Aku meletakkan cynta di atas tilam kecil di lantai.
Aku harus menyiapkan novel aku dengan cepat kerana aku ingin menghantarnya ke korea bulan depan.
Jan Diem datang menjemputku makan.Katanya makanan sudah siap.
Aku hanya mengangguk kemudian menyimpan laptopku dalam bilik.
Jan diem mahu menolong, tapi aku ingin melakukannya sendiri.
Aku hanya menyuruhnya menjaga Cynta.
...
Adam menelefon aku pada malam itu.
“manje dah tidur ke?” Tanya Adam
“not yet. Kenapa bie?”
“besok manje busy tak?” Tanya Adam lagi.
“kerja manje setakat menulis saja. Bukan kerja yang ada yang ada jadual waktu. Tak macam bie…” ujarku
Dengar suara ketawa Adam di hujung sana.
“maaf… bie lupa yang kerja manje ni tak ada jadual tetap.Hmm, bie sebenarnya nak ajak manje keluar. Kita bawa Cynta jalan-jalan. Nak tak?”
Aku tahu Adam ingin merapatkan semula hubungan kami.
“boleh juga. Bie tak busy ke besok?”Bimbang juga kalau-kalau dia busy, manalah tahu tiba-tiba sahaja Miani muncul.
“kalau bie busy, bie tak ajak.Hmm, besok kita keluar pagi. Pukul 10 pagi bie ambik manje.
Nanti manje tekskan alamat manje kat bie ye.”
Selepas menamatkan perbualan kami, aku berborak-borak dengan anakku.
“baby cynta mummy. Besok kita keluar dengan daddy ye sayang.Daddy nak bawa kita keluar jalan-jalan.
Ha! Mummy lupa, cynta mummy ni belum minum susu lagi kan? Meh kita masuk dalam bilik.” Aku mengambil Cynta.
Tangannya terkapai-kapai minta didukung. Mulutnya bergerak-gerak ingin bercakap.
Aku bergerak ke dalam bilik. Ku angkat baju untuk memudahkan Cynta minum susu badan aku dengan selesa.Tabiatnya yang suka mengigit sudah hilang, tapi berganti dengan tabiatnya yang suka main-main. Bukan nak minum sangat.
Bila aku perah dan masukkan ke dalam botol, mulalah meraung tak tentu pasal.
Hailah! Anak mummy ni…
Cynta sudah nyenyak tidur.Aku meletakkannya dalam katil baby. Berhati-hati aku menidurkannya di atas bantal.
Kuambil seekor beruang panda kecil dan letakkan di sisi anak aku.
Ibu jari Jacynta yang dimasukkan kedalam mulut, aku tarik perlahan. Tapi dia masukkan semula. Bibirku terukir senyuman.
Aku perhatikan anak aku ketika tidur.Dengan baju tidur satin warna pink dan stokin pink yang aku pakaikan sebentar tadi, anak aku Nampak sangat comel.
Pipi montel Cynta aku usap, ubun-ubunnya aku cium.
Memang sudah menjadi kebiasaan untuk aku buat semua itu selepas anak aku tidur.
Lama aku perhatikan baby comelku ini sebelum aku melangkah ke meja kerja untuk meneruskan penulisan aku.
Kerja menaip aku diteruskan sehingga mata aku sudah tidak dapat dibuka lagi.Sudah menjadi tabiat aku suka menaip sehingga mata terasa mengantuk, kerana aku agak bosan sekiranya hari aku tidak diisi dengan menulis.
Aku mesti akan menulis sehingga mata aku merah dan akhirnya aku akan pergi tidur tanpa berus gigi.
Buruk betul perangai aku ni! Hehe…
Langkah longlai ke katil. Aku rebahkan diri di atas katil. Suasana di atas katil buat aku rasa seakan aku berada di atas kelopak-kelopak bunga mawar biru.
YOU ARE READING
Rich Hubby
Novela JuvenilAdriana. kisah kawin muda yang dihalang keluarga. banyak kisah duka, pahit manis yang dia lalui. mampukah dia bertahan? ditinggal pergi selepas selesai akad nikah. oh. itu belum sadis lagi. banyak yang perlu dia hadapi... tanpa suami di sisi.