“saya berkahwin dengan Adam semasa saya berumur 17 tahun.
Perkahwinan tanpa restu orang tua Adam.
Kami kahwin sebab kena tangkap kalwat. Kami berkahwin semata-mata untuk menutup aib keluarga besar Adam.
Memang saya sayangkan dia. SANGAT sayang. Sehinggakan saya langsung tidak memikirkan maruah keluarga saya.Kami kahwin.
Tapi seminggu lepas kami nikah, Adam balik ke pangkuan orang tuanya.
Saya ditinggalkan. Ketika itu saya hanya ada beberapa minggu sahaja lagi untuk menduduki SPM.
Pada mulanya, saya lemah. Tapi saya bangkit semula untuk Adam.Saya ke luar negara, meneruskan pengajian saya ke tahap ijazah hinggalah PhD.
Saya mencipta nama di peringkat dunia. Saya lakukan semua ini untuk keluarga Adam dapat pandang saya.
Pandang saya sebagai seorang menantu mereka.Tetapi hampa... Saya lupa.
Di awal nama ayah dan mak saya tiada panggilan Tan Sri mahupun Puan Sri.
Saya lalai hingga lupakan darjat saya sebagai orang kampung yang tiada pangkat.” Aku meluahkan apa yang sepatutnya mereka tahu.
“awak janganlah cakap macam tu. Kan awak sekarang dah terkenal.” Ujar Ikmal seakan memujuk agar aku tidak bersedih.
“kenapa awak tak minta cerai?” tanya Izmani.Aku ketawa kecil sebelum menjawab.
“saya tidak boleh bercerai dengan Adam.”Terkejut mereka berdua.
“kenapa?” tanya Izmani.
“kalau kami bercerai, nama baik keluarga besar Adam akan tercalar.Kerana dalam keluarga besar itu, belum pernah berlakunya penceraian.” Jawabku
“jadi macam mana dengan perasaan awak?” tanya Izmani
“kenapa dengan perasaan saya?” tanyaku
“awak masih sayangkan Adam?”Aku mengangguk lemah.
“sekarang ini, apa status awak dalam keluarga Adam?” tanya Ikmal.
“isteri yang digantung tak bertali. Mungkin.” Jawabku lemah.Sekali lagi mereka terkejut dengan jawapanku.
“awak sanggup?” tanya Izmani
“sanggup tak sanggup, saya kena lalui jugak. Tu pilihan saya.” Jawabku.
“keluarga awak, mereka tahu?” tanya IkmalAku menggeleng.
Dapat ku dengar suara keluhan Ikmal dan Izmani.
“kenapa awak tak bagi tahu mereka?” tanya Izmani.
“saya tak mahu mak ayah saya risau.Saya merupakan tiang kepada keluarga saya. Saya tak mahu mereka nampak saya lemah.
Biarlah saya tanggung seorang diri. Lagipun, ini jalan yang saya pilih. Saya harus laluinya, walau terlalu banyak halangan dan dugaan. Saya tetap kena harunginya.
Kerana ini pilihan saya.” Jawabku.
“kenapa awak cakap macam ni? Kenapa awak tidak mahu berpatah kembali?” tanya Ikmal
“perjalanan saya sudah terlalu jauh untuk saya berpatah balik.Terlalu jauh!
Sehinggakan saya sudah tidak tahu di mana jalan yang saya lalui sebelum ini.” jawabku.
“janganlah disebabkan tak mahu nama baik keluarga besar kami malu, awak terpaksa berkorban.Jangan korbankan perasaan awak untuk kebahagian orang lain.
Kerana sebanyak mana pun pengorbanan awak, mereka tidak akan menghargainya.
Saya kenal sangat dengan Datin Tiara tu.
Dia tu ego, bongkak, pentingkan diri sendiri!” kutuk Ikmal.
“saya tidak pernah mintakan balasan apapun. Kerana saya tahu, ini semua salah saya.Saya yang mulakan dulu. Jadi saya kena habiskan.” Ujarku
“kenapa awak cakap, awak yang mulakan dulu? Dan semua yang berlaku adalah salah awak...” tanya Izmani. Ingin tahu!
“saya yang cari masalah.” Jawabku pendek.
“kenapa? Dan macam mana?” tanya Izmani lagi.
“perlukah saya memberitahu hal ini?” tanyaku
“why not? We all ear if You want to shared. Yan...” jawab IzmaniAku melepas keluhan berat.
“awak kena bagitahu kami. Awak perlu luahkan apa yang ada dalam hati awak tu.
Kami tahu awak perlukan tempat meluah. Dan kami sudi untuk dengar luahan awak.” Ikmal bersuara setelah lama berdiam diri.
Aku menarik nafas panjang sebelum bercerita.
“selepas putus dengan fisrt and second love saya, saya minta bantuan kawan saya untuk mencarikan seorang pasangan untuk mengisi kekosongan hidup saya.Ketika itu saya baru 14 tahun.
Saya kenal dengan Adam melalui kawan saya. Kami berhubung melalui telefon.Kami selalu bersms dan dia selalu call saya. Setelah dua tahun kenal, Adam menyatakan hasrat untuk datang ke kampung.
Awak tahu macam mana perasaan saya masa tu?” ujarku seraya bertanya.
“awak gembira?” Ikmal menebak.
“saya Cuma suka. Tapi itulah kali pertama dalam hidup saya, saya meloncat-loncat macam monyet bila dapat tahu boyfriend saya nak datang rumah.” Ujarku seraya ketawa.Ikmal dan Izmani turut ketawa.
“lepas tu, apa berlaku?” tanya Izmani.
“ayah, mak, adik dan saya pergi jemputnya di perhentian bas. Itulah kali pertama saya lihat wajahnya.Walaupun lama berkenalan, tapi kami tidak pernah bertukar gambar. Saya hanya mengikut gerak hati untuk menegur Adam.
Ternyata saya tak salah orang.
Dia tersangat kacak. Dan sememangnya tidak sepadan dengan saya.Saya Cuma budak kampung yang selekeh dan tidak tahu untuk mengenakan make up.
Ketika itu saya sangat comot, dan muka saya penuh dengan jerawat. Tak macam sekarang!
Kali pertama dia datang ke rumah saya. Saya layan dia dengan layanan yang tersangat istimewa.Kami langsung tak boleh berenggang. Saya terlalu manjakan dia. Sehinggakan saya sanggup dinodai.” Ceritaku
“apa?!” tanya Ikmal seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi.
“sejak kejadian hari tu, Adam kerap datang ke rumah. Mak dan ayah langsung tidak perasan dengan perubahan yang dialami anaknya. Sehinggalah kami ditangkap kalwat.
Saya tahu mak ayah malu dengan perangai satu-satunya anak perempuan mereka.Tapi apakan daya, kerana sayang saya berkeras untuk berkahwin dengan Adam walaupun ayah melarang.
Saya fikir, saya akan bahagia dengan Adam. Tapi sebaliknya! Saya tidak tahu bahawa mama Adam tidak sukakan saya.Adam dibawa balik, dan terus menghilangkan diri.
Saya malu! Malu sangat.” Ujarku meneruskan cerita.
“macam mana awak boleh jumpa balik dengan Adam?” tanya Ikmal.
“selepas balik dari Rusia, saya berkerja di syarikat Johnson and Family.Saya tak tahu yang itu syarikat Adam. Selepas beberapa bulan, saya balik ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga saya.
Malam sebelum malam raya pertama, Adam menghubungi saya. Katanya mahu berjumpa dengan saya.
Walaupun berat saya nak pergi, tapi saya gagahi juga. Kerana dia masih suami saya. Syurga saya terletak di bawah kakinya.
Selepas pulang dari kampung baru saya dapat tahu yang Adam adalah pemilik syarikat yang saya kerja itu.” Ujarku.
“lepas awak dapat tahu, apa yang awak buat?” tanya Ikmal
“terus berkerja sehingga saya diberhentikan oleh Datin Tiara.” Beritahuku.
“selepas awak berhenti kerja, awak buat apa?” tanya Ikmal lagi.
“jadi orang gaji di mansion DJ.” Jawabku pendek, dan lemah.Kali ini Ikmal dan Izmani mendapat kejutan yang paling hebat.
Adriyanna. Ryanna Natasya.
Seorang penulis terkenal menjadi orang gaji...
Unbeliveble!
“awak jadi orang gaji?” tanya Izmani.
“ha'ah.”Mereka saling berpandangan.
“awak jadi orang gaji dengan rela atau dipaksa?” tanya Ikmal
“awak rasa?” aku tidak menjawab tapi aku balas dengan soalan.
“awak kena dera ke?” tanya IzmaniAku hanya mengangkat bahu. Tidak mahu aku ceritakan kesemua aib ibu mertuaku.
...
18/12/2021
11:03pm
YOU ARE READING
Rich Hubby
Teen FictionAdriana. kisah kawin muda yang dihalang keluarga. banyak kisah duka, pahit manis yang dia lalui. mampukah dia bertahan? ditinggal pergi selepas selesai akad nikah. oh. itu belum sadis lagi. banyak yang perlu dia hadapi... tanpa suami di sisi.