Adam pov
“am… jom balik rumah mama. Mama buat makan-makan. Abang balik dari korea. Jomlah, bie…” rengek Miani.
“hurmmm. Yelah.” Malas Adam bertekak dengan Miani lama-lama. Rimas.Sesampai sahaja di perkarangan banglo Datin Maria, sudah dengar suara tangisan budak.
Dalam hati adam bertanya, anak siapa yang nangis tu?
“D… janganlah buat kerja-kerja ni. Biar bibik yang buat.Ni cynta buat hal. Dia dahaga rasanya.” larang Jojo
“ih, tadi cakap nak jaga.Bak sini. Sayang mummy, lapar yew… meh sini mummy bagi susu.” Aku mengambil Cynta untuk disusukan dalam bilik.
Tanpa ku sedar ada mata yang memandang.
“hai Abang.” Walaupun agak janggal untuk panggil jojo tu abang, tapi Adam tetap lakukan. Kerana pangkat dia hanya adik ipar.
“bila sampai?” Tanya jojo ramah.
“baru saja. Tadi siapa bang?” ujar Adam.
“kawan abang. D.. alah, dulu kau pun pernah jumpa dia. Mana Mia?”
“Mia? Ha, kejap lagi dia sampailah tu abang.Dia ada kerja sikit yang dia kena buat dekat lokasi pengambaran. Macamlah abang tak kenal adik artis abang tu.”
Mereka sama-sama ketawa.
Adam ke depan untuk berborak dengan mamanya.
“mama… jojo mana? Yan nak minta izin keluar kejap, nak beli pempers Cynta. Da habis. Boleh tak ma?” ujarku.
“biar jo teman. D mana biasa dengan tempat ni.” Ujar jojo
“alah… ma. Yan nak keluar seorang, jojo nak ikut jugak… mama halang la dia.” Ujarku manja dengan datin Maria.
“betul juga tu yan, bahaya Yan keluar seorang-seorang. Biarlah Jojo hantarkan. Cynta biar mama yang jaga.”
Sebaik sahaja aku dan jojo keluar. Adam bertanya kepada ibu mertuannya.
“siapa tu ma?”
“kawan jojo. Kecian dia Am. Ada suami, tapi buat dia macam tak wujud.Isteri mengandung pun dia boleh biarkan dekat luar Negara tu seorang diri.
Kalau mama, dah lama mama mintak cerai.
Dah tu, suami dia boleh pulak nikah lain masa dia dekat sana.
Eh, lupa pulak mama. Cynta!..
kejap ye Am. Mama nak pergi ambik Cynta.” Ujar Datin Maria, lalu bangun mendapatkan Cynta di dalam bilik tetamu.
Adam dihantui rasa bersalah.
Dia mengandung. Aku tak tahu pun… Suami jenis apa aku ni?Ibu mertuanya datang dengan seorang bayi perempuan di pangkuan.
Datin Maria duduk sambil bermain dengan bayi itu.
Baginya, kan untung kalau bayi itu adalah cucunya. Beruntung dia kalau ada cucu.
“mama. Am nak pegang kejap boleh tak ma?” pinta Adam.Datin Maria menyerahkan bayi itu kepada Adam.
Berhati-hati Adam mengambil bayi itu.
Ah. Hidung dia macam aku. Comelnya dia. Macam Adriyanna. Puji hati Adam
“apa nama dia ma?” Tanya Adam
“kata Adriyanna, nama dia Darwinina Jacynta. Tapi yan suruh panggil dia Cynta aje.”Adam ralit bermain dengan puterinya. Terdengar dia bunyi deruman enjin kereta. Pastinya jojo dan Adriyanna sudah pulang.
Adam menyerahkan bayi itu kepada datin Maria kemudian minta pamit untuk ke tandas.
“anak mummy ni, susahkan grany ma ye…” acah ku.
“mama tak rasa susah pun yan. Mama suka jaga Cynta ni. Mama dah anggap dia macam cucu mama sendiri.Untungnya mama kalau mama ada cucu. Boleh mama main-main dengan dia.
Mama sunyi betul duduk seorang diri kat sini.
YOU ARE READING
Rich Hubby
Teen FictionAdriana. kisah kawin muda yang dihalang keluarga. banyak kisah duka, pahit manis yang dia lalui. mampukah dia bertahan? ditinggal pergi selepas selesai akad nikah. oh. itu belum sadis lagi. banyak yang perlu dia hadapi... tanpa suami di sisi.