D pov
“D, jom keluar makan. Aku tengah kecewa menonggek ni.” Ajak Jojo.
Aku hanya mendiamkan diri, bingung
Apa kena dengan mamat ni? Kecewa menonggek plak tu. Omelku dalam hati.
“jom lah D. Teman aku.” Ajaknya lagi
“ye lah, aku keluar.Meh la ambik aku.” Putusku
...Semasa makan, Jojo menceritakan masalahnya padaku. Dan selepas itu, aku ternampak kelibat Miani dengan suamiku.
Hatiku diolek rasa cemburu.
“Jojo. Buat apa kat sini?” tegur satu suara yang amat ku kenali.Suara ibu mertuaku, Datin Tiara. Disusuli dengan pertanyaan dari adiknya sendiri.
“abang buat apa kat sini?”Ketika itu, kulihat wajah suamiku. Malah mataku turut tertacap pada tangan Miani yang galak melingkari pinggang suamiku.
Mataku mulai merah menahan bahang cemburu dihati, tapi kutahan nafsuku agar tiada siapa yang tahu aku sedang cemburu.
“duduklah unty Tiara. Unty, ni Adriyanna kawan Jojo. D, ni bakal mak mertua adik aku.” Jojo memperkenalkan aku dengan ibu mertuaku sendiri.Aku tidak salahkannya, dia sendiri tidak tahu siapa suamiku serta keluarga mertuaku.
Aku bangun, lalu menyalaminya.
“cantik. Unty ingatkan tunang Jojo tadi.” Ramah pula dia.Semua duduk di meja itu.
Aku buat seolah-olah suamiku tiada di situ.
“Jo, unty balik dulu ye. Miani, tolong temankan Adam ye sayang. Mama balik dulu.” Katanya seraya mencium kedua-dua pipi Miani mesra.Tika itu, aku berasa iri hati.
Setelah lama di situ, aku hanya mendiamkan diri.
“Yan!” jojo mengejutkan aku
“hah?” tanya ku terkejut
“kau berangan sampai kat mana tu? Gunung Himalaya? Lautan Atlantik? Hah D?” perli Jojo
“apa kau mengarut ni? Sewel?” mula balik perangai jantannya dari Rusia.
“aku ingat bila dah berubah feminin ni, dah tak ada la perangai tomboy kau tu.Ada lagi rupanya.” Sekali lagi aku diperli.
“elok-elok kau balik naik kereta Alza, kang naya je aku hantar kau balik naik kereta jenazah.” Marahku, langsung tidak memandangnya
“hah, tengoklah. Suci sungguh perangai budak sorang ni.Ni kalau laki kau tengok, sah-sah dia tak mengaku kau bini dia tau, D.
Dah lah, aku gurau je tadi. Dah kau tu, diam je dari tadi.
Selalunya, kalau tak gaduh dengan aku mesti kau rindu kat aku. Tetiba kau diam, tu yang aku pelik tu.
Mengalahkan aku yang kena tinggal dengan tunang.
Jelouse aku tau.” Gurau Jojo
“jom balik. Nak?” akhirnya aku kembali normal
“kenapa ni D? Muka kau, nampak pucat sangat. Kau datang bulan ke ni?” tanya Jojo kalut.Sememangnya jojo akan tahu bila aku datang bulan.
Adam pula nampak terkejut dengan pertanyaan Jojo.
Rapatnya dia dengan wife aku. Sampai luar dalam dia tahu. Geram hatinya
“kau ni, kot ye pun. Jagalah sikit. Malu kat orang lah, jo.” Marahku
“dengan aku pun kau nak malu. Aku kenal kau, lebih dari laki kau kenal kau tahu...” kata Jojo banggaAdiknya hanya memerhati,
“kau pernah rasa garpu ni tak Jo?Yang kau bangga sangat ni kenapa? Setakat tau sikit-sikit pasal aku pun, kau nak bangga.
Mood aku tengah tak elok tau. Kang tak pasal-pasal aku hantar kau pergi ke planet pluto bagi kawan dengan alient baru kau tau.” Marahku datang lagi.
Jojo angkat tangan tanda mengalah.
Adiknya ketawa lucu. Comel,
“akak Dyan nak tahu? First time tau, Mia nampak abang menyerah kalah dengan perempuan. Sebelum ni, jangan harap la.” Beritahu Miani.kan dah pecah tembelang.
Miani terus ketawa.
“sakai punya adik.” Marah Jojo.Satu cubitan kecil dihadiahkan kepada Miani.
Miani mengelak tapi sempat dicapai Jojo.
“akak tak tahu pulak. Tapi dari Rusia lagi, dia akan mengalah dengan akak.Dia tak akan berani bila akak bagi amaran atau nampak akak tengah bad mood.” Beritahuku pula.
Itu membuatkan suamiku memandang tepat ke dalam mataku tanda kurang senang.
“mana taknya, garang dia mengalahkan mr.Leonandre.” balas Jojo tak mahu mengalahSatu tumbukan padu hinggap di bahu Jojo.
Jojo mengaduh.
“jangan-jangan, abang ni cintakan akak tak?” tebak Miani.Itu membuatkan tawaku terhenti
“Miani.” tegur Jojo
“its ok Jo. Budak-budak. Kau ni, dengan adik pun kau garang.” Tegurku.
“tak ada la, dia kata aku suka kat kau.” Jojo tak mahu mengalah
“dah tu? Yang kau marah sangat kat adik kau tu kenapa.Betul ke kau suka kat aku?” kini aku pula yang naik bengang dengan sikap Jojo.
Tapi pertanyaanku tidak dijawabnya. Dia memandang aku tepat ke dalam mata.
“apa sal? Kau tak puas hati. Meh ar lau nak gaduh.” Ujarku dalam nada bergurau.Aku mahu meleraikan suasana tegang
“D, kalau kau bukan berstatus isteri orang. Dah lama aku masuk minang kau.Walaupun kau ada status janda, aku tak kisah. Sebab dah lama aku pendamkan perasaan aku kat kau.” Luahnya.
Mataku memandang dalam mata Jojo. Mencari keikhlasannya.
Aku temui kebenaran dalam matanya, aku tidak tahu untuk membalas kata-katanya.
Adam pula ingin meluahkan rasa cemburu tapi mungkin dihalang oleh Miani.
Aku kaku, tiba-tiba mataku kabur.
Pandanganku mulai kelam, akhirnya aku jatuh.
...
18/12/2021
6:05pm
YOU ARE READING
Rich Hubby
Ficção AdolescenteAdriana. kisah kawin muda yang dihalang keluarga. banyak kisah duka, pahit manis yang dia lalui. mampukah dia bertahan? ditinggal pergi selepas selesai akad nikah. oh. itu belum sadis lagi. banyak yang perlu dia hadapi... tanpa suami di sisi.