masih lagi memegang mop di tangan.

Aku baru sahaja selesai mengemop bilik air.
 
Aku melangkah keluar.

Aku hanya memakai kain batik dan t-shirt warna ungu.

Aku menjengah keluar.

Ku lihat Adam di luar. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

Tak letihkah dia senyum?
 
Aku masuk semula ke dalam untuk membuka pintu pagar automatik itu melalui satu butang.

Setelah pintu pagar dibuka, Adam melangkah masuk ke dalam.
 
“hai manje? Tak kerja?” sapa Adam.

Aku hanya senyum dan mengangkat kening. Tanda jawapan yang dia sendiri tidak pasti.
 
“masuklah. Sekejap nak ke dapur.” Aku minta pamit untuk ke dapur dan menyedia air.

Adam hanya mengangguk.
 
Tidak sampai lima minit, aku muncul semula di ruang tamu dari dapur dengan segelas milo panas kesukaan Adam dan semangkuk kuih seri muka yang ku buat pagi tadi dan juga beberapa biji cupcakes di dulang biru yang ku pegang.

Ku letakkan di meja.
 
“jemputlah. Ini saja yang ada.” Pelawaku.

Adam mengambil sebiji cupcake.

Comel! Macam si pembuat.
 
Cupcake coklat yang dihiasi cream blueberi dan manik-manik bentuk hati dan mutiara di atasnya yang diperbuat dari gula.

Manis! Semanis si pembuat.
 
“sedap cupcakes ni. Manje yang buat, ke?” tanya Adam.

Walaupun dia tahu yang isterinya itu suka memasak. Dan dia tahu, cupcakes itu dibuat isterinya.
 
“haah. Pagi tadi boring! Tak tahu nak buat apa. Tu yang buat cupcakes dan kuih seri muka ni.

Si kembar tu suka sangat makan benda alah ni. Tu yang buat tu.” Jawabku.
 
“owh. Bie pun suka cupcakes ni.” Ujar Adam
 
“tahu...” jawabku.

Sememangnya aku tahu dia sukakan cupcakes. Sebab itu aku buat.

Aku rindukan Adam sebenarnya, tu yang aku buat cupcakes ni.

Qaliesya dan Qalieniey bukan suka sangat benda ni.

Aku Cuma mereka alasan saja tadi.
 
“manje tahu lagi apa kesukaan bie?” tanya Adam

Aku hanya mengangguk.
 
Manakan mungkin aku lupa.

Kalau aku rindu, aku akan masak makanan kesukaan Adam.

Untuk menghilangkan kerinduanku padanya.

Adam seakan tidak percaya. Bahawa isterinya itu masih lagi ingat makanan kesukaannya.

Sedangkan dia langsung tidak ingat apa yang isterinya suka.
 
“apa yang manje suka?” tanya Adam.

Apabila tiada topik yang mahu dibualkan.

Aku terpinga.
 
“suka? Suka apa?” tanya aku. Tidak memahami maksud Adam.
 
“suka makan. Suka beli. Or whatever lah.”
 
“hurmmm. Saya akan makan apa yang saya rasa nak makan. Saya akan beli apa yang berkenan dihati.” Jawabku. Sedikit berkecil hati.
 
Dia lupa apa aku yang aku suka...

Rich HubbyWhere stories live. Discover now