Im your man Im your man Im your man
Baby Im your man… Im your man…
Please believe me Please be with me.Ima anata o mamoru tame
Sou anata dake o mamoru tameni
Sou kimi o tsutsumikomeru
Kono kanjou so real
Subete sasageruyo
Telefonku meraung minta diangkat.Aku meraba-raba di bawah bantal. Dalam mata terpejam, aku menekan butang hijau.
“hello?”
“manje masih tidur?” Tanya Adam.Terukir senyuman dibibirnya.
“hmm. Kan awal lagi.” Ucapku tanpa melihat jam di dinding yang menunjukkan sudah pukul sepuluh lebih.
“sayang… sekarang dah pukul sepuluh lebih dah. Awal apanya?” beritahu Adam.Tersengih di hujung talian.
“hargh?! Pukul berapa?” terus mataku terbuka luas.Mataku melilau mencari jam tanganku.
Aku menepuk dahi apabila jarum jam menunjuk ke angka sepuluh dan enam. Menandakan sudah pukul sepuluh setengah.
Kenapa minah-minah tu tak kejutkan aku?! Hargh! Ni yang buat aku berangin nih! omelku dalam hati.
“manje tidur lewat, eyh semalam?” Tanya Adam dalam suara manja.
Hhhhee! Dia ni kan, suka buat aku cair tau! gumam hatiku.
“taklah. Awal je tidur. Tapi terjaga, dahaga. Bila dah bangun, tak rasa mengantuk dah. Maaf…” ujarku kepadanya.Mukaku membahangkan rasa malu. Sudah merah!
“tak apa.” ucap Adam pula.“manje bangunlah. Nanti kita keluar sama ye, bie nak bawa manje pergi satu tempat.” Sambung Adam lagi.
“kita nak ke mana?” tanyaku
“secret! Nanti bila sampai kat tempat tu, manje akan tahu juga. Pukul dua belas, bie sampai. Okey dear…”
“hmmm…okey.” Jawabku seraya memutuskan panggilan setelah dia meminta diri untuk menyiapkan kerjanya.Maklumlah, CEO!
....
Seperti yang dijanjikan, Adam tiba tepat pada waktunya.
Kalau dulu, aku yang sering menunggunya. Tapi kini dia lebih menepati masa.
Apabila lonceng pintu berbunyi, aku bergegas turun ke bawah.Aku bukakan pintu dan ku ukirkan senyuman buat suamiku.
Walaupun aku hanyalah isterinya yang digantung tak bertali tetapi aku masih lagi menyayanginya.
Senyuman Adam juga turut terpamer apabila melihat aku di muka pintu.Aku menjemputnya masuk. Tapi katanya dia mahu menungguku di luar.
Aku pun meminta pamitan untuk ke atas untuk mengambil beg tanganku.
Aku turun semula setelah beg tanganku berada di bahu. beg tanganku disilangkan.Comel!
Macam budak-budak nak ikut papanya ke taman hiburan.
Semasa di dalam kereta, Adam lebih memberi perhatiannya untuk memandang kepadaku berbanding panduannya. Sehingga aku bersuara,
“awak tengoklah depan. Fokuslah, sikit. Nanti excident.”Adam tersengih lalu kembali memandang ke hadapan. Tapi tak lama kemudian Adam bersuara.
“manje sekarang dah ramai peminat, ye.”Aku terkejut dengan pernyataannya. Lalu bertanya.
“kenapa bie cakap macam tu?”
“ye lah. Sampaikan bos manje pun pergi masuk minang sayang.”
“what?!” aku terkejut.Tanpa aku sedari suaraku sedikit meninggi.
“manje… terkejut bie tau.” Ujar Adam yang menekan brek secara terkejut.Nasib baik kawasan yang sedang mereka lalu itu sedikit lengang. Kalau tak…hmmm
“siapa yang pergi meminang saya?” tanyaku lagi.
Adam memandangku. Dia pandang aku dari atas kebawah.
YOU ARE READING
Rich Hubby
Teen FictionAdriana. kisah kawin muda yang dihalang keluarga. banyak kisah duka, pahit manis yang dia lalui. mampukah dia bertahan? ditinggal pergi selepas selesai akad nikah. oh. itu belum sadis lagi. banyak yang perlu dia hadapi... tanpa suami di sisi.