6. Tanah aki

309 14 0
                                    

D pov

Sudah 3 hari aku keluar bersama suamiku. Mak ayah aku langsung tidak tahu.

Aku tahu hal ini tidak salah. Aku bukan jumpa dengan orang lain. Suami aku sendiri.

Esok dia akan pulang ke rumahnya semula.
 
“Esok manje balik naik apa?” tanya Adam.
 
“Naik kapal laut...” aku membuat lawak.

Terjegil mata Adam dibuatnya. Layan loyar buruk aku.

Heheheh...
 
“bie tanya elok-elok ni,manje...” Adam berpura-pura marah sedangkan dalam hatinya berbunga kasih.

Akhirnya hati isterinya dapat ditawan walaupun bukan sepenuhnya.

Dia sudah bertekad dalam hatinya bahawa hati isterinya akan ditawan.
 
“jangan marah, nanti hilang kacak. Tak ada orang berkenan.” aku ketawa
 
“ala, kalau tak kacak pun tak apa. Kan bie dah ada manje.” balas Adam
 
“ala bie ni, tak kan tak teringin nak tambah lagi satu...?” aku bergurau. Tapi kalau betul pun aku tidak kisah.
 
“tak nak lah, nanti manje marah. manje sorang pun dah cukup buat bie.

Buat apa ramai-ramai? Buat semak kepala bie aje.” Ujar Adam sambil mengusap jari jemariku yang lembut.
 
“alah, buat jual mahal pulak. Bie kan kaya, mampu nikah empat. Mak ayah bie pun mesti suka kalau bie cakap nak kahwin lagi.” Kataku lembut.
 
“kenapa manje cakap macam tu? Manje tak jelouse ke bie kahwin lain?” tanya Adam sedikit hampa.

Dia berharap isterinya itu akan ada sedikit perasaan cemburu untuknya. Tapi...
 
“mak ayah bie bukan suka dengan manje.

Kalau bie kahwin lagi, kalau diaorang tak suka manje sekurang-kurangnya diaorang masih sayangkan menantu diaorang yang lagi satu.

Tak ada la manje rasa bersalah sangat kahwin dengan bie.” Ujarku panjang
 
Murninya hatinya, tapi mengapa mama tak dapat melihat murninya hati isteriku?

Biar apa pun, aku tidak akan berkahwin lagi.

Cukuplah aku meninggalkannya selama enam tahun tanpa kasih sayang, aku mahu berikan yang terbaik untuknya.

Azam Adam dalam hatinya
 
“baiknya hati wife bie nie. Tapi bie nak berikan kasih sayang bie kat anje saja. Bie sayang manje tau, anje kena ingat tu.” Kata Adam

Aku hanya senyum.
 

....

“kak long nak balik hari ni ke?” tanya Imran Hadi, adik ku.

Apabila melihat aku sedang mengemas pakaian dalam bagasi.

Aku menoleh memandang satu-satunya adik aku. Aku menghadiahkan senyuman buatnya. Seraya menjawab
 
“aah. Lusa dah nak kena kerja. Kenapa Im? Ada apa-apa yang Im nak cakap dengan kak long ke?”
 
“tak adalah kak long, Cuma Im nak bagi tahu kak long yang tanah Aki kat seberang sungai sana tu.

Kan dulu mak long mahukan tanah tu sampai paksa ayah jualkan dekat dia. Kak long ingat lagi tak?”

Aku duduk di birai katil sambil memandang ke arahnya. Mencuba mengingat kembali.
 
“owh. Yang tu. Kenapa dengan tanah tu?” tanya aku.

Imran Hadi menarik nafas panjang sebelum bersuara.

Aku masih setia menanti jawapannya.
 
“mak long nak jual tanah tu, sebab nak jamin Johaeri yang kena tangkap sebab merompak harta orang kampung ni.” Cerita adikku
 
“jadi? Im nak kak long beli tanah tu?” aku cuba menebak apa yang bermain di benak adikku.
 
“kalau kak long ada duitlah. Im tak paksa.” Ujarnya.

Sekarang aku faham apa maksud adik ku. aku senyum lantas menggenggam jari adik aku.
 
“mak long nak jual dengan harga berapa?”
 
“dia cakap RM50 000.” Jawab Imran Hadi

Aku senyum lalu melangkah turun ke bawah.

Sesampai di ruang tamu, aku duduk di kerusi yang berbentuk jari.

Ayah dan mak hanya memandang aku. Lantas bertanya.

Adik aku juga turut menyertai kami.
 
“kenapa ni, kak long?” tanya ayah
 
“macam ni ayah, kak long ada hal nak bincang sikit dengan ayah ngan mak ni.” Ujarku
 
“macam serius je ni long, ada apa sebenarnya?” tanya emak pula
 
“macam ni lah mak, ayah. Biar kak long straight to the point lah, sebenarnya kak long nak beli tanah aki yang kat seberang sungai tu daripada mak long.” Penerangan aku sebentar tadi mengejutkan mereka semua.
 
“tapi kak long. Harga dia mahal. Ayah jual dulu tak sampai RM10 000. Tapi dia nak jual dengan harga yang berlipat kali ganda. Macam nak cekik darah ja.” balas Ayah
 
“ayah. Itu kak long tahu. Tapi sekarang ni, harga tanah memang dah naik.

Tanah aki tu elok ayah.

Sayang kalau jatuh kat tangan orang lain.

Biarlah harganya mencecah RM100K pun, kak long tak kisah. Kak long sanggup beli.” Pingkasku
 
“kak long ada duit sebanyak tu ke?” tanya mak meminta kepastian.

Aku senyum lalu menjawab.
 
“soal duit ni, mak ngan ayah tak payah nak risau.

Kan sekarang kak long dah kerja. Apalah sangat harga tanah tu, kalau dibandingkan dengan aib yang kak long buat selama ni.” Aku menundukkan mukaku.

Malu. Menyesal. Semua ada.
 
“kak long janganlah cakap macam tu. Itukan takdir.” Emak cuba memujuk.
 
“baiklah. Ayah akan cuba bincang dengan mak long.

Ayah tahu anak ayah banyak duit sekarang ni. Mana tidaknya, anak ayah kan seorang yang terkenal serata dunia.

Ayah bangga dengan anak ayah. Ayah langsung tak menyesal dengan apa yang telah terjadi.

Tapi ayah kesian dengan nasib anak ayah ni.”
 
“ayah janganlah hirau dengan nasib anak ayah yang malang ni. Janji kak long dapat bahagiakan ayah, mak dan adik pun dah cukup.”
 
“mak ngan ayah dah cukup bahagia dengan semua ni.

Rumah dah besar, kereta dah mewah, semua dah ada.

Apa lagi yang kak long tak buat untuk keluarga ni?

Semuanya atas usaha kak long. Kami Cuma menumpang senang kak long saja.”
 
“mak bukan menumpang, tapi ini adalah bayaran yang mampu kak long bayar.

Kalau susu badan mak mampu kak long bayar, kak long akan bayar mak.

Air mata mak dan ayah pun kak long nak bayar, tapi kak long tak mampu. Kak long minta maaf mak...”

Sebak kami anak beranak malam itu...

...
18/12/2021
4:26pm

Rich HubbyWhere stories live. Discover now